Written by serenity | October 9th, 2011

Izreen Azminda, pelakon wanita yang mula mencipta nama melalui drama Juvana, mengakui dia terkilan dengan Johan Asaari yang mula renggang dengannya sejak pelakon itu mula berlakon dengan Fasha Sandha untuk drama Cinta Elysa. Dia terasa kerana Johan bersikap dingin dan tidak endahkan dirinya sejak mula berlakon dalam drama itu. Apatah lagi bila keluar gambar-gambar dan kata-kata macam orang bercinta di Internet dalam artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia.

Izreen berkata hubungan mereka tidaklah seserius ke tahap melangsungkan perkahwinan, tetapi katanya sejak berlakon dalam Juvana hubungan mereka sangat rapat.

Memang saya terasa dan terkilan dengan dia. Sebab dia bersikap dingin dan tidak endahkan saya sejak mula berlakon dalam drama itu. Tiba-tiba keluar pula gambar-gambar dan kata-kata macam orang bercinta di Internet. Mestilah saya terasa.

Kalau kawan kenapa nak terasa sangat? Atau memang suka dengan Johan?

Saya mengaku yang saya suka pada Johan. Dulu masa mula-mula bertemu, sumpah! Saya memang langsung tak suka dia. Tapi dia pandai berbual dan ambil hati sampai saya mula selesa dan suka pada dia. Saya percaya sesiapa pun akan tertarik dengan dia. Mungkin karakter dia memang begitu.

Layankan keseluruhan artikel ini dengan membaca gosip ini sepenuhnya.