January 10th, 2018

Beberapa hari lepas, pelakon Iqram Dinzly mencetuskan kontroversi lagi apabila menggelar Nabi Muhammad S.A.W dengan istilah “Che Mat”.  Kata-kata  Iqram itu mendapat perhatian seorang penceramah bebas yang meminta agar ahli agama dan JAKIM mengambil tindakan terhadap Iqram yang sudah melampaui batas menghina Rasulullah.

Walaubagaimanapun, Iqram sudah tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui beliau tersasul serta tidak sedar dengan percakapannya itu.

Terbaru, rakan baik Iqram iaitu Johan As’ari menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa terkilan serta tidak redha dengan penceramah bebas berkenaan yang menuduh Iqram berdasarkan khabar angin ataupun fitnah. Johan mengajak individu tersebut untuk bersemuka dengannya.

Terdahulu, Iqram menerusi rancangan Melodi ketika ditanya mengenai siapakah gurunya memberitahu salah seorang guru beliau adalah “Che Mat “ merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W.  Netizen berang dengan kata-kata Iqram kerana tidak menghormati Rasulullah dan seorang Ustaz juga mempersoalkan mengapa Iqram boleh berkata begitu dalam program yang ditonton oleh masyarakat serta menggelarnya “sampah”.

Advertisement