Written by Bella | January 10th, 2019

Tidak lama lagi Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) bakal berlangsung, tetapi penyanyi Sufian Suhaimi mengakui beliau kini sedang menghadapi masalah kesihatan. Namun, beliau enggan memberitahu secara jelas tentang penyakitnya.

Bagaimanapun, Sufian berkata sakitnya itu bukan kerana cinta ataupun berkaitan dengan berita pernikahan bekas tunangnya, Elfira Loy.

Saya mengaku tidak sihat sekarang ini. Justeru, saya meminta orang ramai mendoakan kesihatan saya kembali pulih, terutama apabila bersaing pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, awal Februari nanti. Apa yang saya lalui ketika ini bersifat terlalu peribadi. Jadi, apa yang boleh dikongsikan, sekarang saya tidak sihat sepenuhnya.

Saya terkejut kerana sehingga hari ini, masih ramai yang mengaitkan saya dengannya. Bukanlah rimas kerana saya sendiri tidak terkesan dengan semua itu. Cuma, saya tak mahu ia membuatkan mana-mana pihak terasa. Saya tak mahu ia berlanjutan lagi memandangkan masing-masing sudah ada kehidupan sendiri.

Sedang dalam proses pemulihan dan mengamalkan beberapa senaman untuk mengembalikan stamina, Sufian berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatannya kembali pulih seperti biasa.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Yasran Aiman