November 14th, 2018

Sebut sahaja nama Nur Sajat memang semua orang kenal. Sehingga hari ini tiada siapa yang tahu status jantina sebenar usahwan kosmetik itu.

Kerap memuat naik foto beliau tampil dengan pelbagai gaya di Instagram, netizen bagaimanapun tertanya mengapa perut Sajat kelihatan sedikit buncit?

Menjawab persoalan netizen, Sajat memberitahu beliau sebenarnya sedang datang bulan dan memang normal jika perutnya buncit.

Apa yang dikatakan oleh beliau mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Benarkah datang bulan? Mereka tidak percaya langsung dengan kenyataan Sajat yang disifatkan terlalu gigih untuk membuktikan dirinya seorang perempuan.

Nak kritik lebih pun tidak boleh dan hanya Allah SWT sahaja yang tahu kebenaran disebalik apa yang Sajat lakukan.

Sumber Berita : Media Hiburan

September 29th, 2018

cover
upload photo and share link

Sebagai portal hiburan sensasi, kami di BeautifulNara tidak pernah ketinggalan untuk ‘menyajikan’ anda setiap kontroversi dan gosip hangat artis tempatan.

Tidak dinafikan, ada lah mulut-mulut yang mengatakan untuk apa kami jaga tepi kain orang, tapi mengakulah dalam diri masing-masing itu memang anda suka sahaja ingin tahu segala kisah panas selebriti.

Lagipun, setiap selebriti tidak boleh lari dari melalui detik ‘dihantui’ dengan pelbagai kontroversi kan? Pasti ada sahaja isu yang dikaitkan.

Jom kita imbas kembali antara kontroversi serta gosip paling hangat dan mendapat perhatian ramai sepanjang minggu ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

1) Viral Neelofa Pakai Beg Atas Kepala Sebagai Pengganti Turban

b9b9db59-12a6-45d5-9aaf-0efa8a97818f

Tular sebuah foto menyaksikan selebriti popular Neelofa seakan mengenakan beg tangan di atas kepalanya sebagai pengganti turban. Aksi Neelofa itu menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas ada yang menyunting foto tersebut dengan menyertakan tali beg tangan. Mula lah ada netizen menjadikan fesyen itu sebagai satu usikan.

BACA : Ibarat Pakai Beg Di atas Kepala, Fesyen Neelofa Sekali Lagi Jadi Bualan Netizen

Apa-apa pun, Neelofa nampaknya relaks sahaja dan sedikit pun tidak melatah apabila ia menjadi bahan gurauan ramai.

2) Janna Nick Dikecam Cas Peminat RM 50 Untuk Ucapan Hari Jadi

8cce008e-cf0f-4a61-87e6-d6bba4c57d96

Pelakon Janna Nick dikecam gara-gara mengenakan cas RM 50 untuk setiap ucapan hari jadi yang diminta oleh peminatnya di Insta Story. Buat netizen, tindakan beliau itu agak melampau dan tidak ikhlas.

BACA : Senang Gila Artis Buat Duit – Janna Nick Dikecam Kenakan Caj RM50 Untuk Ucapan Hari Jadi Peminat

3) Agen Dakwa Fattah Amin Tipu, Produk MRP Diet Tidak Laku?

3bfdc274-b31d-4452-9fed-ff9bcf040c0c

Seorang agen bagi produk makanan kesihatan yang diusahakan oleh Fattah Amin mendakwa mereka terpaksa menanggung kerugian bersar apabila sudah banyak melaburkan wang tetapi produk tidak dapat dijual. Semuanya kerana Fattah dikatakan tidak lagi rancak mempromosikan produknya seperti sebelum ini. Malah, pihak yang terlibat juga hanya berdiam diri apabila agen-agen ini menyuarakan masalah yang mereka hadapi.

BACA : Peminat Kirim Email Tanya Tentang MRP Diet Fattah Amin

4) Alicia Amin Pertikai Kandungan Buku Teks Pengajian Islam Tentang Rasional Bunuh Orang Murtad

9f843b9f-9344-4ff1-b3de-280122b56a6f

Model dan pelakon Alicia Amin sekali lagi mengundang kontroversi kerana menolak mentah-mentah mengenai rasional hukum bunuh orang murtad seperti yang terkandung didalam buku teks Pengajian Islam Tingkatan 5. Alica menganggap ianya tidak masuk akal untuk mengajar pelajar sekolah tentang hukuman bunuh itu.

BACA : Kenapa Agama Perlu Ajar Budak- Budak Bunuh Orang Murtad, Tidak Masuk Akal! – Alicia Amin

5) Ustaz Ebit Lew Tidak Sengaja Kantoikan Jantina Sebenar Sajat

nursajat1601

Status jantina sebenar usahawan Nur Sajat masih lagi menjadi tanda tanya sehingga hari ini walaupun pihak JAKIM sendiri sudah menjalankan beberapa siasatan. Namun, pendakwah yang cukup terkenal dengan pendekatan yang lebih lembut, Ustaz Ebit Lew secara tidak sengaja ‘kantoikan’ Sajat adalah lelaki sewaktu program ziarah kasih yang diakan di rumah Datuk Seri Aliff Syukri.

BACA : (VIDEO) Ustaz Ebit Lew Tidak Sengaja ‘Kantoikan’ Sajat Lelaki?

March 22nd, 2018

Nur Sajat, satu nama yang pastinya semua rakyat Malaysia tahu dan memang cukup popular kerana pelbagai kontroversi dan juga gelagat beliau di media sosial. Pendek kata, apa yang Sajat lakukan pasti mendapat perhatian ramai.

Sejak kebelakangan ini, Sajat menerusi akaun Instagramnya agak kerap berkongsi video beliau sedang mengira duit hasil jualan produknya.

Mungkin agak “menyampah” dan bimbang tindakan Sajat itu boleh mengundang bahaya. Ada segelintir netizen menegur perbuatannya itu dan turut mengecam beliau sengaja tayang duit kerana riak.

Sebelum ini sudah pelbagai insiden yang berlaku sehingga ada orang ditembak dan cedera gara-gara menayang video mereka mempunyai duit yang banyak. Meskipun untuk tujuan motivasi kepada orang lain, harapnya Sajat lebih berhati-hati apabila berkongsi sesuatu dengan umum.

January 24th, 2018

Boleh dikatakan setiap hari nama Nur Sajat dikritik dan dikecam apatah lagi kes pengesahan jantina beliau yang dalam siasatan pihak JAKIM belum selesai.  Aksi mesra beliau bersama kekasih hati Coach Yin juga antara topik hangat yang sering menjadi perdebatan di media sosial.

Sebagai manusia biasa, Sajat juga mempunyai hati dan perasaan. Pastinya ada yang tertanya bagaimana beliau boleh terus tampil tersenyum dan bersabar dengan walaupun sering dilemparkan dengan kata-kata negatif.

Berikut antara tips yang dikongsikan Sajat untuk terus “kebal” dan bahagia meskipun menjadi mangsa kecaman netizen :-

  1. Jangan tertekan dan terus membaca komen netizen kerana tidak semua orang berpuas hati dengan apa yang kita lakukan terutamanya bab kerjaya, penampilan dan kebahagiaan.
  2. Jangan terlalu ambil serius dengan setiap kata-kata netizen. Apa yang penting hanya kita dan ahli keluarga mengenali diri kita yang sebenar.
  3. Perlu bijak menapis kata-kata atau nasihat daripada siapa. Jika dibandingkan dengan ahli keluarga dan orang luar lebih baik utamakan orang yang selalu support dan beri semangat pada kita terlebih dahulu.
  4. Jangan lupa untuk beristigfar, selawat dan dekatkan diri pada Sang Pencipta walaupun betapa modennya diri kita.

Sumber Berita : Media Hiburan