Written by serenity | February 2nd, 2016

Rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) telah membina khalayak pengikut tersendiri setelah bertahun-tahun di siarkan di stesen televisyen tempatan. Program ini telah dikendalikan oleh beberapa orang pengacara, antaranya Maria Tunku Sabri, Qi Razali, Iqram Dinzly, dan terbaru Nazrudin Habibur Rahman atau Naz.


 photo 11007853_1558713884410425_1817985644_n.jpg

Makan pelbagai hidangan lazat di pelbagai restoran untuk JJCM bagaimanapun ada natijahnya buat Naz. Melalui iSihat, Naz memberitahu bacaan kolesterol darahnya pernah mencapai 7.5 . Selepas mengawal pemakanan ia turun ke bacaan 6.5 dan kini dia sedang berusaha untuk menurunkan lagi bacaannya.

Doktor minta saya agar lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan selain menjadikan senaman sebagai rutin. Jika dulu juga asal minum mesti nak air manis namun sekarang saya lebihkan air suam. Setiap pagi isteri akan menyediakan oat untuk mengawal paras kolesterol.

Saya mulakan semula latihan senaman dengan slow running. Malahan kalau di rumah juga kami sekeluarga mengamalkan pemakanan kurang garam, kurang gula, tiada lagi makanan segera yang mengandungi MSG serta meminimumkan pengambilan daging.

Saya kini juga mahu lebih relaks dan tidak mahu memikirkan perkara yang saya tidak mampu kawal. Tidak mahu stress dan jujur saya akui mempunyai isteri yang memahami membuatkan separuh dari stres kita hilang. Isteri saya juga dulu produser jadi dia memang faham akan tugasan dalam bidang produksi.


 photo 10954420_1572827726296227_1983623134_n.jpg

Naz yang kini berusia 37 tahun bakal mengendalikan JJCM untuk musim depan juga memberitahu konsep rancangan itu akan ditukar pada gaya pemakanan lebih sihat pada musim depan.

Walaupun berpeluang merasai pelbagai jenis makanan saya hanya mengambil dua makanan terbaik di setiap restoran. Saya mahu program JJCM ini membawa mesej yang baik dan mendidik penonton bukan sahaja enjoy makan namun masih mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan banyak berjalan dan bersenam.


 photo 11008102_1477654735817437_435571230_n.jpg

Program JJCM kini lebih menarik dengan Naz sebagai pengacara. Idea untuk menjadikan konsep pemakanan dalam rancangan tersebut lebih sihat ialah sesuatu yang menarik. Kami pasti ramai yang ingin tahu di mana tempat atau restoran yang sesuai untuk menikmati makanan yang menyihatkan.

Semoga pembaharuan ini akan mendapat sambutan ramai untuk kebaikan bersama.

Assalammualaikum..selamat pagi..syukur ke hadrat ilahi masih berkesempatan melihat dunia pd pagi ini..Moga Allah s.w.t…

Posted by Nachos Cheese Powder on Wednesday, 20 January 2016

Written by serenity | March 19th, 2013

Pada pendapat kami, iqram Dinzly mengacarakan program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) dengan baik sekali, sampaikan teruja juga diri ini untuk mencuba makan di gerai atau restoran yang diketengahkan dalam rancangan kendalian beliau itu.

Namun pihak TV3 mungkin mempunyai perancangan lain kerana khabarnya kontrak Iqram tidak disambung untuk musim baru, sebaliknya bekas pengacara JJCM iaitu Qi Razali dikatakan telah ditawarkan kontrak sebagai pengacara JJCM musim terbaru.

Namun menurut Qi kepada mStar Online, dirinya langsung tidak ada niat untuk mencantas kedudukan sebagai pengacara JJCM dari Iqram.

Sejujurnya saya sendiri terkejut apabila diberitahu Iqram tidak akan muncul dalam musim terbaharu program itu namun saya tidak pasti apakah sebab-sebabnya.

Tawaran yang datang bukan kerana saya berjumpa dengan pihak produksi dan merayu agar mereka menerima saya kembali.

Saya terima kerana mahu kembali aktif dalam bidang pengacaraan yang telah saya tinggalkan hampir dua tahun lalu kerana memberi tumpuan kepada bidang lakonan.

Qi juga mengakui yang dia mengharapkan hubungannya dengan Iqram akan kekal akrab seperti sebelum ini.

Sebelum ini ada media melaporkan yang Iqram tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan menganggap pihak penerbit memandang sebelah mata pengorbanannya untuk program JJCM.

Hmm, mungkin anda juga ada pilihan sendiri siapakah yang paling best sebagai pengacara JJCM? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.

***

Bazar Seni Industri Budaya Kebangsaan kembali lagi untuk tahun 2013 ini mulai 23 dan 24 Mac ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Pelbagai pertandingan menarik dan juga hadiah istimewa disediakan untuk para pengunjung.

Ada pertandingan tarian breakdance, gerai-gerai jualan barangan seni dan budaya, persembahan pentas, demonstrasi silat dan macam-macam lagi. Jom datang ramai-ramai!

Written by AbangNara | June 19th, 2012

Setelah mendapat kritikan yang amat hebat daripada peminat Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), pengacara rancangan tersebut Iqbal Pilih Kasih dan Shiha Mentor mengambil keputusan untuk menarik diri daripada terus mengacarakannya. Dengar ceritanya, Iqram Dinzly akan mengambil alih tugas mereka berdua untuk JJCM musim baru yang akan bermula 1 Julai ini.
iqbal shiha

Shiha memaklumkan yang dia menarik diri bukannya kerana kritikan yang diterima daripada penonton. Sebaliknya memang daripada mula dulu lagi dia menandatangani kontrak selama 13 episod untuk mengacarakan JJCM. Manakalah Iqbal pula memberikan alasan yang berat badannya naik mendadak sejak menjadi pengacara JJCM. Senang cerita, Shiha dan Iqbal menafikan diri mereka disingkirkan daripada JJCM kerana ramai yang kecewa dengan mutu pengacaraan mereka berdua.
jjcm

Diharap dengan penarikan diri Shiha dan Iqbal, pihak penerbit JJCM akan dapat mengembalikan zaman kegemilangan rancangan ini. Secara jujur, Abang Nara hilang mood 100% untuk menonton JJCM selepas Qi tiada. Kalau benar Iqram Dinzly akan menjadi pengacara baru JJCM, diharap Iqram dapat membawa kelainan. Paling penting, masa makan kenalah nampak berselera. Tak gitu? Kredit info Mstar Online.

Written by AbangNara | March 21st, 2012

Ada desas-desus yang mengatakan bahawa pengacara Jalan-Jalan Cari Makan sebelum ini iaitu Qi telah pun dibuang daripada rancangan tersebut untuk musim 2012. Malah lebih teruk lagi ada suara-suara menyatakan yang ianya berpunca daripada hubungan Qi dan Yuna. Namun ternyata desas-desus dan suara-suara itu tidak benar.

qi

Qi melalui akaun Twitternya (@Qi0808) telah memberikan penjelasan yang dia mahu menumpukan kepada bidang lakonan bersempena tahun 2012. Bagi Abang Nara ini satu langkah yang sangat bagus. Dalam bidang pengacaraan memang sudah terbukti kehebatan Qi. Walaupun sememangnya sudah berlakon sebelum ini, namun kewibawaan Qi dalam bidang lakonan masih jauh dibandingkan dengan pelakon lain.

qi

Dan Qi juga turut memohon agar peminat JJCM tidak memberikan komen yang terlalu negatif kepada pengacara baru. Apa pun, kita tunggulah 2 3 episod lagi. Mana tahu pengacara baru JJCM ini memang jenis lambat panas. Tak gitu?