Written by Bella | November 21st, 2018

Nekad untuk mengambil keputusan mengejut dengan mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen, ramai juga yang tertanya apakah masalah yang dihadapi oleh Izzue Islam.

Enggan terus berselindung lagi, Izzue mendakwa insiden beliau sering dipulaukan oleh ahli Forteen adalah punca utama beliau ingin bergerak solo.  Kehadiran Izzue didalam kumpulan itu seperti tidak wujud.

Ini bukan kali pertama mereka tidak bertegur sapa dengan saya. Kejadian pertama pada 2014 tapi tidaklah sampai saya ambil keputusan berundur. Namun, kali ini, saya sudah fikir masak-masak.

Tempoh hari, ketika berada di final musim kelima Gegar Vaganza (GV5), mereka buat saya macam tak wujud. Usahkan tegur, bersalam pun tidak sedangkan dengan orang lain boleh pula mereka bercakap seperti biasa.

Saya faham, adalah normal dalam sesebuah kumpulan berselisih pendapat, cuma andai tiada lagi persefahaman hingga tidak bercakap, lebih baik saya berundur. Kalau tak buat sekarang, esok lusa kalau jadi dipulaukan lagi, saya tetap keluar.

Agak serius juga apa yang dikatakan oleh Izzue ini, walau apa pun, kami tetap berharap satu hari nanti masalah antara mereka boleh diselesaikan dengan baik. Industri hiburan kita ini kecil dan tidak manis kalau terus bermasam muka kan?

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | November 19th, 2018

Semalam ketika acara karpet merah akhir Gegar Vaganza 5 berlangsung, pelakon dan penyanyi Izzue Islam mengumumkan berita mengejutkan beliau telah menarik diri daripada kumpulan Forteen kerana sudah tiada lagi persefahaman antara mereka.

Pengumuman tersebut bukanlah satu gimik mahupun ada kena mengena dengan isu Forteen yang gagal ke final GV5. Kata Izzue, beliau sedar kualitit nyanyian beliau tidaklah sehebat ahli kumpulan yang lain.

Persefahaman dah tak ada, jadi baik undur diri. Ini bukan kali pertama, ini merupakan kali kedua, jadi saya tak mahu jadi kali ketiga dan seterusnya. Cukuplah. Antara semua, suara saya tak sehebat mereka, saya yang paling tak bagus.  Ini bukan gimik, benda ini serius, cukup sampai sini sahaja.

Kumpulan Forteen ditubuhkan pada tahun 2011 dan dianggotai oleh Izzue, One, Ameer dan Ariz. Mereka pernah bernaung dibawah KRU Music.

Tentu sekali berita ini membuatkan peminat tegar kumpulan itu sedih tetapi kalau tiada lagi keserasian memang lebih baik untuk ‘angkat kaki’ agar tiada masalah yang lebih besar timbul di masa hadapan.

Sumber Berita : Astro Awani

Kredit Foto : petchmono