Written by Bella | May 3rd, 2018

Walaupun sering memuat naik “posting” sedang bahagia bersama suami tercinta Ude Wahid, pelakon Izreen Azminda masih lagi menutup ruangan komen di akaun Instagramnya. Adakah beliau sudah benar-benar serik dengan kecaman tidak henti daripada netizen mengenai kontroversi ruamh tangganya?

Menerusi portal Media Hiburan, Izreen memberitahu hati beliau kini agak tenang kerana tidak lagi menerima komen-komen negatif daripada netizen.

Bukan itu sahaja alasan beliau menutup ruangan komen, antara sebab lain ialah Izreen tidak mahu melihat suaminya sedih dan terguris hati apabila orang ramai terus “menghentam” lelaki itu mengenai kisah silamnya.

Apa sahaja yang saya nak post di Instagram saya adalah kehidupan dan peribadi saya. Kalau ada yang tak suka dengan perkongsian saya boleh unfollow atau block supaya posting saya tak keluar di timeline mereka.

Saya sayang suami saya dan saya tak nak orang mengata tentang suami saya. Kalau nak mengata saya tak apa sebab saya dah lama juga dalam industri dan dah biasa terima semua ini tapi suami saya tak biasa. Saya tak nak orang kecam suami saya.

Ini yang dinamakan cinta sejati agaknya, risau emosi suami akan terganggu. Bagus Izreen kerana sebolehnya ingin menjaga suami dengan baik daripada setiap sudut.

Sumber Berita : Media Hiburan