March 14th, 2016

Redza Rosli, kalau sebut nama mungkin ada yang masih tidak kenal dengan lelaki muda berbadan sasa ini. Sering berlakon watak “bad boy” ataupun antagonis, beliau diperkenalkan oleh Michael Ang menerusi beberapa drama popular arahannya seperti Hantu Selfie, Hantu Wefie dan banyak lagi.

Tidak pernah dihimpit mana-mana wanita sebelum ini, beliau digosipkan bercinta bersama aktres Izreen Azminda selepas wanita itu kerap memuat naik foto mereka bersama di Instagram.

Walaubagaimanapun, Redza yang bekerjasama dengan Izreen didalam drama Kak Marr menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan. Malah, mereka sudah kurang berjumpa.

Saya selesa berkawan dengannya kerana Izreen peramah dan mudah bekerjasama. Kami hanya kawan dan tiada perasaan cinta. Selepas penggambaran drama itu berakhir, kami sudah jarang bertemu. Hanya sesekali kami bertanya khabar menerusi mesej.

Mungkin disebabkan saya tidak pernah rapat dengan wanita lain, ia mencetuskan isu apabila saya dilihat beberapa kali bersama Izreen.

Redza Rosli ini pada pendapat kami mempunyai potensi untuk pergi jauh dalam industri lakonan. Biasalah baru jadi artis pasti akan ada gosip.

Sumber Berita : Berita Harian

February 5th, 2016

Sejak bergelar janda, Izreen Azminda sering dikaitkan bercinta dengan aktor muda. Jika dahulu dengan Amar Baharin dan Nazrief Nazri, kini beliau dikatakan sedang mesra dengan Redza Rosli pula.

Gosip itu bermula apabila Izreen kerap memuat naik foto beliau bersama Redza. Malah, kedua-duanya sebelum ini pernah bergandingan didalam drama Kak Marr yang sedang ditayangkan di TV3.

Walaubagaimanapun, Izreen menolak dakwaan tersebut dan menjelaskan Redza terlalu muda buat beliau.

Saya harap janganlah ada yang berfikiran sampai macam itu sekali, Redza terlalu muda untuk saya. Gambar berselfie dengan Redza itu pun semasa kami dalam penggambaran drama Kak Marr.

Pada masa yang sama, Redza juga turut menafikan beliau sedang intim bersama Izreen dan hubungan mereka tidak lebih daripada kawan baik.

Sebenarnya saya dan Izreen hanya berkawan baik sebab dia seorang yang peramah. Sikap peramahnya itu bukan dengan saya sahaja, tapi dengan semua orang.

Ermm,setiap kali ada sahaja pelakon lelaki muda berlakon dengan Izreen pasti ada yang menyatakan mereka bercinta kerana terlalu mesra bersama.

Sumber Berita: Media Hiburan