February 14th, 2020

Majlis ‘baby shower’ dan ‘gender reveal’ sudah menjadi trend untuk bakal-bakal ibu pada masa sekarang menyambut kedatangan bayi dengan gaya barat atau moden. Hampir setiap pasangan selebriti yang bakal menimang cahaya mata akan mengadakan majlis tersebut bagi meraikan kelahiran anak mereka.

izara aishah

Baru-baru ini, pelakon Izara Aishah telah mengadakan majlis ‘baby shower’ yang berlangsung dengan cukup meriah sekali, dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Menerusi foto yang dimuat naik, tidak dinafikan Izara kelihatan berseri-seri dan anggun. Bagaimanapun, fesyen yang digayakannya mendapat kritikan daripada netizen.

“Dah nak jadi mak orang pun tak reti pakai seluar”

gender reveal izara aishah

Mengenakan ‘dress’ berwarna putih yang dipadankan dengan jaket berkotak pada bahagian luarnya, rata-rata netizen berkata pakaian Izara itu tidak sesuai dengan ibu mengandung selain ia kelihatan terlalu seksi.

izara aishah tidak pakai seluar izara aishah gender reveal baby shower izara aishah izara aishah

Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017 bakal menimang cahaya mata perempuan dan dijangka bersalin pada April nanti.

Kredit Foto : 712 Studios

July 18th, 2018

Berbakat besar dan mempunyai wajah jelita serta bentuk tubuh yang menawan, pelakon Izara Aishah antara artis yang sering mendapat perhatian ramai.

Terbaru, timbul pula satu isu dimana ada netizen yang mempersoalkan bentuk punggung Izara yang didakwa pernah disuntik untuk tampak lebih gebu dan besar. Bagaimanapun, Izara menerusi akaun Twitternya tampil menafikan tuduhan tersebut dan memberikan penjelasan disebalik foto punggungnya yang tersebar di media sosial. Kata Izara, semuanya hanya teknik suntingan sahaja sehingga membuatkan foto itu menjadi lucah.

Malah, Izara turut menyertakan foto asal punggungnya itu untuk mengelakkan salah faham terus berlaku.

Kami rasa yang komen Izara suntik untuk besarkan punggung itu sebenarnya cemburu dengan penampilan Izara yang cantik daripada hujung rambut sehinggalah hujung kaki. Harapnya penjelasan Izara ini tidak ada lagi spekulasi liar yang timbul, nak ada tubuh badan yang cun? Pergi bersenam je lah dan jangan jadi mak cik bawang. Heh..

June 19th, 2017

Sudah beberapa kali terpalit dengan kontroversi yang melibatkan cara beliau berpakaian termasuk tersebarnya video yang mengatakan beliau memakai busana sehingga menampakkan bahagian tepi buah dadanya, pelakon Izara Aishah menjadikan ia sebagai pengajaran didalam hidupnya dan enggan lagi berpakaian terlalu seksi.

Saya agak terkejut, mengapa baru sekarang video itu disebarkan sedangkan acara itu berlangsung tahun lalu. Memang saya silap kerana cuai, malah mama dan ayah juga memarahi saya kerana berpakaian begitu.

Sejak itu saya semakin berhati hati dalam memilih pakaian yang digayakan. Siapa pun kita, pasti ingin berubah. Insya-Allah, saya sedang melakukannya perlahan-lahan. Saya juga lebih kenal diri, malah semakin matang dalam setiap tindak tanduk.

Izara juga menganggap setiap apa yang berlaku sebenarnya adalah teguran daripada Allah SWT agar beliau tidak terlalu leka dan ghairah untuk mengikut arus fesyen.

Sumber Berita : BH PLUS

May 16th, 2017

Beberapa hari lepas, tersebarnya sebuah video yang menunjukkan pelakon Izara Aishah tampil “terlampau” seksi dalam sebuah majlis sehingga ia menampakkan bahagian tubuhnya yang tertentu.  Di dalam video berkenaan, Izara kelihatan sedang menyapa rakannya  dan ketika itu sisi seksi beliau dirakam .

Rata-rata peminat yang melihat video tersebut mengakui busana yang digayakan oleh Izara menjolok mata.

Izara menerusi akaun Instagramnya juga telah tampil memohon maaf atas isu terbabit dan menafikan video berkenaan yang mendapat perhatian netizen diambil ketika ABPBH 3.0 yang berlangsung pada hari Ahad lepas.

Dengan penjelasan dan permohonan maaf ini, harapnya tiada pihak yang terus berspekulasi mengenai penampilan Izara. Bukan mudah sebenarnya untuk seseorang artis tampil memberikan penjelasan sebegini dan semoga di masa hadapan Izara akan lebih berhati-hati dalam berpakaian kerana setiap pergerakan selebriti pasti akan jadi perhatian.