Written by AbangNara | April 17th, 2012

Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu oleh semua pasangan suami isteri hadir jua kepada Nabil Raja Lawak dan isterinya Zira. Berita gembira ini hadir selepas Zira melakukan pemeriksaan melalui kit kehamilan apabila berasa agak tidak selesa di waktu pagi. Kini Zira sudah hamil 5 minggu

gambar dira mengandung

Kata Zira:-

Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik. Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna.

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Nabil dan Zira. Sila jaga kandungan elok-elok kerana waktu sekarang ini adalah sangat kritikal. Semoga segalanya berjalan lancar buat pasangan ini. Kredit berita Media Hiburan.

P.S: Tersilap tulis nama pulak. Sepatutnya Zira bukan Dira. Hehehe. Maafkan Abang Nara.