Written by Bella | February 3rd, 2016

Sejak berita penceraian Salih Yacoob dan bekas isteri keduanya, Nor Raha tersebar secara meluas dan menjadi topik hangat, ramai yang mengatakan sekurang-kurangnya beliau masih ada tiga orang isteri lagi dan satu ruang kosong jika hendak berkahwin sekali lagi.

Namun, jelas Salih beliau memilih untuk poligami bukanlah kerana nafsu serta mengambil kesempatan terhadap kaum wanita, tetapi kerana Allah.

Pandangan saya mengenai poligami bukanlah untuk mengambil kesempatan dan saya berkahwin kerana Allah. Perkara ini tidak bermakna saya mahu mencari calon seterusnya untuk menggantikan ‘tempat kosong’ selepas bercerai dengan Raha.

Buat beliau, perkahwinan konsep poligami tidak semudah yang disangka kerana isteri-isteri mempunyai perangai yang berbeza-beza dan ia adalah tanggungjawab yang besar Salih sebagai seorang suami untuk membimbing mereka dengan baik.

Salih  kini bersama tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29. Hasil daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 orang anak.

Sumber Berita: Media Hiburan

Written by Bella | February 1st, 2016

Minggu lepas hampir semua orang terkejut mendengar berita Salih Yaacob bercerai dengan isteri kedua beliau Nor Raha Hamad.

Lebih panas lagi, Salih tidak menafikan wujudnya orang ketiga  dan mengakui bekas isterinya itu mula tawar hati dan berubah sikap selepas menghadiri majlis reunion sekolah. Bukan tidak cuba untuk menyelamatkan rumah tangganya tetapi  ini mungkin jalan yang terbaik buat mereka.

Bila berita itu tersebar, ramai yang mengatakan kini Salih sudah ada satu lagi tempat kosong  serta boleh mempunyai seorang lagi isteri , namun Salih memberitahu beliau belum bersedia untuk berkahwin dan hanya menyerahkan perkara itu kepada ketentuan takdir.

Dari dahulu lagi, niat saya berkahwin empat bukan kerana mahu mengambil kesempatan yang dibenarkan ajaran Islam.

Sebaliknya saya berkahwin kerana Allah dan mahu mendidik isteri-isteri saya. Jadi, selepas bercerai dengan Raha, tidak bermakna saya kini sedang mencari calon baru untuk diisi ‘slot’ yang kosong itu. Lagipun jodoh dan maut itu adalah ketentuan Allah.

Mungkin pada orang lain, seorang lelaki itu cukup bertuah apabila dapat hidup berpoligami. Walaubagaimanapun, mereka tidak tahu betapa besarnya tanggungjawab seorang suami yang mempunyai ramai isteri.

Nampak mudah saja apabila beristeri ramai, tetapi tanggungjawab sangatlah besar. Dan kita sebagai manusia, ada masanya juga membuat silap.

Tambahan pula, setiap isteri mempunyai sikap dan emosi yang berbeza, maka cara kita bercakap dengan mereka juga berbeza. Sebab itu saya perlu muhasabah diri setiap hari untuk cuba menjadi suami dan ayah yang sempurna.

Orang hanya boleh lihat manisnya hidup berpoligami hanya daripada luarannya sahaja, sebagai ketua keluarga tanggungjawab yang dipikul bukannya mudah dan peritnya hanya mereka sahaja yang tahu.

Sumber Berita: mStar Online