Written by AbangNara | June 25th, 2014

Walaupun sudah berkahwin baru, Jimmy Shanley ternyata tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada anak hasil perkahwinannya sebelum ini. Menerusi akaun Instagramnya, Jimmy telah melahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat menyambut hari jadi ke 3 anaknya, Zahra kerana dihalang oleh keluarga bekas isterinya itu. Tak dapat bayangkan kesedihan Jimmy terhadap apa yang telah berlaku ini.

jimmy shanley

Tulis Jimmy Shanley:-

hapi 3rd bday… dulu alasan tak bg sebab duk keseorg, kini sudah berumahtangga pun tak dpt, kununnya hanya nak publisiti (pleaseee la), nak di ambil tak bg, tak di ambil di caci di media, lu pikir la sendiri

Malah Jimmy turut berkongsi satu gambar yang bertulis mesej sindiran. Tidak diketahui daripada siapakah mesej tersebut namun ia sedikit sebanyak agak mengecewakan untuk melihat perbalahan seperti ini.

jimmy shanley

Inilah jadinya apabila hak penjagaan anak tidak dapat diselesaikan setelah berlaku penceraian. Emak ayah bergaduh sesama sendiri, yang ruginya adalah si anak kerana tidak mendapat kasih sayang secukupnya. Sepatutnya semua pihak yang terbabit kena mengalah dan fikirkan keadaan si anak, bukannya fikirkan ego dan kepentingan masing-masing. Tak gitu? Apa pendapat anda?

Written by AbangNara | June 6th, 2014

Desas-desus sudah berkahwin yang bertebaran selama ini akhirnya tamat jua apabila Jimmy Shanley bakal menamatkan zaman dudanya esok. Majlis pernikahan dengan seorang wanita yang bernama Mariam Abdul Jalil akan berlangsung esok di sebuah hotel di Shah Alam kira-kira jam 5 petang.

jimmy shanley kahwin esok

Tahniah diucapkan kepada Jimmy Shanley dan Mariam atas berita gembira ini. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tak sabar rasanya nak melihat wajah isteri Jimmy esok. Semoga semuanya berjalan lancar. Tahniah!!! Info asal Berita Harian.

Written by AbangNara | September 24th, 2013

Masihkan anda ingat dengan artikel “Jimmy Shanley kahwini janda?” yang pernah Abang Nara tuliskan satu ketika dahulu. Lelaki kacak seperti Jimmy ini memang semua orang ingin tahu apa perkembangannya. Dah kahwin ke belum, ada awek ke belum, single lagi ke dan macam-macam lagi lah. Nasib baik Abang Nara tak hensem macam Jimmy.

jimmy shanley

Ditanya mengenai dakwaan kahwini janda, Jimmy Shanley enggan memberikan sebarang komen. Kata Jimmy kepada Mstar Online:-

Tiada komen. Biarlah rahsia. Terpulang sama ada orang ingin kata saya sedang bercinta atau pun sudah berkahwin. Doakan yang baik-baik untuk saya. Bukan saya serik tetapi cerita tentang rumah tangga dulu baru sahaja reda dan apabila tiba masa sesuai saya sendiri akan jelaskan perkara sebenar

jimmy

Abang Nara faham apa yang sedang dilalui oleh Jimmy Shanley sekarang. Pasti dia masih trauma dengan kegagalan rumah tangganya sebelum ini sehingga takut untuk mengeluarkan sebarang kenyataan. Kepada peminat-peminat Jimmy, diharap bersabar. Berilah masa kepada Jimmy. Nanti kalau dah bersedia, pasti dia akan kongsikan perkara sebenar dengan anda semua. Tak gitu?
glutacellP.S: Nak kulit mulus, cantik berseri dan memikat hati? Ketahui rahsianya di www.azaleadenaturale.com

Written by AbangNara | June 23rd, 2013

Pagi  Ahad yang penuh dengan jerebu memang menyukarkan pernafasan dan mengaburi pemandangan. Namun mata Abang Nara terus terbuka luas apabila membaca Pancaindera hari ini yang bercerita mengenai status perkahwinan Jimmy Shanley. Memang terkejut dibuatnya!!!

jimmy shanley

Menerusi ruangan Gebang Syed, Jimmy Shanley dikhabarkan sudah berkahwin dengan seorang wanita cantik berstatus janda. Kata sumber tersebut:-

Tak tahu nak cakap macam mana tapi memang Jimmy dah berkahwin dengan seorang wanita cantik berstatus janda sedikit masa lalu. Majlis tersebut pun tak dibuat besar untuk mengelak pengetahuan peminat. Tapi khabarnya isteri Jimmy memang kaya raya dan dalam kalangan orang yang banyak duit. Mungkin itu jodoh terbaik buat Jimmy setelah mengalami kegagalan rumah tangga beberapa tahun lalu.

jimmy shanley dah kahwin

Kalau benarlah berita ini, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Jimmy. Semoga perkahwinan kali ini akan memberi kebahagiaan yang dicari-cari selama ini. Terlalu banyak derita yang telah ditempuhi oleh Jimmy di dalam perkahwinan sebelum ini. Sama-samalah kita nantikan pengesahan daripada Jimmy mengenai perkahwinannya ini.

P.S: Cara melipat baju dalam masa 2 saat