Written by Bella | March 17th, 2016

Tahniah diucapkan buat Atu Zero kerana bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya Shafeeqa Johari sah hamil anak mereka yang pertama.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Atu menerusi akaun Instagram miliknya dimana beliau memuat naik foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan isterinya itu sedang berbadan dua.

Salam semua. Alhamdulilah..Tadi biniku hantar gambar katanya sudah berisi. Doakan yang baik-baik ya,tujuan saya bukan nak ribut-ribut.

Minta maaf ya semua , saya mahu berkongsi sahaja  kalau salah maafkan.Tidak lama lagi jadi bapa sudah saya.

Bernikah pada 8 Februari lepas, nampaknya rezeki Atu dan Shfeeqa untuk menimang cahaya mata agak awal bukan? Hehe..semoga  ibu dan kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Sumber Berita : Instagram Atu Zero