Written by Irsa | October 4th, 2019

Sepertinya tiada pengakhiran kepada kemelut perkahwinan di antara Sultan Muhammad V dan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Voevodina.

Terbaru, wanita berusia 27 tahun itu telah memuat naik satu temu bual eksklusif mengenai hal rumah tangganya menerusi laman Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

I gave my first interview to clarify our situation with the divorce. I haven’t seen my husband since last December. He is hiding from me and our son and unfortunately he is the one who is making the public scandal. I would like to apologize for his behavior… Hope he will think about his reputation and will stop all this fightings. Faris, you are a father and you are a Royal- please, think of what you do. Thank you for attention Love all of you ??????

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Berdasarkan sedutan video itu, Rihana menegaskan bahawa dia dan anaknya, Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra tidak bertemu muka langsung dengan Sultan Muhammad V sejak daripada bulan Disember tahun lepas lagi. Wanita itu juga menyatakan bahawa tiada sekalipun dia menghubungi sudara-mara mahupun kenalan suaminya itu.

rihana oksana dakwa tidak jumpa sultan sejak disember

rihana tidak berjumpa dengan sultan sejak disember

Menurut Mail Online, Rihana didakwa telah menuntut sebuah rumah agam bernilai £8 juta (RM41.2 juta) dan turut meminta nafkah bulanan untuk anaknya berjumlah £24,000 (RM123,694) sebulan.

rihana oksana tuntut nafkah dan rumah agam

Dalam entrinya itu, Rihana telah meminta Sultan Muhammad V supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh merosakkan imejnya sebagai seorang pemimpin dan kerabat Diraja.

Semenjak tersebarnya berita penceraian pasangan ini, rakyat rata-ratanya tidak mengetahui cerita sebenar disebalik kisah ini. Walaupun Rihana sering memuat naik pelbagai kenyataan menerusi laman Instagramnya, Sultan Muhammad V lebih senang mendiamkan diri dan hanya pihak Istana Kelantan yang mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya.

Sumber: Forum CARI

Written by AbangNara | June 3rd, 2009

gambar manohara

Pertamanya kami nak akui yang Manohara(nama penuh:Manohara Odelia Pinot), isteri kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra nie memang cun melecun. Putih melepak kulit dia. Ternyata tinggi jugak taste orang-orang istana Kelantan nie.

Dakwaan dia didera sehingga menampakkan kesan seterika di dahi dan kesan luka di dada memang menyeramkan. Khabar anginnya deraan nie semua dilakukan oleh suaminya semasa nak melakukan hubungan seksual.

Maknanya si Tengku Petra nie suka melakukan hubungan seks secara ganas kot. Tue yang Manohara nie tak tahan nie. Ala yang jenis sebat pakai cemeti, gari kat katil dan macam-macam lagi la. Tapi tak pernah pulak dengar teknik pakai seterika. Boleh tahan garang jugak Tengku Petra nie.

Oh ya lupa nak bagitau yang Manohara nie baru jer berumur 17 tahun(bukan bawah umur ke untuk berkahwin?). Ahad yang lepas, Manohara berjaya melarikan diri ke Jakarta dengan bantuan kedutaan Amerika Syarikat dan imigresen Singapura.

Tak tahu nak cakap siapa yang betul dalam hal nie. Kalau betul kena deraan seksual, memang tak patutlah. Rileks-rilekslah. Walaupun suami ada hak sepenuhnya kepada isteri, tapi janganlah sampai mencederakan dia pulak.

Apa pendapat anda? Betul ke cerita Manohara nie? Atau dia saja reka-reka cerita sebab tak tahan kena paksa makan budu tetiap hari? Hehehe. Jom kongsi-kongsi pendapat sama-sama.