December 26th, 2019

Sah mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu, pasangan romantis Risteena Munim dan Isa Khan semakin terbuka berkongsi kisah cinta mereka. Boleh kata, hampir setiap hari, mereka akan memuat naik video atau foto momen mesra serta bahagia bersama di media sosial.

risteena munim isa khan

Tidak dinafikan, ada netizen yang kurang senang melihat aksi mereka yang terlalu sakan menayang kebahagiaan. Bukan apa, kata mereka lebih baik manja atau cinta menjadi rahsia mereka berdua sahaja, lebih istimewa.

Advertisement

Menurut Risteena, Isa sudah berjanji akan sentiasa cuba membahagiakannya selagi terdaya. Hidup ini singkat, jadi nikmatilah setiap saat indah yang dikecapi.

Sejak kami kenal, saya nampak Isa sentiasa mahu membahagiakan serta menggembirakan saya. Dia lakukannya tanpa henti.

Dia selalu cakap pada saya yang hidup ini singkat dan tak tahu bila akan mati, sebab itu setiap hari dia akan cuba bahagiakan saya. Isa takut kalau nanti dia sudah tiada di dunia ini, tak sempat nak tunjuk sayangnya pada saya.

Masing-masing mempunyai perasaan cinta yang kuat dan saling menyayangi. Semoga hubungan mereka kekal bahagia selamanya. Bila nak naik pelamin? Kata orang perkara baik harus dipercepatkan, barulah bertambah ‘sweet’ bila hubungan yang terjalin sudah halal.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Budak Tadika

Advertisement
December 17th, 2019

Percintaan antara pelakon Risteena Munim dan Isa Khan bukanlah rahsia lagi dan mereka sudah pun mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu di Bali, Indonesia.

isa khan risteena munim

Kehangatan cinta pasangan ini sedang hangat membara dan jelas sekali Risteena dan Isa nampak begitu bahagia bersama.

Advertisement

Hampir sebulan mengikat tali pertunangan, Risteena baru-baru ini berkongsi video momen-momen indah ketika dia dan Isa baru sahaja bercinta. Memang ‘sweet’ habis.

Suap makan, basuhkan kaki dan potong kuku Risteena

 

Advertisement

 

Antara momen yang mencuri perhatian ramai ialah aksi Isa Khan memanjakan tunangnya. Dimanjakan dan dilayan persis seorang puteri, menyuap makanan, membasuh kaki dan memotong kuku Risteena.

isa khan risteena Semoga pasangan ini kekal bahagia sehingga selamanya. Ini baru bercinta, kalau dah jadi suami isteri nanti, mesti layanan lebih istimewa.

Kredit Foto : Budak Tadika

Advertisement
December 9th, 2019

Setelah lama menyembunyikan hubungan percintaan mereka, pelakon dan penyanyi Isa Khan baru-baru ini mengumumkan sudah melamar pelakon Risteena Munim, pada 23 November lalu sewaktu bercuti di Bali, Indonesia.

isa khan risteena munim tunang

Ramai sebenarnya yang terkejut dengan berita tersebut dan mula timbul pelbagai cerita kurang enak didengar, dimana Isa dituduh sebagai kaki perempuan.

Advertisement

Bagaimanapun, kata Risteena dia lebih mengenali hati budi Isa dan yakin lelaki itu bukanlah seorang kaki perempuan. Terkilan ada pihak yang sengaja ingin memburukkan tunangnya itu.

View this post on Instagram

Aku punya mimpi untuk berada di dalam setiap kisah dongeng sewaktu kecil. Di mana ada Princess dan Prince charming dalam setiap kisah dongeng itu. Namun, setelah dewasa, aku mulai sedar bahawa kisah dongeng itu hanya wujud di alam fantasi, bukan reality. Ternyata setelah aku bertemu kamu, kisah fairytale aku menjadi kenyataan. Terima kasih, Cinta. Kamu telah menjadikan impian fairytale aku benar-benar wujud. Pada tanggal 23 November, aku telah dilamar di tengah lautan Bali. Aku tak pernah sangka saat itu akan berlaku dalam hidup aku. Semoga reality indah ini akan menjadi ingatan dalam hidup aku dan dia. Tak dapat digambarkan pengorbanan dia untuk arrange semua ni di Bali. Pada mulanya cuma sangka trip ke Bali hanya untuk Birthday present trip. Rupanya semuanya telah diatur lebih awal. Sehingga dia tak cukup tidur kerana menjadi seorang yang terlalu perfectionist. Kamu tidak pernah ragu-ragu untuk mengatakan perasaan cinta kamu pada aku. Kamu sentiasa beritahu kamu sayang aku, tanpa jemu. Kamu bangga ada aku sepertimana aku bangga adanya kamu. Tidak semua ada keberanian untuk mengucapkan perasaan cinta depan khalayak ramai. Tapi kamu membuktikan kamu bisa lakukan kerana perasaan cinta kamu terlalu kuat untuk aku. Teruskan menjaga aku, melindungi aku, membahagiakan aku seperti sekarang. Terima kasih, Cinta. Teruskan menjadi orang yang sama yang telah buat aku jatuh cinta dengan kamu hari demi hari. Tidak mungkin ada yang boleh mencintai kamu lebih dari aku kerana cinta ini telah terlalu dalam untuk kamu. I love you, Cinta🌹

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Advertisement

Sebelum ini, memang ada orang kata dia seorang yang ‘playboy’ tapi bagi saya, dia sebenarnya mencari orang yang sesuai dengan dia tapi tak jumpa. Walaupun ada orang kata dia macam-macam tetapi apabila saya sudah mengenali dirinya, dia bukan seperti yang didakwa.

Risteena percaya, perasaan Isa padanya benar-benar ikhlas. Jujur mencintainya dengan sepenuh hati.

isa khan risteena munim bertunang

Saya ingatkan, saya tak akan jatuh cinta lagi tapi dia berjaya buat saya kembali percaya cinta. Dia jujur, ikhlas dan tiada niat nak mempermainkan saya.

Mula -mula tak percaya tapi bila dia sendiri bertemu keluarga saya dan beritahu akan sayang dan jaga saya. Malah dia beritahu semua orang dia jumpa. Isa memang sangat baik dan bukan orang yang nak ambil kesempatan.

Advertisement

isa khan risteena munim bertunangPasangan ini mula berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit.

Masing-masing mempunyai perasaan cinta yang kuat antara satu sama lain dan saling menyayangi. Semoga hubungan mereka kekal bahagia selamanya. Cepat-cepatlah naik pelamin.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Project Two-Pi

Advertisement
November 25th, 2019

Umum mengetahui pelakon Risteena Munim sedang hangat bercinta dan dalam fasa paling bahagia dalam hidupnya dengan kehadiran “jejaka misteri” yang mengisi hatinya dengan penuh kasih sayang. Bagaimanapun, ramai yang tertanya, bukankah Risteena sebelum ini menjalin hubungan cinta dengan aktor bernama Ikhwan Khairuddin dan mereka sepatutnya berkahwin pada November ini. Apa yang berlaku?

risteena munim

Pelbagai spekulasi timbul sehingga ada yang berkata Risteena curang. Menjawab segala tuduhan netizen, aktres itu memberitahu dia tidak pernah bermain kayu tiga dan sudah berjuang habis-habisan mempertahankan cinta mereka. Namun, sudah tertulis tiada jodoh antaranya dan Ikhwan. Hubungan mereka sudah berakhir sejak beberapa bulan lalu.

Advertisement

Tiada siapa perlu disalahkan apabila hubungan kami berakhir dengan perpisahan. Kami tidak ditakdirkan bertemu jodoh. Soal kenapa, biarlah hanya saya dan Ikhwan yang mengetahuinya. Mungkin ada yang menuduh saya curang, tetapi mereka tidak tahu di sebalik segala yang berlaku. Bukan saya tidak berusaha mempertahankannya, malah Ikhwan tahu bagaimana saya berjuang menjaga perhubungan kami.

risteena munim

Saya tidak mampu terus menunggu, sedangkan hati semakin menjauh. Orang luar tidak tahu betapa saya sedih berdepan perpisahan. Agak lama untuk saya bangkit daripada kemurungan.

Derita putus cinta dan betapa teruknya hati terluka memang tidak dapat digambarkan, namun kini Risteena semakin bahagia dengan kehadiran jejaka yang sering membuat dirinya terasa disayangi, mencurahkan cinta tulus ikhlas buatnya.

risteena munim isa khan

Advertisement

View this post on Instagram

Setiap kisah cinta punya kisah yang berbeza. Namun aku percaya kisah cinta aku terlalu indah setelah kamu hadir dalam hidup aku. Kamu terlalu indah untuk aku. Sentiasa cuba bahagiakan aku tanpa jemu. Sentiasa menjadi yang terbaik untuk aku. Aku tidak perlu mendengar kata-kata orang tentang kamu kerna aku lebih mengenali kamu yang sekarang. Kerna aku percaya tidak ada yang sempurna di dunia ini. Setiap orang punya kekurangan, begitu juga kalian, begitu juga aku. Terima kasih kerana menerima kekurangan itu. Past is past. Kita tidak bisa berpatah balik untuk betulkan apa yang salah. Tapi kita bisa berusaha untuk masa depan yang lebih baik. Apa yang kita lalui, biar kita saja yang tahu. Tuduhan yang tidak baik bisa menjatuhkan kita, namun kita perlu bangun dengan semangat baru. Hidup perlu diteruskan. Keep on moving. Semoga kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. Life is short. Hargai orang yang kamu sayang. Show love 💕 Terima kasih kerana bahagiakan aku. Moga kalian doakan yang baik-baik untuk aku dan dia🌹 Video ini sempena Surprise Birthday celebration dari dia pada 19.11.19. Memori yang tidak akan dilupakan. I love you, cinta ❤️ #countingdays💍 Thank you @mystudio.kl & @surprise.dash for the lovely surprise birthday arrangement 🌸

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Ramai juga yang seakan sudah mengetahui siapakah jejaka misteri yang bertakhta di hati Risteena iaitu aktor Isa Khan. Menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila pelakon wanita itu memuat naik foto bersama Isa Khan dan kakaknya, Farali Khan berserta kapsyen ‘Family’. Namun, foto itu sudah dipadam. Malah, beberapa video mesra mereka berdua turut dimuat naik di laman sosial masing-masing. Katanya, mereka sedang menghitung hari untuk berkahwin.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement