January 13th, 2020

Kisah cinta pelakon Risteena Munim dan Isa Khan bukan lagi rahsia. Hati mereka sedang berbunga-bunga dan begitu terbuka berkongsi setiap momen indah bersama di media sosial.

risteena isa khan

Kehangatan cinta pasangan ini sedang hangat membara dan menerusi satu video pendek di Instagram, Risteena mendedahkan sikap tunangnya yang sanggup bekerja keras semata-mata untuk membahagiakannya.

Risteena memuat naik perbualan romantis bersama Isa sebelum masing-masing melelapkan mata.

“Alasannya untuk bahagiakan saya”

 

risteena isa khan

Difahamkan, pasangan ini sedang bekerja keras membangunkan perniagaan yang dijalankan bersama.

Terdahulu, Risteena dan Isa telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia. Bagaimanapun, mereka masih belum menetapkan tarikh perkahwinan.

December 26th, 2019

Sah mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu, pasangan romantis Risteena Munim dan Isa Khan semakin terbuka berkongsi kisah cinta mereka. Boleh kata, hampir setiap hari, mereka akan memuat naik video atau foto momen mesra serta bahagia bersama di media sosial.

risteena munim isa khan

Tidak dinafikan, ada netizen yang kurang senang melihat aksi mereka yang terlalu sakan menayang kebahagiaan. Bukan apa, kata mereka lebih baik manja atau cinta menjadi rahsia mereka berdua sahaja, lebih istimewa.

Menurut Risteena, Isa sudah berjanji akan sentiasa cuba membahagiakannya selagi terdaya. Hidup ini singkat, jadi nikmatilah setiap saat indah yang dikecapi.

Sejak kami kenal, saya nampak Isa sentiasa mahu membahagiakan serta menggembirakan saya. Dia lakukannya tanpa henti.

Dia selalu cakap pada saya yang hidup ini singkat dan tak tahu bila akan mati, sebab itu setiap hari dia akan cuba bahagiakan saya. Isa takut kalau nanti dia sudah tiada di dunia ini, tak sempat nak tunjuk sayangnya pada saya.

Masing-masing mempunyai perasaan cinta yang kuat dan saling menyayangi. Semoga hubungan mereka kekal bahagia selamanya. Bila nak naik pelamin? Kata orang perkara baik harus dipercepatkan, barulah bertambah ‘sweet’ bila hubungan yang terjalin sudah halal.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Budak Tadika

December 17th, 2019

Percintaan antara pelakon Risteena Munim dan Isa Khan bukanlah rahsia lagi dan mereka sudah pun mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu di Bali, Indonesia.

isa khan risteena munim

Kehangatan cinta pasangan ini sedang hangat membara dan jelas sekali Risteena dan Isa nampak begitu bahagia bersama.

Hampir sebulan mengikat tali pertunangan, Risteena baru-baru ini berkongsi video momen-momen indah ketika dia dan Isa baru sahaja bercinta. Memang ‘sweet’ habis.

Suap makan, basuhkan kaki dan potong kuku Risteena

 

 

Antara momen yang mencuri perhatian ramai ialah aksi Isa Khan memanjakan tunangnya. Dimanjakan dan dilayan persis seorang puteri, menyuap makanan, membasuh kaki dan memotong kuku Risteena.

isa khan risteena Semoga pasangan ini kekal bahagia sehingga selamanya. Ini baru bercinta, kalau dah jadi suami isteri nanti, mesti layanan lebih istimewa.

Kredit Foto : Budak Tadika

December 9th, 2019

Setelah lama menyembunyikan hubungan percintaan mereka, pelakon dan penyanyi Isa Khan baru-baru ini mengumumkan sudah melamar pelakon Risteena Munim, pada 23 November lalu sewaktu bercuti di Bali, Indonesia.

isa khan risteena munim tunang

Ramai sebenarnya yang terkejut dengan berita tersebut dan mula timbul pelbagai cerita kurang enak didengar, dimana Isa dituduh sebagai kaki perempuan.

Bagaimanapun, kata Risteena dia lebih mengenali hati budi Isa dan yakin lelaki itu bukanlah seorang kaki perempuan. Terkilan ada pihak yang sengaja ingin memburukkan tunangnya itu.

Sebelum ini, memang ada orang kata dia seorang yang ‘playboy’ tapi bagi saya, dia sebenarnya mencari orang yang sesuai dengan dia tapi tak jumpa. Walaupun ada orang kata dia macam-macam tetapi apabila saya sudah mengenali dirinya, dia bukan seperti yang didakwa.

Risteena percaya, perasaan Isa padanya benar-benar ikhlas. Jujur mencintainya dengan sepenuh hati.

isa khan risteena munim bertunang

Saya ingatkan, saya tak akan jatuh cinta lagi tapi dia berjaya buat saya kembali percaya cinta. Dia jujur, ikhlas dan tiada niat nak mempermainkan saya.

Mula -mula tak percaya tapi bila dia sendiri bertemu keluarga saya dan beritahu akan sayang dan jaga saya. Malah dia beritahu semua orang dia jumpa. Isa memang sangat baik dan bukan orang yang nak ambil kesempatan.

isa khan risteena munim bertunangPasangan ini mula berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit.

Masing-masing mempunyai perasaan cinta yang kuat antara satu sama lain dan saling menyayangi. Semoga hubungan mereka kekal bahagia selamanya. Cepat-cepatlah naik pelamin.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Project Two-Pi