Written by Bella | March 12th, 2019

Walaupun dikecam oleh netizen termasuklah juga golongan artis dan penerbit, Datuk A. Aida tetap mempertahankan kenyataannya bahawa rupa paras merupakan kriteria penting bukan sahaja untuk pelakon tetapi untuk menaikkan lagi sesebuah drama.

Terimalah hakikat dan jangan hipokrit, memang fitrah manusia suka melihat benda yang cantik.

Itu adalah realiti kehidupan dan tuntutan masa kini. Kenapa nak pertikaikan kerana industri lakonan era kini sememangnya memerlukan pelakon utama yang mempunyai rupa-paras menarik kerana ia adalah ‘bisnes’.

Itu adalah realiti kehidupan dan tuntutan masa kini. Kenapa nak pertikaikan. Selebriti yang menyelar kenyataan saya itu mungkin tak faham. Mereka kena terima hakikat dan jangan jadi hipokrit. Sebab sememangnya setiap drama semua menggunakan pelakon utama yang mempunyai wajah cantik dan tampan.

Kalau tidak, siapa yang nak tengok drama tu? Bagi saya, bakat itu boleh digilap. Tapi rupa itu sangat penting untuk melariskan sesebuah drama.

Tidak kisah dengan kecaman yang turut mengaitkan wajahnya, A. Aida setakat ini sudah menyekat lebih 500 netizen yang meninggalkan komen negatif di Instagramya.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | March 12th, 2019

Isu mengenai pelakon di Malaysia yang kini hanya bergantung kepada rupa dan jumlah pengikut di media sosial sahaja tetapi tiada bakat sangat hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, lebih-lebih lagi selepas penerbit Datuk A. Aida meminta bakat baru jangan membuang masa menghadiri sesi uji bakat (DFKL) sekiranya mereka tidak mempunyai paras rupa yang cantik dan kacak.

Terbaru, pengarah dan pelakon terkenal Erma Fatima yang sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam bidang seni memberikan komen mengenai pelakon-pelakon di Malaysia kini.

Erma mengakui hanya 10 peratus sahaja pelakon yang betul-betul berbakat dan mempunyai potensi dan selebihnya hanya ‘pasu bunga’ sekadar menjadi hiasan di kaca televisyen.

Malah, ada segelintir mengelar diri mereka sebagai pelakon hanya merosakkan lagi industri dengan gosip negatif dan kontroversi.

Bagi saya, hanya 10 peratus sahaja pelakon di Malaysia yang betul-betul mempunyai bakat dan berpotensi untuk berjaya dalam industri lakonan. Yang lain itu, hanya menjadi ‘pasu bunga’ sekadar jadi hiasan skrin televisyen dan kadang-kadang ‘menyemak’ serta merosakkan industri dengan gosip.

Sebenarnya bila ada bakat dan kemudian diasah, pelakon ini boleh pergi jauh. Kalau masuk sekadar jadi lalang yang akan mati sendiri tanpa perlu dibunuh, buat apa.

Ada yang setuju dengan pendapat Erma?

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | March 26th, 2015

Bila berbicara  tentang sikap Erma Fatima, ramai yang mengetahui penerbit tersebut lantang bersuara dan sering meluahkan pendapat melalui kiasan halus yang tersirat seribu satu makna.

Terbaru, Erma telah dikecam hebat kerana wujudnya salah faham bersama peminat apabila beliau memuat naik sebuah foto seekor singa memakai mahkota sambil duduk di atas kerusi beserta satu kenyataan atau lebih kepada luahan pendapat. Peminat menyatakan Erma sengaja mencetuskan provokasi melalui foto tersebut.

Sedar akan perkara tersebut, Erma telah tampil menjelaskan situasi dan sebenarnya tidak menujukan foto itu kepada mana-mana pihak.

Mempunyai pendirian yang tegas, beliau akan bertanggungjawab atas apa yang ditulis dan sema sekali tidak akan berganjak dan memadam gambar berkenaan.


Sebuah foto memberikan seribu satu tafsiran begitu juga dengan luahan pendapat seseorang. Ia bergantung kepada cara individu tersebut berfikir dan mentafsirkannya. Sama seperti jika kita membaca SMS seseorang. Kadang-kadang orang tu tidak marah tetapi kita baca dengan nada marah akhirnya timbul salah faham.

Sumber Foto & Berita: Instagram Erma Fatima

 

Written by AbangNara | August 29th, 2013

Walaupun sudah 2 minggu gambar ini dikongsikan oleh Erma Fatima menerusi Instagramnya, baru hari ini Abang Nara perasan mengenainya. Memang agak kontroversi. Mana tidaknya, gaya Erma menyalakan rokok memang nampak pro sehingga menimbulkan persoalan di kalangan peminatnya.

erma fatima hisap rokok

Dengan caption “Feeling2 stylo”, ada sesetengah peminat yang melahirkan rasa tidak kisah mereka. Namun ada juga yang mempersoalkan sama ada Erma benar-benar menghisap rokok atau tidak. Ini kerana seperti yang kita ketahui hisap rokok dan bertudung memang tidak sepadan. Antara komen pembaca ialah:-

erma fatima hisap rokok

Bagi Abang Nara memang molek kalau Erma tidak menghisap rokok kerana Erma adalah selebriti ikutan ramai. Abang Nara percaya ada yang menjadikan Erma sebagai idola mereka. Apa pun, layankan beberapa keping lagi gambar Erma Fatima di Eropah dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Toyota sambut ulangtahun ke 20 Toyota Supra