Written by Bella | August 2nd, 2015

Bukan mudah untuk menceburi bidang seni dan mengecapi populariti seperti sekarang, Indah Ruhaila merasa terkejut apabila beliau kini dituduh sudah lupa diri dan mula berlagak diva sehinggakan pihak urusan beliau sudah tidak tahan dengan kerenahnya lagi.

Indah masih Indah yang dahulu. Sama sahaja. Nak berubah untuk apa kerana Indah tahu pahit getir dilalui selama ini. Tak tahu pula kenapa hal sebegini boleh berbangkit. Indah dengan pihak pengurusan pun sejak puasa lalu tidak bertemu atau mengadakan mesyuarat bersama. Indah ada dihantar ucapan raya oleh pihak pengurusan dan mereka tak ada cakap apa-apa pula mengenai perkara ini.

Buat Indah, jika benar beliau sudah tidak ingat akan asal usulnya dan mula berlagak sombong beliau bersedia untuk bertemu empat mata dengan mereka yang sebarkan cerita berkenaan dan menerima teguran dengan hati yang terbuka.

Jika betul ada pihak yang berasakan Indah sudah diva, datang berdepan jumpa dan kita bawa bincang. Jangan cakap sahaja seperti baling batu sembunyi tangan. Hal ini boleh bawa bincang. Saya hanya manusia biasa.

Penyanyi lagu Percayalah yang pernah menjadi finalis Anugerah Juara Lagu ke-29 dan top 5 Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 ini berharap pihak yang mengenali dan pernah berurusan dengannya tidak pantas menjatuh hukuman serta mencipta spekulasi sendiri.

Mungkin tuduhan tersebut hanya gosip semata? Wallahualam. Apa pun sebagai seorang artis jangan pernah lupa dimana tempat anda berdiri sebelum ini dan selalulah merendah diri dimana sahaja anda berada. Populariti itu boleh datang dan hilang hanya dalam sekelip mata.

Sumber Berita: Berita Harian

Written by AbangNara | November 18th, 2013

Selepas 10 minggu berentap di atas pentas AF2013, akhirnya Faizul dinobatkan sebagai juara program realiti ini. Dengan kemenangan tersebut, Faizul membawa pulang  hadiah utama wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengilham, Datuk Siti Nurhaliza.
faizul juara afPasangan duo Azhael yang diserap masuk menerusi AFMASUK pula berjaya menduduki tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Tempat ketiga dimenangi oleh Amira yang menerima RM20,000 dan Indah pula mendapat tempat keempat serta RM10,000 sebagai hadiah.

faizul juara af

Tempat kelima dan keenam masing-masing dimenangi oleh Nabila dan Aisyah. Sebelum ini Nabila dikatakan mampu membuat kejutan kerana undiannya yang sentiasa berada di kelompok tertinggi. Jadi apa kata anda? Adakah anda menonton konsert akhir AF2013 semalam? Adakah pelajar AF2013 kali ini bermutu? Lontarkan pendapat anda di ruangan komen untuk tatapan bersama.