December 19th, 2016

Tentu anda masih ingat dengan berita panas dan mengejutkan apabila pelakon Ika Nabella ditumbuk oleh pengarah terkenal Azma Aizal Yusoof kerana pelakon wanita itu tidak dapat memenuhi apa yang dikehendaki oleh pengarah berkenaan.

Tidak trauma dengan apa yang berlaku, Ika masih lagi melakonkan watak wanita dikasari, cuma kali ini beliau  meminta gandingannya untuk lebih berhati-hati agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Saya ada terima tawaran memegang watak sebagai wanita yang dikasari dan menjadi mangsa. Cuma saya akan ingatkan pelakon gandingan saya agar lebih berhati-hati.

Ia bukan kerana saya serik atau trauma kisah lalu tetapi sebagai langkah terbaik agar perkara lalu tidak berulang.

Selepas beberapa siasatan yang dijalankan, Azma akhirnya didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000. Azma juga ada meminta maaf kepada Ika atas apa yang berlaku.

Ika juga membuat keputusan untuk tidak lagi memanjangkan perkara berkenaan dan berdendam. Namun, beliau sudah serik untuk berlakon dibawah arahan Azma.

Sumber Berita : mStar Online

June 1st, 2016

Sekitar tahun lepas, hangat dengan kes dimana pengarah terkenal Azma Aizal Yusoof telah memukul pelakon Ika Nabella ketika menjalani penggambaran drama Dawai Asmara.

Ika Nabella ditumbuk secara bertubi-tubi pada bahagian badan dan muka kerana tidak dapat menjiwai watak yang diberikan dengan baik.

Walaubagaimanapun, Azma telah didenda RM 2,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang.

Kini sudah beberapa bulan selepas kes tersebut terjadi, Ika Nabella dalam kenyataan terbaru beliau memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Azma semula.

Malah, Ika Nabella tidak pernah menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap Azma atas apa yang berlaku.

Jika selepas ini ada peluang untuk kami bekerja semula, saya okay sahaja. Saya bersikap profesional dan tidak menyimpan sebarang dendam terhadap dirinya.

Namun begitu, selepas kejadian tersebut, saya tidak pernah lagi berjumpa atau terserempak dengan dia. Sebelum ini, dia pernah menghantar mesej meminta maaf dan saya cuma membalas ‘it’s okay’ sahaja.

Alhamdullillah jika tiada perasaan dendam yang disimpan didalam hati Ika Nabella, meskipun apa yang berlaku boleh dikatakan kenangan yang agak pahit, namun tiada gunanya untuk kita terlalu mengenangkannya. Maafkan orang lain, hidup tentu tenang. Ewah..kemain..

Sumber Berita : Astro Gempak

November 16th, 2015

Dipukul serta ditumbuk bertubi-tubi sehingga mendatangkan kecederaan hanya kerana tidak dapat menjiwai watak dalam lakonannya, Ika Nabella akui beliau sudah merasa serik untuk bekerjasama dengan pengarah terkenal, Azma Aizal Yusoof.

Ikutkan kami sudah dua kali bekerjasama sebelum ini. Ketika itu tak ada sebarang masalah. Malah, pembabitan saya menerusi drama ini adalah atas permintaannya. Tak sangka lain pula yang jadi. Memang terkejut dibuatnya. Buat masa sekarang, saya belum sedia berjumpa atau bekerjasama dengannya. Akan datang, tak tahu lagi macam mana.

 

Malah, Ika juga sudah nekad untuk menarik diri daripada berlakon didalam drama Dawai Asmara meskipun pihak produksi cuba untuk memujuk beliau mempertimbangkan keputusan berkenaan.

Namun pihak produksi akur dengan permintaan aktres itu yang sudah trauma selepas apa yang terjadi kepadanya.

Selepas membuat laporan polis tempoh hari, saya sudah menyatakan hasrat menarik diri, tetapi pihak penerbit meminta saya mempertimbangkan keputusan itu. Namun, selepas berfikir banyak kali saya tetap dengan pendirian. Mereka juga tak menghalang. Bagi saya, ini adalah jalan terbaik tambahan pula saya masih trauma dengan kejadian itu.

Tambah Ika, pihak polis sudah mendapat keputusan selepas melakukan beberapa siasatan secara terperinci. Walaubagaimanapun, Ika buat masa ini enggan mendedahkan ia dengan lebih lanjut dan menyerahkan segala hal kepada pihak berkuasa.

Pada masa yang sama, Ika juga nafi cuba untuk mencari publisiti murahan dan menyalahkan Azma sedangkan masalah itu berpunca daripada beliau. Jelas Ika, tindakan beliau yang membuat laporan polis kerana ingin mempertahankan dirinya dan menjadi pengajaran kepada orang lain agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Mungkin cara Ika yang tidak boleh membawakan watak yang diberikan dengan baik menimbulkan rasa tidak puas hati pengarah tetapi ia tidak bermakna Azma boleh melakukan sesuka hati dan memukul pelakon kerana ingin mendapatkan apa yang beliau mahu. Keganasan bukan jalan penyelesaiannya.

Sumber Berita: Harian Metro

November 9th, 2015

Dianggap sebagai salah seorang pengarah yang agak hebat, tindakan Azma Aizal Yusoof yang menumbuk aktres Ika Nabella baru-baru ini nyata memeranjatkan. Mengakui mempunyai sebabnya tersendiri melakukan perkara tersebut, Azma bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Terbaru, Ika Nabella yang kini sudah beransur pulih selepas kejadian tersebut telah tampil menerusi rancangan hiburan Melodi untuk menceritakan punca sebenar beliau dibelasah.

Menurut Ika, kejadian yang membuatkan beliau trauma itu terjadi pada hari kedua penggambaran drama Dawai Asmara dimana Azma bertindak di luar kawalan dengan menumbuk beliau pada bahagian wajah selain menarik rambutnya tanpa sebarang sebab.

Second day shooting, bersama dengan pengarah tiba-tiba pengarah bertindak memukul saya di kedua-dua belah muka saya, bertubi-tubi menggunakan tangan dan membaling botol air mineral ke arah saya, menarik rambut saya tanpa sebab.

Seorang lagi pelakon di tempat kejadian cuba untuk meredakan keadaan dengan memeluk saya. Dia stop dan berlalu pergi.

Ika juga sempat untuk menunjukkan video yang dirakam oleh Azma selepas beliau dipukul oleh pengarah tersebut.

Lepas dia pukul saya, diaorang lunch break, dia datang berjumpa saya, bercakap mengenai lakonan saya. Dia cakap reaction sebegini yang dia mau. Dia ambil video, rakam wajah saya selepas dipukul itu. Mungkin betul, feel saya tak seperti yang dia mahukan.Saya rasa dia pukul saya sebab dia nak saya feel reaction tu la. Dia ada mention reaction yang dia mahukan selepas dia pukul saya tu.

Sebelum ini, Ika sudah beberapa kali bekerjasama dengan Azma dan mereka berdua tidak mempunyai sebarang masalah. Namun, atas apa yang terjadi Ika membuat keputusan untuk menarik diri daripada berlakon didalam tersebut.

Erm, kalau nak pelakon tu feel pun mesti ada cara lain bukan? Kalau dah sampai tumbuk-menumbuk ni memang akan jadi kes besar. Apa-apa pun kita tunggu reaksi Azma tentang luahan Ika ini.