Written by Bella | August 25th, 2016

Umum mengetahui bahawa ibu kepada pelakon Jasmin Hamid baru sahaja beberapa bulan meninggal dunia. Oleh itu, Jasmin sering menziarah pusara ibunya dan berkongsi foto ketika berada di kubur di akaun Instagram miliknya.

Namun, tindakan Jasmin memuat naik foto berkenaan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak yang mengatakan Jasmin sengaja ingin menunjuk-nunjuk.

Walaubagaimanapun, Jasmin menerusi portal mStar Online berkata tujuna beliau memuat naik foto ketika menziarahi kubur ibunya  hanya untuk memberi peringatan kepada dirinya sendiri.

Saya selalu muat naik gambar menziarahi kubur ibu saya adalah untuk diri saya sendiri dan tidak sedetik pun terniat ingin menunjuk-nunjuk.

Saya sedar ada yang kurang senang, saya tahu doa seorang anak itu, dia tidak perlu datang ke kubur, tapi bagi saya ia adalah pandangan masing-masing dan apabila saya ke sana saya lebih dekat dengan kematian.

Tambah Jasmin, beliau sedar seorang wanita tidak boleh berada lama di kawasan perkuburan berkenaan, tetapi beliau hanya ingin memastikan keadaan kubur arwah ibunya itu bersih dan tidak rabak kerana masih baharu.

Pada masa yang sama, Jasmin memberitahu beliau merasa terkejut apabila mendapati botol yang ditanamnya untuk meletakkan bunga pada pusara ibunya telah dicabut pada hari Selasa lepas.

Tentu sekali Jasmin merasa amat sedih dan meminta jika ada pihak yang tidak berpuas hati untuk terus bertemu empat mata dengan beliau.

Ibu Jasmin Hamid, Allahyarhamah Khadijah Adnan berusia 62 tahun meninggal dunia pada 26 Mei lalu akibat serangan jantung.

Sumber Berita : mStar Online