February 15th, 2016

Malam semalam, konsert separuh akhir (minggu ke 12) program realiti Rockers Pentas Panas telah pun melabuhkan tirainya. Amboi, penuh berbunga ayat Abang Nara. Kesemua 6 peserta telah menunjukkan persembahan yang cukup memberangsangkan semalam, namun oleh kerana pentas akhir hanya muat untuk 5 orang, salah seorang daripada mereka terpaksa disingkirkan. Ternyata tuah tidak berpihak kepada Sue apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
sueHanya tinggal setapak sahaja lagi untuk ke pentas akhir, namun gadis kelahiran Perak ini tidak menganggap kegagalan ini sebagai penamat buat dirinya untuk bergelar anak seni. Semangat yang macam ini Abang Nara mahukan. Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya. Lagipun selama ini ramai peserta program realiti yang lebih popular dan berjaya walaupun tak bergelar juara. Siapa tahu rezeki Sue akan lebih mencurah bak air terjun selepas tersingkir daripada program Rockers Pentas Panas ini?
sueSedikit petikan kata-kata Sue selepas dirinya tersingkir untuk tatapan para peminatnya:-

Sue sebenarnya dah sampai minggu semi final pun dah cukup bersyukur dah. Sue tak pernah anggap ini satu kegagalan.
Sue percaya pada rezeki dan insyaAllah lepas ni Sue akan bangkit dan kejar cita-cita Sue. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Sue sangat menghargainya.

Diharap Sue tidak menangis berlebihan sebaliknya menganggap penyingkiran ini sebagai satu rahmat. Abang Nara yakin Sue telah banyak belajar sepanjang berada di dalam Rockers Pentas Panas. Gunakan segala ilmu tersebut untuk terus mencipta nama di dalam industri muzik tanah air. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Sue mungkin di suara serak-serak basahnya. Mana tahu satu hari nanti Sue boleh menggantikan Ratu Rock Malaysia, Ella. Kan?
sue
Apa pun, Ahad ini (21 Februari) adalah konsert akhir Rockers Sensasi. 5 orang peserta iaitu Nona, Awal, Dans, Zarith dan Liawanis akan berentap untuk merebut gelaran juara, sekaligus membawa pulang hadiah yang cukup lumayan. Fuh!!! Abang Nara pula yang berdebar-debar. Calon feveret Abang Nara sudah tentu si ratu air mata, Zarith Sofia. Walaupun selalu menangis, suara si Zarith nie memang padu beb. Harap-harap Zarith boleh menang.
sueGood luck and all the best buat semua finalist Rockers Sensasi. Kalau anda terlepas menonton konsert separuh akhir Ahad lalu atau nak menonton jurnal Rockers Pentas Panas, jangan lupa untuk muatturun applikasi HyppEverywhere di telefon Android atau iPhone anda. Boleh tengok mana-mana episod yang anda terlepas dalam tempoh masa 7 hari. Sekali lagi diingatkan, konsert akhir Rockers Pentas Panas akan berlangsung pada jam 8.30 malam di HyppTV saluran 116 (Hypp SensasiHD). Maklumat lanjut layari www.tm.com.my/hypptv. Selamat menonton!!!–

February 2nd, 2016

Apabila bercerita tentang program realiti tempatan atau luar negara, salah satu scene yang wajib ada ialah scene air mata. Dulu masa mula-mula program realiti disiarkan di Malaysia, Abang Nara pun turut sama sebak apabila melihat para peserta bercerita tentang kesusahan hidup mereka. Ada sekali luar Abang Nara turut menangis apabila melihat air mata mereka mengalir deras bak air terjun. Mudah tersentuh jugak Abang Nara ini rupanya.

rockers sensasi

Namun bila dah selalu sangat tengok mereka ini menangis, perasaan sebak itu bertukar jadi menyampah. Iyerlah, teringat kucing kat rumah pun sampai nak menangis. Apa kejadahnya? Sekarang ini Abang Nara tengah mengikuti program realiti Rockers Sensasi yang sedang ditayangkan di HyppTV saluran 116 (Hypp SensasiHD). Boleh tahan jugak program realiti terbitan KRU Studios ini. Jurnal harian Rockers Sensasi disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam sementara konsert mingguannya pula pada setiap hari Ahad jam 8.30 malam.

rockers sensasi

para peserta Rockers Sensasi

Salah seorang peserta Rockers Sensasi yang berjaya mencuri perhatian Abang Nara ialah Zarith Sofia. Bukan sebab dia cun, bukan sebab dia lawa, atau bukan sebab suara dia macam Ella. Tetapi sebab si Zarith Sofia ini layak digelar ratu air mata. Bayangkan setiap kali diinterview untuk jurnal harian, mesti si Zarith Sofia ini akan menangis. Asal cerita sikit tentang kesusahan hidupnya, mesti air mata mengalir. Asal cerita kesusahan yang perlu ditempuhi di Rockers Sensasi, mesti merah mata. Senang kata, si Zarith Sofia dengan air mata tak mampu dipisahkan.

rockers sensasi

pergh berlinangan air mata tue

Mula-mula Abang Nara pun tumpang sedih apabila si Zarith ini bercerita tentang kesusahan hidupnya. Namun lama kelamaan terasa annoying la pulak. Cuba korang sendiri tengok berapa banyaknya drama ‘tangisan’ yang dilakukan oleh Zarith Sofia ini sepanjang dirinya berada di dalam Rockers Sensasi.

Amcam? Korang turut bersedih atau ada timbul sedikit perasaan menyampah? Kalau dulu memang air mata boleh dijadikan modal untuk meraih simpati daripada peminat dan juri, namun rasanya zaman sekarang orang dah tak guna taktik ini. . Nyerlah, orang lain pun hidup susah jugak tapi tak adalah nak menangis je sepanjang masa. Kata nak berjaya, kenalah tabah sikit. Kalau cabaran sikit macam ini pun tak boleh tempuh, macam mana nak jadi rockers sejati kan? Mungkin Zarith Sofia kena kurangkan tangisan dan banyakkan usaha untuk berjaya. Tak gitu?

rockers sensasi

Adakah Zarith Sofia akan berjaya bertahan di dalam Rockers Sensasi dengan sendu sedannya itu? Atau Zarith Sofia akan terkeluar minggu ini? Dengan Ramli Sarip sebagai otai (penasihat), mampukah Zarith Sofia dan para peserta Rockers Sensasi yang lain membuktikan masih wujud penyanyi rockers sejati di Malaysia? Kalau nak tahu, kenalah tonton saluran HyppSensasi HD (saluran 116) menggunakan HyppTV atau pun HyppTV Everywhere.

rockers sensasi

nie ha applikasi HyppTV Everywhere

Abang Nara suka tonton jurnal dan konsert Rockers Sensasi menerusi applikasi HyppTV Everywhere sebab tak payah nak berebut dengan bini tercinta yang sentiasa conquer tv. Lepas itu boleh tengok mana-mana rancangan yang terlepas dalam tempoh masa 7 hari. Tak perlulah nak tunggu siaran ulangan. Best kan? Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Rockers Sensasi ini, silalah cari gunakan hashtagh #RockersSensasi di Instagram atau Twitter. Maklumat lanjut layari www.tm.com.my/hypptv. Selamat menonton dan selamat menangis bersama Zarith Sofia.

January 25th, 2016

Selamat petang semua!!! Apa khabar anda hari ini? Pejam celik pejam celik dah hari Isnin balik dah. Cepat sungguh kan masa berlalu? Tup-tup nanti dah habis seminggu lagi dan hari Isnin muncul kembali. Kalau dulu sebut Isnin je mesti stress pikir kerja bagai, namun kini Abang Nara tak sabar nak tunggu kemunculan hari tersebut. Ini semua gara-gara drama Sesal Separuh Nyawa.

sesal separuh nyawa

Drama Sesal Separuh Nyawa ini ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa tepat jam 9 malam bermula 18 Januari yang lalu menerusi saluran HyppSensasi HD (HyppTV saluran 116). Mesti ramai yang dah tengok episod 1 & 2 drama lakonan Ayda Jebat serta Aiman Hakim Ridza nie kan? Boleh tahan jugak menjadi bualan di laman sosial dengan hashtag #SesalSeparuhNyawa. Boleh tahan chemistry antara Ayda Jebat dan Aiman Hakim. Sweet sweet manis gitu. Malam ini episod 3 akan ditayangkan. Tak sabar rasanya.

sesal separuh nyawa

sweet dalam drama je tau, jangan gosip plak

Aik apa? Korang terlepas tengok? Ish, ish, ish. Memang menyesal sungguh kalau terlepas drama Sesal Separuh Nyawa ini. Drama 30 episod arahan Michael Ang ini bukan calang-calang tau. Siap ada penggambaran kat Amsterdam lagi untuk kasik lebih “real”. Buat anda yang terlepas, silalah tengok trailer di bawah ini untuk menambahkan lagi penyesalan anda.

Hari tue Abang Nara dah ceritakan sedikit sinopsis drama Sesal Separuh Nyawa ini. Tapi untuk mengimbau balik memori korang, meh Abang Nara ceritakan sekali lagi. Drama 30 episod ini menceritakan tentang 2 orang sahabat baik iaitu Fara (Ayda Jebat) dan Razlan (Aiman Hakim Ridza) yang mempunyai hubungan suka dan kadangkala benci antara satu sama lain. Konflik berlaku apabila fara mengesyaki kakak tiri Razlan, Melissa (Nina Nadira) cuba untuk menggodanya. Sementara itu marah akibat lamaran cintanya ditolak Fara, Fendi (Aidit Noh) telah menyerang Melissa sebagai tindakan untuk membalas dendam.

sesal separuh nyawa

pelakon-pelakon utama Sesal Separuh Nyawa

sesal separuh nyawa

2 jejaka kacak Sesal Separuh Nyawa

Ok jom kita layan beberapa gambar ketika penggambaran drama Sesal Separuh Nyawa ini. Dari gambar pun boleh tahu ke”best’an drama ini.

sesal separuh nyawa

3 bintang!!!

sesal separuh nyawa

muka selepas kena tarbiyah dengan Michael Ang

Excited kan nak tengok drama Sesal Separuh Nyawa. Tapi Abang Nara berani jamin. Mesti yang akan tanya Abang Nara soalan ini. “Abang Nara saya memang nak tengok drama Sesal Separuh Nyawa nie tapi macam tak pernah tahu pun kewujudan saluran HyppSensasi HD nie? Camner nak tengok?”

Ish, ish, ish. Baiklah meh sini Abang Nara jelaskan cara nak tengok drama Sesal Separuh Nyawa ini. Ada 2 cara sebenarnya iaitu menggunakan HyppTV atau pun HyppTV Everywhere. HyppTV adalah untuk pengguna UniFi atau Streamyx dan untuk tontonan di rumah, sementara HyppTV Everywhere ini kalau korang tak melanggan UniFi/Streamyx pun boleh guna juga tetapi hanya menerusi smartphone/tablet.

Untuk HyppTV, sekarang ini ada promosi pemasangan UniFi atau pun upgrade kelajuan ke 30Mbps dengan harga cuma RM179 sahaja. Nanti akan dapat sekali pakej HyppTV Aneka Pek yang mempunyai saluran 116 HyppSensasi HD yang menayangkan drama Sesal Separuh Nyawa ini.

sesal separuh nyawa

Sementara itu untuk HyppTV Everywhere, sesiapa sahaja boleh gunakannya. Hanya perlu download applikasi tersebut di Google Play Store atau Apple Store, daftar menerusi Facebook ataupun nombor telefon anda dan pilih cara pembayaran anda. Cara bayar ini ada kad kredit, potong prepaid, atau melalui bil Streamyx/UniFi anda. Untuk HyppTV Everywhere, saluran HyppSensasi HD hanya RM6 sahaja sebulan. Apa yang best tentang HyppTV dan HyppTV Everywhere ini ialah kita boleh tengok mana-mana rancangan yang terlepas dalam tempoh masa 7 hari. Tak perlulah nak tunggu siaran ulangan. Syok kan?sesal separuh nyawa

Jadi sebelum nak tunggu episod ketiga Sesal Separuh Nyawa malam ini, sila pastikan anda dah langgan saluran HyppSensasi HD untuk tidak terlepas menonton drama Sesal Separuh Nyawa. Kalau tak nak langgan Aneka Pek, boleh langgan saluran ini sahaja pada harga RM9/sebulan. Kalau tak sempat tengok jam 9 malam, jangan risau sebab ada fungsi dua (2) jam “time-shift” dan tujuh (7) hari fungsi “catch-up” untuk keselesaan tontonan anda. Jadi boleh layan sampai lebam. Selamat menonton!!! Maklumat lanjut layari www.tm.com.my/hypptv.

October 15th, 2015

Nama Idris Khan masih baru dalam dunia lakonan, tetapi jika anda perasan, dia pernah menyertai dan berjaya ke final pertandingan Hero Remaja 2008 bersama Kamal Adli yang memenangi pertandingan itu serta Fizo Omar.

Baru enam bulan bergelar pelakon, Idris memberitahu dia enggan melatah dengan kontroversi video lucah threesome kononnya menampilkan dia, Ammar Alfian dan Atikah Suhaime. Menyifatkan gosip itu dugaan sebagai pelakon, Idris memberitahu mStar Online:

Cerita tentang video lucah itu merepek dan kalau ia benar wujud saya pun nak tengok kesahihannya sebagai bukti.

Setakat ini, ia hanya fitnah sahaja dan orang yang kenal saya termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat tahu saya seorang yang bagaimana.

Ahad lepas, Berita Harian melaporkan terdapat satu rakaman video lucah gandingan tiga pelakon dan nama Idris turut dikaitkan selepas itu.
 photo 11327356_1071796046166095_518747130_n.jpg
Namun begitu, gosip itu tidak menjejaskan tawaran lakonan yang diterimanya, manakala ahli keluarga dan kawan-kawan banyak menasihatkannya untuk bersabar:

Kalau saya melatah dan marah dengan orang yang buat cerita pun tiada guna juga, biar orang nak cakap apa. Ibu saya juga ada bertanya hal ini dan menasihatkan saya agar tidak mudah melatah jika ia tidak benar.

Saya bersyukur kerana kontroversi ini tidak pun menjejaskan tawaran-tawaran drama saya terima di beberapa stesen televisyen.

Baru-baru ini juga, Idris dibidas oleh seorang penerbit Radio Telesyen Malaysia (RTM) melalui akaun Facebooknya kerana menolak untuk muncul dalam rancangan terbitan stesen itu setelah bersetuju, sebaliknya muncul dalam rancangan stesen televisyen lain. Idris menafikan dia menolak untuk muncul dalam rancangan RTM kerana menjayakan program di stesen televisyen itu.

Program RTM itu sebenarnya saya sudah terima, namun saya tarik diri selepas mereka mahu saya menyanyikan lagu daripada penyanyi Black.

Saya tidak tahu menyanyi dan kalau saya terima tentu akan dikeji oleh penonton kerana suara saya tidak sedap untuk menyanyi. Berkenaan program stesen televisyen TV3, saya bersetuju untuk mengikuti program mereka tiada kena mengena dengan isu penolakkan program RTM itu.

Menurut Idris dia tidak pernah memilih atau mengamalkan favoritisme untuk muncul di mana-mana stesen televisyen.


 photo 12141935_531432980339624_1297256027_n.jpg

Jika anda mahu menonton bakat lakonan Idris, drama bersiri lakonannya, Uda dan Dara ditayangkan di Astro Ria setiap Rabu, pukul 9.10 malam, bermula 12 Oktober lalu. Dia juga pernah muncul dalam drama ‘Abang Sado, Kau Hado?’ sebelum ini.

Hi! Let's join the Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 on 15-20 October, at NU Sentral l, Kuala Lumpur.You will…

Posted by Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 – 15-20 Oct 2015 on Monday, 5 October 2015