Written by AbangNara | August 23rd, 2013

Serius sweet sangat mereka berdua ini. Melihat senyuman Ustaz Don dan isterinya, Husna, Abang Nara boleh agak betapa bahagianya mereka melayari bahtera rumahtangga. Mungkin Ustaz Don selepas ini boleh mengacarakan program berbentuk keluarga dan memberi nasihat kepada pasangan suami isteri muda.

ustaz don daniyal

Ustaz Don dan Husna bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Semoga kebahagiaan ini akan bertambah dengan kehadiran orang ketiga kelak. Pasti tambah meriah dan ceria. Beberapa lagi gambar pasangan romantis ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar HasrulHassan.
azaP.S: Tampil cantik menawan dengan GlutaCell.Terbukti berkesan dalam masa hanya 14 hari. Kulit lebih cerah dan anjal. Harga mampu milik. Jom cuba sekarang, layari www.azaleadenaturale.com untuk maklumat lanjut.

 
Written by AbangNara | September 22nd, 2012

Memang sama cantik dan sama padan pasangan ini. Ustaz Don Daniyal dan Husna Mohd Zahry kini sedang bahagia menjalani kehidupan bahagia sebagai suami isteri. Walaupun ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah pertemuan mereka terjadi, Ustaz Don lebih gemar berahsia mengenai hal tersebut.

ustaz don
Di dalam entri gambar majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna, ada pembaca yang tertanya-tanya apakah hukum memakai inai. Di dalam Mingguan Wanita, Ustaz Don mengulas secara panjang lebar mengenai perkara itu:-

Saya mahu jelaskan di sini berkenaan dengan pertanyaan mengenai inai di jari. Jika kita menyemak fatwa yang ada, mengapa ukiran di tangan dibenarkan di dalam Islam? Pertama, inai adalah perhiasan wanita. Lelaki pula tidak boleh memakai inai kecuali untuk perubatan. Ada juga yang sebut, bagaimana pula dengan ukiran? Ukiran ini disebut oleh ulama yang dibolehkan adalah dalam bentuk tumbuh-tumbuhan dan tidak berbentuk apa-apa makhluk

Banyak lagi cerita-cerita menarik pasangan pengantin baru ini yang telah dikongsi menerusi Mingguan Wanita. Jangan lupa dapatkannya di pasaran atau anda boleh membacanya secara online di laman web Mingguan Wanita.

P.S: Cute gila roti-roti bakar ini. Tak sampai hati nak makan.

Written by AbangNara | September 3rd, 2012

Pada 1 September lepas, telah pun berlangsung majlis resepsi sebelah lelaki untuk pasangan pengantin baru, Ustaz Don Daniyal dan Husna. Majlis yang telah diadakan di Dewan Kuis khabarnya sangat meriah dengan kehadiran tetamu yang sangat ramai. Pastinya tetamu yang datang sangat gembira dapat melihat kelibat pengantin baru ini.

gambar ustaz don

Sekali lagi Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Ustaz Don Daniyal dan Husna atas perkahwinan anda berdua. Selamat menempuh alam perkahwinan yang penuh dengan pancaroba. Sama-samalah kita doakan agar Ustaz Don dan Husna cepat-cepat dikurniakan cahaya mata untuk menyerikan lagi rumah tangga mereka.

gambar ustaz don

5 lagi gambar di sekitar majlis resepsi pengantin lelaki dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Media Hiburan.

 
Written by AbangNara | August 28th, 2012

Sila jangan emosi kerana Abang Nara berkongsi banyak gambar majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna ini. Bukan apa, seronok tengok wajah-wajah gembira mereka yang terlibat di dalam majlis ini. Teringat kenangan Abang Nara berkahwin dulu. Memang tersenyum je sepanjang masa.

gambar kahwin ustaz don

Pasangan pengantin baru ini memang sama cantik sama padan sungguh. Pastinya 3,000 orang tetamu yang menghadiri majlis ini sangat gembira dapat melihat Ustaz Don dan isterinya. Tak sabar rasanya nak menunggu majlis sebelah pihak pengantin lelaki pada 1 September ini. Confirm meriah jugak.

gambar kahwin ustaz don

Lagi 23 keping gambar sekitar majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Nadia Zahari Photography.