Written by AbangNara | June 12th, 2015

Selepas Maher Zain, kini seorang lagi penyanyi Arab bernama Humood Alkhudher menjadi fenomena di kalangan rakyat Malaysia. Popular dengan lagu ‘Kun Anta’ yang membawa maksud ‘Jadilah Diri Sendiri’, Humood kini berada di Malaysia untuk sesi jelajah dan promosi sehingga 14 Jun ini. Malam ini (Jumaat) Humood akan membuat persembahan di UiTM Shah Alam bersama dengan Amy Search dan Lah Ahmad.

humood alkhudher

Selasa lalu, Humood Alkhudher telah muncul di rancangan Meletop bersama dengan Neelofa dan Nabil. Kepopularitian Humood jelas terbukti apabila peminatnya membanjiri radio National FM untuk peluang bergambar.

humood alkhudher

Inilah video ‘Kun Anta’ yang telah melonjakkan populariti Humood Alkhudher dan telah diparodikan secara meluas di Malaysia. 15 saat nyanyi dalam kereta je tue.

Untuk anda yang terlepas rancangan Meletop, ini video Humood Alkhudher menyanyikan lagu Kun Anta secara ‘live’ di dalam program tersebut.

Beberapa lagi gambar Humood Alkhudher di Malaysia dengan membaca artikel ini sepenuhnya.