February 14th, 2018

Sejak kebelakangan ini sering kali kita mendengar khabar angin mengatakan hubungan Sufian Suhaimi bersama tunangnya sedang bermasalah. Perkara itu turut diakui oleh Sufian yang mengakui ianya agak “complicated”.

Pasangan ini dijangka bakal berkahwin pada Mac ini, namun tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai perkahwinan mereka.

Terbaru, Sufian menerusi Insta Stories ada meluahkan isi hati tentang betapa sedih dan susah bagi dirinya andai harus melepaskan orang tersayang.

Pastinya luahan hati Sufian itu mencetuskan pelbagai persoalan dan pada siapa agaknya luahan itu ditujukan.  Dugaan ketika tempoh bertunang itu memang ada dan kami harap Sufian dan Elfira tabah dan sabar mengharungi segala ujian.  Doakan yang terbaik buat mereka berdua.

December 20th, 2017

Jarang lagi memuat naik foto bersama sejak kebelakangan ini, ramai yang mendakwa hubungan percintaan Sufian Suhaimi bersama tunangnya Elfira Loy sedang bermasalah. Menurut, Sufian mereka berdua mengambil keputusan untuk tidak kerap berjumpa sepanjang tempoh pertunangan dan hubungan mereka baik-baik sahaja.

Kami okey dan tak ada sebarang krisis pun. Cuma, selepas bertunang kami mengambil pendekatan untuk tidak kerap berjumpa. Nanti orang mengata macam-macam pula. Disebabkan itu, orang tak nampak gambar kami bersama di Instagram masing-masing.

Sebenarnya, sudah sebulan kami tidak berjumpa. Namun, setiap hari kami berhubung. Lagi pula tidak wajib untuk berjumpa kan? Tidak berjumpa bukan bermaksud tak sayang dan rindu. Apa yang penting adalah saling memahami dan percaya.

Seperti orang lain, pasangan ini juga menghadapi dugaan tetapi lebih daripada orang sekeliling. Bagaimanapun, Sufian dan Elfira sudah matang untuk berdepan dengan situasi tersebut dan saling memahami dan menyayangi.

Baguslah kalau sudah jarang berjumpa, kata orang biar hubungan itu ada manisnya sebelum kahwin dan mungkin juga untuk mengelak daripada dugaan yang lain sepanjang bertunang. Doakan yang baik-baik buat Sufian dan Elfira semoga perancangan pernikahan mereka berjalan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro