March 28th, 2020

Mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19, semalam Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM17,000 terhadap pengacara sensasi, Azwan Ali.

azwan ali didenda rm17,000

Bagaimanapun, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA sedikit pun tidak terkesan dengan apa yang berlaku meskipun rata-rata netizen menghentamnya untuk menjelaskan denda tersebut. Menerusi laman Twitter, dia dilihat turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap netizen.

Azwan mengakui dia seorang yang kaya dan mampu menjelaskan denda sebanyak RM17,000 itu.

diva aa mengaku kaya

Pengacara itu didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Hospital Putrajaya telah membuat laporan polis berhubung tindakan Azwan yang memuat naik semula kenyataan penyanyi Dayangku Intan yang mendakwa mendapat layanan kurang memuaskan oleh petugas hospital berkenaan pada pertengahan Mac lalu.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
March 27th, 2020

Pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, didenda RM17,000 serta diperintah membuat permohonan maaf secara terbuka oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19.

azwan ali didenda hina petugas kesihatan

Azwan dituduh memuat naik video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan memperlekehkan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Hakim Azura Alwi memerintahkan Azwan menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika dia gagal membayar denda itu.

azwan ali didenda rm17,000

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Hospital Putrajaya telah membuat laporan polis berhubung tindakan pengacara itu yang memuat naik semula kenyataan penyanyi Dayangku Intan yang mendakwa mendapat layanan kurang memuaskan oleh petugas hospital berkenaan pada pertengahan Mac lalu.

azwan ali

Tidak lama seleps itu, Azwan tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kata-katanya dan dia berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement
March 27th, 2020

Susulan laporan polis berhubung dakwaan dia menghina kakitangan perubatan Hospital Putrajaya, penyanyi era 80 an, Dayangku Intan bagaimanapun tetap dengan pendiriannya bahawa tindakannya itu tidak melampau.

dayangku intan perlekeh paramedik hospital putrajaya

Dia berkata sudah cuba untuk menyelesaikan isu itu secara baik tetapi tidak mendapat sebarang respon daripada pihak hospital yang seterusnya terus membuat laporan polis.

Dari awal saya berharap perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik. Sepatutnya, perkara ini tidak boleh dipandang daripada sebelah pihak saja. Kena tengok video saya sepenuhnya.

dayangku intan hospital putrajaya

Selepas saya memuat naik video itu, tidak ada sesiapa atau wakil hospital menghubungi saya untuk berbincang. Kalau ada, saya sedia memberi kerjasama. Tidak mengapa jika itu pilihan mereka dengan membuat laporan polis. Malah, saya tahu mengenai laporan yang dibuat terhadap saya.

Menurut Dayangku Intan dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan teguran yang dibuat menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebooknya itu bukanlah untuk kepetingan dirinya tetapi demi kebaikan semua.

Teguran saya adalah kelebihan untuk semua. Bukan untuk saya seorang saja. Kalau nak tahu, sewaktu saya di sana tidak ada orang di situ. Kaunter Covid-19 kosong.

Saya pula tidak berani nak terus masuk ke bahagian kecemasan sebab takut saya ada wabak itu. Apatah lagi, ketika itu saya ada simptom batuk dan demam. Malah, sampai sekarang tekak dan dada saya masih kering. Batuk pula kejap ada, kejap tidak. Cuma, saya sudah tidak demam.

dayangku intan perlekeh paramedij

Terdahulu, Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak COVID-19. Difahamkan, video pertama dipercayai milik  Dayangku Intan mempunyai impak tontonan tinggi dan juga video milik Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang menyokong isu dibicarakan oleh Dayang dimana dia mendakwa mendapat layanan kurang memuaskan.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
March 26th, 2020

Hangat diperkatakan apabila pihak Hospital Putrajaya baru-baru ini telah membuat laporan polis terhadap dua selebriti, Dayangku Intan dan Azwan Ali atas penularan dua video yang telah menjejaskan imej hospital itu dan memperlekehkan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak COVID-19.

diva aa mohon maaf hospital putrajaya

Tidak menyangka apa yang dikatakan mengguris hati ramai pihak, Azwan atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak yang tersinggung dengan kata-katanya.

Azwan berkata dia mahu menebus kesilapannya dengan menjamu rendang air tangannya kepada petugas hospital berkenaan.

 

Dalam pada itu, Azwan berharap pihak Hospital Putrajaya menerima pemohonan maafnya itu dan dia berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.
Terdahulu, Hospital Putrajaya telah membuat laporan polis berhubung tindakan pengacara itu yang memuat naik semula kenyataan penyanyi Dayangku Intan yang mendakwa mendapat layanan kurang memuaskan oleh petugas hospital berkenaan pada pertengahan Mac lalu.

Advertisement