Written by AbangNara | April 5th, 2017

Perempuan dan kasut memang tidak boleh dipisahkan. Bagai aur dengan tebing. Bagai isi dengan kuku. Hampir kesemua wanita yang Abang Nara kenali mempunyai berpuluh-puluh pasang kasut untuk ocassion-ocassion tertentu. Ada kasut untuk pergi kerja, ada kasut untuk jalan-jalan shopping, ada kasut untuk bersukan, ada kasut pergi kenduri dan macam-macam lagilah.

bata insolia

rak kasut idaman setiap wanita. Puas hati kalau ada rak macam nie kat rumah

Dalam banyak-banyak jenis kasut, yang paling popular sudah tentulah high heels atau kalau dalam bahasa Melayunya, kasut tumit tinggi. Wanita suka pakai high heels sebab ia menambahkan ketinggian mereka, bergaya dan menyerlahkan keyakinan diri. Namun high heels ini ada kelemahan untuk si pemakainya. Ia kurang selesa, tak boleh digunakan untuk jalan lama-lama, kaki cepat sakit, lenguh dan silap gaya boleh cedera dibuatnya.

bata

4 inci, 2 inci, 3 inci semuanya ada. Perempuan dan high heels memang tak boleh dipisahkan

Wife Abang Nara pun selalu mengadu masalah yang sama apabila dia keluar berjalan menggunakan high heels. Balik rumah mesti wife akan minta urut kaki sebab penat berjalan seharian dengan high heels. Sambil-sambil mengurut tue Abang Nara tertanya-tanya juga, takkanlah tak ada kasut high heels yang boleh memberikan si pemakainya keselesaan dengan side effect yang minimal. Takkanlah semua pengguna high heels sengsara macam nie? Kaji punya kaji, cari punya cari, research punya research, Abang Nara terjumpa Bata Insolia.

bata insolia

bata insolia

Untuk makluman, bukan semua outlet Bata ada menjual Bata Insolia ini. Kalau nak tahu outleh mana yang ada jual, boleh ushar di www.bata.com.my. Cerita banyak tak guna, Abang Nara telah membeli sepasang kasut tumit tinggi Bata Insolia untuk wife tercinta sebagai hadiah untuknya.

bata insolia

amboi-amboi matching pulak dengan baju dan handbag

Dan wife Abang Nara ternyata amat gembira, puas hati dan seronok sangat-sangat berjalan sambil bergaya dengan Bata Insolia ini. Selesa sangat-sangat katanya. Memang kaki tak terasa lenguh dan sakit sangat walaupun pergi jalan lama-lama. Selain itu, rekaannya pun cantik dan menarik. Memang fesyen dan keselesaan berjaya digabungkan di dalam satu kasut menerusi Bata Insolia ini.
bata insolia

bata insolia

bata insolia

Nampak gayanya selepas ini Abang Nara dengan rela hatinya akan membelikan beberapa pasang kasut Bata Insolia lagi untuk wife tercinta. Suka tengok dia dapat berjalan seharian dengan lebih lama, lebih selesa dan lebih yakin. Sesuai sangat dengan motto “Walk Further Walk Taller” Bata Insolia ini. Ada banyak lagi rekaan Bata Insolia yang cantik-cantik belaka. Ingat nanti nak bawak wife sekali agar dia sendiri boleh buat pilihan kasut mana yang dia nak.
bata insolia
bata insolia

bata insolia

kehebatan teknologi Insolia ini, video di bawah membuatkan ada rasa nak beli sepasang kasut Bata Insolia hari ini juga.


Jadi tunggu apa lagi? Pergilah ke outlet Bata berdekatan anda atau layari www.bata.com.my untuk mendapatkan sepasang kasut Bata Insolia sekarang jugak. Sekali dah pakai, memang puas hati. Meh kita ramai-ramai “Walk Further Walk Taller” bersama Bata Insolia bermula hari ini.

P.S: Untuk memudahkan anda mencari kasut tumit tinggi Bata Insolia, di bawah adalah senarai outlet Bata yang menjualnya:-

South & East Coast Region
City Square JB, Jusco Tebrau JB ,L2 PLaza Angsana, East Coast Mall

Central Region
Sunway Pyramid, Paradigm Mall, PSKL, One Utama, KLCC, Mid Valley, Ampang Point Mall, Alpha Angle KL, Setia City Mall, KLIA2, IOI City Mall, Alamanda Putrajaya, Sunway Velocity, Jusco Rawang, Leasure Mall

East Malaysia
Plaza Merdeka Kuching