Written by Bella | June 7th, 2017

Semalam kecoh dengan isu pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad yang bengang dengan seorang peminat fanatik yang  mengaitkan beliau dalam “perang dingin” Fattah Amin dan Neelofa gara-gara salah faham ketidakhadiran Fattah dalam program MeleTOP.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu Nabil memadam bukti mesej peminat tersebut daripada akaun Instagramnya.

Kemudian, Nabil sempat untuk memuat naik sebuah video bersama kapsyen yang agak padu.  Menurut Nabil, kehadiran selebriti hanya sekadar untuk menghiburkan orang ramai dan sekiranya ada yang menjadikan mereka idola pastikan mereka hanya mencontohi perkara yang baik-baik sahaja.

Tidak salah sebenarnya untuk peminat menyokong karier artis pujaan mereka tetapi janganlah sampai tahap terlalu fanatik. Apa pula komen anda?

Written by Bella | June 6th, 2017

Tentu anda tahu sekitar minggu lepas kecoh dengan isu Fattah Amin yang didakwa membatalkan kehadirannya  ke rancangan MeleTOP untuk mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella secara saat akhir. Berlaku sedikit “perang dingin” antara beliau dan Neelofa sehingga ada isu sindir menyindir.

Kerana isu itu juga, pelawak Nabil Ahmad turut terkena tempiasnya apabila ada seorang peminat fanatik Fattah menghantar “direct message” di akaun Instagram Nabil agar mengambil iktibar daripada pelakon tersebut. Mengapa ambil iktibar? Kerana sebuah portal berita berbahasa Inggeris telah mengeluarkan satu artikel dimana Michael Ang mengakui beliau yang menyusun jadual Fattah dan meminta agar tiada lagi yang menyalahkan pelakon lelaki tersebut kerana tidak hadir pada program MeleTOP.

Bengang dengan tindakan peminat tersebut, Nabil telah memuat naik foto bukti kiriman mesej tersebut bersama kapsyen luahan perasaan amarahnya berhubung perkara tersebut.

Walaubagaimanapun, Nabil sudah memadam muat naik tersebut dari akaun Instagramnya.

Hmmph, dasyat juga peminat Fattah yang sudah terlalu taksub dengan artis kesayangan mereka sehingga sanggup mengirim mesej ke Nabil dengan niat kononnya ingin memberi nasihat.

Written by Bella | June 1st, 2017

Tentu anda tahu, sejak beberapa hari ini kecoh di laman sosial mengenai dakwaan Fattah Amin dan Fazura yang membatalkan kehadiran mereka di saat akhir untuk program hiburan, MeleTOP. Walaubagaimanapun, Fattah menerusi Instagram Live menjelaskan perkara sebenar dimana beliau tidak menerima sebarang arahan untuk menghadiri program berkenaan.

Lebih memanaskan keadaan, Neelofa ada memuat naik ayat-ayat berbaur sindirian terhadap Fattah yang berbunyi :-

Sebelum tidur, nak maafkan semua orang dulu. Tapi nak pesan dekat orang yang berkenaan, live live jugak.. tapi jangan sampai producer keluarkan bukti tentang appearance malam ni.

Isu ini membuatkan peminat Lofattah berpecah dan bergaduh demi mempertahankan selebriti kesayangan masing-masing.

Tidak mahu perkara ini berpanjangan, Fattah menerusi akaun Instagramnya semalam ada memuat naik satu respon terhadap isu panas ini.  Fattah meminta agar peminatnya tidak bertikam lidah kerana ia tidak akan memberi manfaat kepada semua pihak.

Ermm, semua yang berlaku cuma satu salah faham sahaja tidak perlu lagi ia diperbesarkan. Malah, Michael Ang juga sudah menjelaskan situasi sebenar. Rileks semua..

Written by Bella | May 31st, 2017

Kecoh rancangan MeleTOP semalam apabila Fattah Amin dan Fazura tidak menghadirkan diri ke rancangan berkenaan untuk mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella yang sedang hangat kini.

Apa yang membuatkan isu ini lebih panas apabila Neelofa menyatakan ketidakhadiran Fattzura pada malam semalam adalah berpunca dari pembatalan saat akhir yang dilakukan oleh Fattah sendiri. Ia mencetuskan persoalan kerana pengarah Michael Ang menerusi akaun Instagramnya sebelum ini menjelaskan Fattzura hanya akan hadir pada episod MeleTOP yang akan datang.

Tidak mahu isu ini terus memburukkan namanya, Fattah telah menerangkan hal yang sebenar secara Live di akaun Instagramnya.

Namun, selepas itu Neelofa pula membuat satu kenyataan balas menerusi Instagram Stories yang seakan menyindir Fattah.

Panas dan hangat, itu perkataan yang tepat menggambarkan isu ini. Apa agaknya akan berlaku jika mereka bertemu empat mata di episod MeleTOP yang akan datang? Apa-apa pun, kami harap isu ini boleh di selesaikan secara baik, mungkin ada sedikit salah faham yang timbul.

Sumber Berita : Forum CARI

Kredit Video : Mel & Anas