Written by AbangNara | December 10th, 2018

Pejam celik pejam celik, bulan Disember sudah tiba. Pantas sungguh masa berlalu. Hujung tahun adalah masa terbaik untuk kita bercuti merehatkan minda serta menghadiahkan diri sendiri dengan ‘reward’ setelah sepanjang tahun penat bekerja.

Kalau anda ‘blur’ tak tahu nak beli apa sebagai tanda ‘terima kasih’ buat diri sendiri, jangan cuak jangan risau. Abang Nara dah usharkan untuk anda dah. Jika anda seorang wanita, suka make up, nak tampil jelita dan teringin nak menggunakan produk kecantikan berjenama antarabangsa, HERMO Malaysia kini sedang mengadakan jualan runtuh bermula 1 Disember 2018 sehingga 1 Januari 2019 bersempena musim cuti 2018.
hermo malaysiaAntara promosi-promosi BEST yang tidak boleh dilepaskan di www.hermo.com.my ialah:-

1. X-OMO
hermo malaysia

X-OMO adalah promosi TERBAIK di HERMO Malaysia yang memberikan tawaran terbaik untuk 12 jenis produk yang “hot selling”. Setiap minggu produk-produk ini akan diperbaharui jadi kena pastikan anda buat peringatan di kalendar anda supaya tidak terlepas promosi ini. Antara produk-produk BEST minggu ini ialah:-

(i) Maybelline The Hypercurl Volume Express’ Easy Wash Mascara (RM13.16, harga asal RM26.32)

hermo malaysia

(ii) [Twin Pack] Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser (RM49, harga asal RM86)

hermo malaysia

(iii) Rimmel Stay Matte Long Lasting Pressed Powder (RM9.90, harga asal RM14.10)

hermo

2. Set alat solek eksklusif edisi percutian

Untuk yang tiada perancangan bercuti pada bulan ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan set alat solek ekslusif edisi terhad sempena musim daripada beberapa jenama terkemuka ini. Sekurang-kurangnya dapatlah feel pergi bercuti overseas walaupun sekadar duduk kat rumah je. Antara yang WAJIb didapatkan ialah:-

(i) [Holiday 2018] Innisfree Jeju Hand Cream Set

holiday hermo

(ii) Laneige Holiday Basic Duo Moisture Set

hermo

(iii) Etude House Dear My Lips Talk Velvet Mini Kit

etude

3. Hadiah PERCUMA & promosi ekstra daripada jenama terkemuka

Abang Nara dah buat kira-kira dan mendapati ada lebih daripada 44 jenama terkemuka yang turut sama mengadakan promosi di https://www.hermo.my/christmas/all-brands. Hampir kesemuanya ada bagi free gift, diskaun ekstra, voucher dan macam-macam lagilah. Antaranya seperti:-

(i) Missha (diskaun sehingga 41% dan percuma The First Treatment Essence 30ml dengan pembelian minimum RM80)

mishaa

(ii) Benton (hadiah percuma untuk sebarang pembelian & hadiah ekslusif untuk pembelian RM60 ke atas)

benton

(iii) Dove (diskaun sehingga 18%)

benton4. Double 12 Specials: Beli 1 PERCUMA 12 sampel (semuanya berharga RM12)

double 12

Kosongkan tarikh 12.12.2018 (Rabu) kerana pada hari ini akan diadakan promosi Double 12 Specials. Anda beli 1, dapat 12 sampel percuma. Selain itu, ada juga promosi semua berharga RM12 untuk produk-produk yang dijual ketika ini. Pergh!!! Memang runtuh kaw-kaw. Pastikan jangan lupa “bookmark” www.hermo.com.my untuk tak terlepas promosi gila hebat ini.

5. Belanja & Menang penerbangan ‘business class’ ke Seoul, Korea

hermo

Dah la dapat beli segala macam produk berjenama dengan harga RUNTUH, anda juga berpeluang untuk memenangi percutian ke Seoul, Korea yang bernilai RM10,600 sebagai hadiah utama. Hadiah tempat kedua dan ketiga pun boleh tahan hebatnya jugak. Semua ini boleh menjadi milik anda dengan hanya membuat pembelian minimum RM150 dan membuat pembayaran menerusi FPX. Lagi banyak belanja, lagi tinggi peluang untuk anda menang hadiah-hadiah best ini.

hermo

Last but not least, sekiranya anda belum menjadi ahli Hermo Malaysia, silalah berbuat demikian kerana anda akan mendapat 2 eye masks PERCUMA selepas pendaftaran. Hanya perlu masukkan email sahaja. Mudah sangat-sangat. Sila daftar di www.hermo.com.my hari ini jugak!!!

hermoPastikan impian anda sepanjang tahun 2018 tidak terkubur dan berjaya ditunaikan bersama tawaran hebat musim percutian Hermo Malaysia. Selamat bercuti dan selamat membeli-belah di www.hermo.com.my.

Written by AbangNara | January 23rd, 2018

Setiap kali musim perayaan, Abang Nara pasti ternanti-nanti promosi yang bakal ditawarkan oleh Hermo.my. Confirm akan ada diskaun kaw-kaw, hadiah PERCUMA, tawaran best-best dan macam-macam lagi. Pucuk dicita, ulam mendatang. Bersempena Tahun Baru Cina tahun ini, Hermo tampil dengan promosi Lunar Love yang sangat-sangat mengujakan.

lunar love

Sebelum Abang Nara bercerita lebih lanjut tentang Lunar Love kempen ini, korang semua digalakkan untuk menjadi ahli Gold (pembelian terkumpul RM1000 ke atas) & Platinum (perbelanjaan terkumpul RM2000 ke atas) Hermo terlebih dahulu. Sebabnya? Banyak kelebihan yang bakal diperolehi seperti dapat akses awal untuk sebarang promosi, dapat diskaun tambahan, dapat hadiah eklusif dan macam-macam lagilah. Boleh ushar lebih lanjut di www.hermo.my.

lunar love

Contohnya untuk kempen Lunar Love kali ini, ahli Gold & Platinum Hermo boleh membawa pulang Lucky Pouch Maybeline yang bernilai RM40 dengan hanya berbelanja minimum RM188. Kuantitinya terhad sebanyak 1,500 unit sahaja. Siapa cepat dia yang dapat!!!

asdsada

Ok jom Abang Nara kongsikan apa yang best bersempena promosi Lunar Love Hermo kali ini:-

1. Hermo Lunar Love Angpao

lunar loveHa, tak ke nampak ekslusif bila korang bagi angpao kepada kaum keluarga dengan Angpao dari Hermo ini. Memang cun melecun!!! Cuma perlu belanja RM88 ke atas sahaja dan anda akan memperolehi angpao ekslusif ini.

2. 3 for RM48.88 (dari 29 Jan – 4 Feb)

hermo

Ha, kalau lipstik korang dah nak habis, inilah masa terbaik untuk membeli yang baru. Hanya dengan RM48.88 sahaja, korang boleh dapatkan 3 batang lipstik yang berlainan warna. Jenama L’Oreal pulak tue. Bukan calang-calang. Confirm berkualiti dan puas hati. Boleh ushar di sini.

hermo
3. 2 for RM58 (dari 5 Feb – 11 Feb)

hermo

Kalau bajet korang bulan nie tengah sempit, jangan risau sebab boleh dapatkan produk penjagaan kulit dengan harga yang amat berpatutan menerusi promosi Lunar Love Hermo ini. 2 produk hanya untuk RM58 sahaja. Memang berbaloi-baloi kan?

4. XOMO Deals

xomo

Setiap hari, “best seller items” pelbagai jenama terkemuka akan dijual pada harga rendah tak masuk akal bersempena XOMO Deals ini. XOMO Deals ini akan berlangsung sepanjang 3 hari bermula hari Isnin dan kemudian akan di”refresh” pada hari Khamis. Jadi korang kena bersiap sedia di hadapan komputer dan sentiasa pastikan laman web www.hermo.my terpampang di skrin komputer sepanjang masa. Memang harga yang ditawarkan kaw-kaw murah punya. Diskaun tahap tertinggi. Tak akan jumpa kat tempat lain dah. Hanya di Hermo sahaja!!

Ha sebelum terlupa, jangan lepaskan peluang untuk memenangi voucher bernilai RM150 dengan melakukan “Mandarin Orange Challenge”. Senang je caranya. Cuma buat seperti video di atas menerusi Facebook Live dan letakkan hashtag #MandarinOrangeChallenge. Lepas tue jangan lupa tag Facebook Hermo Malaysia dan 3 orang kawan anda. 10 yang terbaik akan memenangi voucher RM150. Senang je kan?

hermo lunar loveAbang Nara pun sekarang sedang sibuk ushar www.hermo.my untuk tengok nak beli produk kecantikan apa sebagai hadiah buat isteri tercinta. Antara yang mencuri perhatian Abang Nara ialah:-

1. Blusher Canmake Mat Fleur Cheek

hermo

Makin berseri-seri la muka wife Abang Nara lepas gunakan blusher Canmake Mat Fleur Cheeks nie. Designnya yang comel membuatkan Abang Nara terasa nak beli sedozen terus. Daripada review yang Abang Nara baca, rata-rata semua pengguna berpuas hati dengan kualiti produk nie. Confirm wife Abang Nara suka nanti.

2. Eyeshadow Palette?Kate Dimensional Palette EX2

hermo

Abang Nara dah dapat bayangkan isteri tercinta melompat kegembiraan apabila menerima Eyeshadow Palett Kate Dimensional Palette EX2 ini. Memang idaman semua wanita kot. Lagi-lagi jenama Kate memang popular dan terkenal dengan kualitinya yang awesome. Senanglah dia nak bermake up apabila keluar jalan-jalan. Boleh masukkan je eye palette nie dalam handbag. Mudah nak dibawa ke mana-mana.

3. Missha Time Revolution Night Repair New Science Activator Borabit Ampoule 50ml

hermo

Jenama Missha dari Korea ini memang popular di kalangan wanita Malaysia. Salah satu produk laku kerasnya ialah Missha Time Revolution Night Repair New Science Activator Borabit Ampoule 50ml. Malam-malam sebelum tidur boleh pakai. Esok bangun pagi kulit muka dah jadi macam artis Korea. Cun melecun, mulus dan bersih je. Siapa tak nak kulit yang camtue kan?

4. Botanic Heal boH Derma Water Ceramide Toner 150ml

hermo

Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering, lesu dan kusam, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Botanic Heal boH Derma Water Ceramide Toner ini. Ramai yang dah guna dan ramai yang terkejut dengan perubahan kulit mereka. Terus nampak lembap, lebih anjal, dan kulit kering terus tiada. Memang power!!!

5. Swissvita Micrite 3D All Use Eye Cream
hermo

Kalau mata anda selalu ada “dark circle”, kelihat lebam, banyak kedutan dan sembam sentiasa, Swissvita Micrite 3D All Use Eye Cream boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini. Fungsinya yang 3 in 1 menyebabkan ia memang popular di kalangan para wanita. Lepas ini tak adalah kena tegur “tak cukup tidur ke semalam?” apabila anda masuk ke pejabat. Mata berseri-seri bak sang puteri!!!

hermoBanyak lagi sebenarnya produk-produk dan promosi-promosi yang best bersempena kempen Lunar Love daripada Hermo ini. Kalau nak cerita satu persatu, sampai lusa pun tak habis. Cara yang paling senang ialah anda pergi ke www.hermo.my dan alaminya sendiri. Inilah peluang terbaik untuk mendapatkan produk-produk kecantikan yang telah lama korang idamankan selama ini. Satu lagi pesanan Abang Nara, jangan lupa LIKE Facebook Hermo Malaysia sebab di situ akan selalu di “update” promosi-promosi terkini dan terbaik. Selamat membeli-belah dan selamat tampil cantik bersama Hermo.

Written by AbangNara | October 3rd, 2017

Rambut adalah mahkota seorang wanita. Setiap wanita mengidamkan rambut ala-ala model dalam iklan di televisyen. Semua wanita kalau boleh mahukan rambut yang hitam berkilat, lebat umpama sang puteri dan sihat tanpa sebarang masalah (tak ada kutu, tak ada rambut gugur dan sebagainya)

hermo rambut

setiap wanita confirm teringin nak gayakan rambut diorang ala-ala model macam nie sekali dalam seumur hidup

Namun menjadi seorang wanita bererti anda sentiasa sibuk (lebih-lebih mereka yang dah berkahwin dan mempunyai cahaya mata). Mana ada masa nak pergi salun untuk basuh rambut, bersihkan rambut, steamkan rambut, treatment rambut dan sebagainya. Kadang-kadang nak potong rambut setahun sekali pun punyalah payah. Itulah harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang wanita.

hermo

mana ada masa untuk semua ini, nak masak lagi, nak jaga anak lagi, nak tidur lagi

Oleh itu, hari ini, Abang Nara akan berkongsi 8 tips mudah untuk anda memastikan rambut anda kekal berseri dan bersinar umpama model syampu. Tips-tipsnya ialah:-

1. Sikat rambut setiap hari
hermoSambil-sambil tengok tv, sambil-sambil buai anak, sambil-sambil tunggu lauk masak, jangan lupa bawak sikat bersama dan sikatlah rambut anda. Satu lagi tips berkaitan sikat rambut ini ialah jangan sikat rambut ketika ia basah. Pastikan kering terlebih dahulu. Kalau basah, rambut akan senang gugur. Silap-silap boleh botak dibuatnya.

2. Basuh rambut gunakan air sejuk
hermoMandi air panas memang seronok dan menyegarkan. Namun adalah satu kesilapan besar untuk membasuh rambut kita menggunakan air panas. Wajib guna air sejuk. Air panas akan menyebabkan segala nutrien di dalam rambut kita hilang. Air sejuk membolehkan nutrien kekal di dalam rambut sekaligus membuatkan rambut kita tampak lebih bersinar-sinar.

3. Gunakan syampu Botanicals Fresh Care

hermo

Dirumus 100% menggunakan bahan semulajadi, Botanicals Fresh Care adalah produk penjagaan rambut terbaru daripada jenama yang cukup popular dan berkualiti iaitu L’Oreal Paris. Pembuatan Botanicals Fresh Care melibatkan para petani, botanist dan saintis yang bergabung kepakaran di dalam memberikan komitmen-komitmen di bawah kepada kita:-

(i)Komitmen untuk kualiti material yang terbaik

Ekstrak pokok botani yang digunakan untuk Botanicals Fresh Care dipilih hanya daripada yang terbaik dari Eropah.

(ii)Komitmen untuk keberkesanan yang tinggi

Untuk memastikan kesan yang tinggi buat para penggunanya, Botanicals Fresh Care dipilih pada dos yang tepat pada masa yang sesuai.

{iii)Komitmen untuk formula yang selamat

Botanicals Fresh Care adalah bebas daripada penggunaan silikon, parabens dan colorants yang sering ada di dalam syampu yang terjual di pasaran.

(iv)Komitmen untuk menjaga alam sekitar

Botol syampu Botanicals Fresh Care 100% diperbuat daripada bahan kitar semua PET dan boleh direcyle selepas habis digunakan.

Syampu Botanicals Fresh Care adalah syampu premium yang membangkitkan rasa sensasi pada diri anda dengan baunya yang amat wangi dan harum semerbak. Tambah menarik, syampu Botanicals Fresh Care ini ialah ia didatangkan dalam 4 pilihan yang dinamakan bersempena pokok botani yang digunakan untuk pelbagai jenis rambut.

1. Camelina
hermo
2. Coriander
hermo3. Geranium
hermo4. Safflower
hermoApa yang lebih awesome, Botanicals Fresh Care ini bukan sekadar hanya syampu, malah turut tersedia dalam bentuk conditioner, mask dan leave-in treatment. Untuk kesan yang optimum, anda perlu menggunakan keempat-empat produk ini. Harga pun sangat berbaloi-baloi dengan kesan yang bakal anda perolehi. Boleh didapati di semua farmasi dan juga laman web online. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Hermo. Selamat mendapatkan rambut idaman anda.


4. Jangan pakai tudung ketika rambut basah

hermoAbang Nara tahu ramai pembaca BeautifulNara adalah wanita bekerjaya yang memakai tudung. Pagi-pagi selepas mandi memang masa amat singkat untuk bersiap pergi ke pejabat. Namun sila elakkan pakai tudung ketika rambut masih basah. Pastikan anda mengeringkan rambut terlebih dahulu dan barulah gayakan tudung anda. Rambut yang bertutup dalam keadaan basah boleh menyebabkan kelumur dan hujungnya bercabang. Malah kulit kepala yang tidak kering akan menyebabkan rambut berminyak.

5. Jaga pemakanan
hermo
Kecantikan rambut bermula dari pemakanan kita kerana rambut memerlukan nutrien untuk kekal sihat. Sebab itulah kita kena jaga pemakanan. Kalau selalu makan junk food, jangan haraplah nak dapat rambut yang hitam kilat. Pilih makanan anda. Banyakkan sayur-sayuran, buah-buahan dan juga minum air kosong. Boleh juga cuba vitamin-vitamin sebagai supplement tambahan.

6. Elakkan makanan berminyak
hermoMakanan seperti ayam goring, nasi goring kampong, mee kari dan goreng pisang memang sedap untuk dimakan. Namun jangan sesekali menjadikan ia makanan harian anda kerana terlalu banyak minyak yang digunakan ketika menyediakan makanan-makanan ini. Makanan berminyak akan turut sama menyebabkan rambut anda berminyak. Rambut yang berminyak akan menyukarkan proses penjagaannya, sekaligus menyebabkan berlaku keguguran rambut.

7. Pergi salun rambut 3 bulan sekali
hermoMenjadi seorang wanita memang kesuntukan masa kerana terlalu sibuk menguruskan hal rumahtangga, bekerja, memasak dan mengemas rumah. Namun nak tak nak, anda perlu luangkan masa sekurang-kurangnya 3 bulan sekali untuk pergi ke salun rambut. Minta tolong pada suami untuk jaga anak sekejap untuk anda membuat rawatan pada rambut anda. Inilah masa terbaik untuk anda manjakan rambut anda untuk mendapatkan rambut yang segar, sihat dan shiny.

Written by AbangNara | December 2nd, 2016

Menjadi seorang wanita bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi jika anda seorang isteri dan juga ibu kepada 3 orang anak seperti wife Abang Nara. Banyak benda nak kena setelkan. Tanggungjawab selaku seorang isteri dan ibu itu memang besar. Secara jujur memang Abang Nara respek dengan wife tercinta sebab tenaga dia macam unlimited menguruskan hal rumahtangga.

1

nampak je tengah senyum tue. Dalam hati sapa tahu tengah stress fikirkan macam-macam benda

Satu hari yang mendung selepas menghantar anak ke sekolah, Abang Nara melihat wajah wife tercinta yang nampak agak stress. Dengan berhati-hati, Abang Nara pun bertanya:-

“Awak stress ke? Ada apa-apa yang saya boleh tolong?”

Pucuk dicita ulam mendatang. Wife Abang Nara pun berkata:-

“Boleh tak awak tolong dengar luahan hati ini.? Saya nak cakap je beberapa benda yang telah menyebabkan diri ini stress”.

Maka dengan tenangnya Abang Nara mendengar luahan hati wife tercinta tentang beberapa perkara yang seringkali menyebabkan dirinya rasa stress. Antaranya ialah:-

1. Kain baju yang tak berlipat

2

Lepas dah ada 3 orang anak ini, jumlah baju di rumah memang bertambah banyak. Setiap hari baju akan dibasuh. Namun masalahnya ialah tak ada masa untuk melipat baju-baju ini. Stress wife Abang Nara bila tengok longgokan baju di atas katil yang dah tak berlipat berhari-hari. Bila tengah merajinkan diri untuk lipat baju je mesti anak-anak pun datang “menolong”. Akhirnya sampai ke sudah baju tak lipat-lipat.

2. Lantai tak sempat mop

Kebersihan lantai rumah amat dititikberatkan oleh isteri Abang Nara lebih-lebih lagi apabia anak ketiga kami iaitu Alara masih kuat merangkak. Bahaya kalau merangkak tapi lantai kotor. Jadi setiap pagi sebelum menghantar anak ke sekolah, wife akan cuba untuk mop lantai. Tapi biasalah kadangkala ada hari yang ter”miss”. Itu yang buat stress sebab makin senang untuk Alara jatuh sakit kerana lantai kotor.

3. Susah nak buang mekap di muka

3

mekap kena pakai untuk tambah kecantikan wajah agar suami sedap mata memandang

Perkara pertama yang wife Abang Nara akan lakukan apabila tiba di rumah selepas seharian di luar ialah masuk ke dalam bilik air dan buang mekap di wajahnya. Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, masa minimum yang diambil olehnya adalah selama 5 minit. Kadangkala lebih lama sebab mekap tak tanggal-tanggal. Sekali sekala akan terdengar jeritan “adui susahnya la eh mekap nie melekat kuat sangat. Stress!!!”. Namun semenjak dua ini, jeritan tersebut sudah tidak kedengaran kerana wife Abang Nara menggunakan Garnier Micellar Water.

4

terima kasih Garnier Micellar Water kerana menghilangkan salah satu stress isteri saya

Garnier Micellar Water ini bebas alkohol,tidak perlu dibilas dan paling penting, sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Selain menanggalkan mekap dengan segera Garnier Micellar Water ini juga turut membersihkan dan menyegarkan wajah dengan hanya 1 sentuhan sahaja. Ini semua kerana teknologi “Micellar” yang dirumus khas oleh Garnier. Power sungguh!!

5

kagum Abang Nara dengan teknologi “Micellar” ini. Memang power rangers sungguh

Lagi power dan lagi best, Garnier Micellar Water ini dijual dengan harga dari RM9.90 sahaja di Hermo. Berbaloi sangat-sangat. Lepas itu boleh digunakan sebanyak 200 kali untuk Garnier Micellar Water botol 400ml. Maksudnya sekali guna hanya perlukan 2ml sahaja. Penjimatan yang abadi. Bukan wife Abang Nara je berpuas hati dengan keberkesanan produk terbaru Garnier ini, malah ratusan pengguna telah melahirkan rasa gembira mereka di media sosial. Cuba baca sikit komen diorang kat bawah nie.

6

Khas untuk pembaca Beautifulnara, Hermo Malaysia telah berbesar hati untuk menghadiahkan 10 botol Garnier Micellar Water untuk anda semua. Senang je caranya. Anda hanya perlu isikan borang dibawah ini dan 10 pembaca bertuah akan dihubungi oleh Abang Nara menerusi email. Kalau tak menang pun tak apa, anda boleh memiliki produk awesome in melalui Hermo Malaysia dalam masa 1 hingga 3 hari. Dari RM9.90 je harganya. Berbaloi sangat-sangat sebab dapat hilangkan salah satu stress yang sering melanda wanita. Tak gitu?

7

tak cuba tak tahu, dah cuba pasti puas hati

Maklumat lanjut tentang keawesomean Garnier Micellar Water ini bolehlah dibaca di Hermo Malaysia.

4. Tak dapat tidur yang secukupnya

8

Sehari kalau dapat tidur 6 jam memang cukup indah untuk wife Abang Nara. Tapi semua itu hanyalah impian semata-mata. Nak dapat “deep sleep” selama sejam pun payah. Sikit-sikit si Alara itu akan bangun menangis minta susu. Itu belum kira si Aariz dan Arissa yang tidur lambat. Pagi-pagi bangun muka dah macam zombi sebab tak cukup tidur. Stress!!!

5. Berat badan yang tak menurun

Memasak, basuh baju, lipat baju, jaga anak, tidurkan anak, hantar anak pergi sekolah, kemas rumah dan macam-macam lagi aktiviti harian yang dilakukan dengan harapan segala kalori dalam badan terbakar sekaligus menyebabkan berat badan berkurangan. Tup-tup bila timbang berat, tetap sama macam dulu. Aik!!! Penat dah penat dah, kalori macam banyak terbakar dah, kenapa berat tak turun-turun? Tak ke stress tue?

9

jadi laki jugak senang tak selalu stress sebab ada seorang isteri di sisi yang menguruskan segalanya. Syukur

Fuh!! Susah juga rupanya jadi wanita ini. Abang Nara sebenarnya nak tergelak juga bila wife senaraikan benda-benda di atas ini. Bagi lelaki memang nampak remeh. Namun untuk perempuan, ini adalah hal yang amat besar. Alhamdulillah lega dilahirkan jadi lelaki. Tak adalah nak stress sangat fikir 5 perkara di atas. Apa pula benda yang menyebabkan korang stress? Cuba share sikit kat ruangan komen di bawah.