Written by Bella | December 14th, 2016

Baru-baru ini seluruh rakyat Malaysia berbangga apabila pelawak Harith Iskander dinobatkan sebagai Funniest Person in the World didalam sebuah pertandingan berlangsung  yang berlangsung di Hullu Poro Arena, Levi, Finland dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM444,000.

Harith dalam satu kenyataan ada berterima kasih kepada warga Johor yang kini popular dengan gelaran Bangsa Johor yang menyokong beliau.

Bagaimanapun, tindakan Harith itu menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak yang mempertikaikan beliau melebih-lebihkan Bangsa Johor sedangkan seluruh rakyat Malaysia juga menyokong dan mengundi beliau.

Tidak mahu salah faham berkenaan berpanjangan, Harith menerusi akaun Instagramnya telah tampil memberikan penjelasan.

Rupa-rupanya ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan post saya dimana saya mengucapkan terima kasih kepada peminat Bangsa Johor yang menyokong saya dalam pertandingan Funniest Person in the World anjuran Laugh Factory. Mereka anggap yang saya mengucapkan Terima kasih HANYA kepada orang Johor dan bukan dengan orang lain yang memberi sokongan kepada saya. Dah jelas mereka yang anggap begitu tak sempat ataupun tak baca langsung beberapa post sebelum itu dimana saya bertungkus lumus mengucap terima kasih kepada kesemua golongan penyokong yang lain yang selama-lama ini tak habis-habis support saya. Post 'Bangsa Johor' itu saya tulis khususnya untuk kawan-kawan blogger, social influencers dan pihak media dari Johor yang berpenat-penat menyokong saya di belakang tabir sejak pertandingan ini bermula. Mungkin salah saya sebab tak memperjelaskan perkara ni. Tak apa. Kadang-kadang orang faham apa yang mereka nak faham. Saya tak boleh kawal persepsi orang, apa yang saya boleh buat, adalah pastikan niat saya positif. Saya ingin mengunakan stand up comedy untuk menyatukan orang, dan KALAULAH saya terpecahbelahkan kita pulak, saya minta maaf banyak banyak. Komedi stand-up saya sentiasa tentang menguatkan hubungan antara kita melalui gelak ketawa dan saya akan teruskan buat sehabis baik. Sekali lagi saya minta maaf kalau ada yang terguris hati sebab itu bukanlah niat saya. Izinkan saya merancang kenduri dan makan-makan untuk SEMUA yang telah menyokong saya.. supaya saya berpeluang mengucap terima kasih sepenuh hati secara personal. Butiran majlis ni akan saya kongsikan dalam masa terdekat. Jom gelak sama-sama dan ceriakan dunia! ORANG TENGAH GELAK TAK BOLEH MARAH-MARAH 🇲🇾

A post shared by Harith Iskander (@harithiskander) on

Harith pun sudah tampil memberikan penjelasan dan rasanya isu ini tidak perlu lagi dipanjangkan. Harith sebenarnya hargai semua sokongan rakyat Malaysia.