March 8th, 2017

Sudah beberapa kali pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menerima pelbagai teguran kerana dikatakan tidak mementingkan keselamatan anak mereka Yusof Iskandar.

Terbaru, gara-gara memuat naik video Yusof sedang merangkak menaiki tangga, netizen sekali lagi melemparkan pelbagai kritikan terhadap pasangan ini.

Menurut Hanis, apa yang mereka muat naik di akaun Instagram Yusof yang kini sudah mencecah sejuta pengikut , bukanlah perkara yang berlaku pada ketika itu. Hanis juga menegaskan, beliau dan suami sering mengutamakan keselamatan anak mereka.

Keselamatan anak memang perkara utama. Sebab itu gambar yang dimuat naik di laman sosial itu sebenarnya sudah berlaku dua ke tiga hari lepas.

Lokasi Yusuf berada itu adalah penting untuk kami jaga bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Kita pun sentiasa berdoa supaya dijauhi daripada perkara-perkara yang tidak baik.

Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak dan menjaga keselamatan mereka bukan? Kami yakin sebelum Hanis dan Hairul membiarkan Yusof melakukan sesuatu, pasti mereka sudah memikirkan faktor keselamatan anak mereka dan risikonya.

Sumber Berita : Utusan Online