August 26th, 2015

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga, Hanez Suraya masih lagi dihantui oleh kontroversi lama beliau bersama suami Romie Razin Adilha apabila ada pihak yang tidak senang hati dengan kebahagiaan mereka sekarang.

Pelbagai tomahan dan berita tidak benar disebarkan meskipun Hanez kini sudah hamil anak mereka selama 4 bulan. Namun, buat Hanez  tidak mahu cepat melatah dan memikirkan perkara tersebut  kerana tidak mahu ia dipanjangkan dan menjejaskan masa depannya.

Advertisement

Berbicara mengenai gosip rumah tangga beliau bermasalah hanya kerana satu foto yang dimuat naik oleh beliau di Instagram baru-baru ini, Hanez sedar masih ada lagi pihak yang dengki dengan beliau. Walaubagaimanapun, beliau sama sekali tidak terkesan dengan berita itu dan mengakui bahagia di samping suami tercinta.

Orang luar tak tahu apa yang berlaku, tapi terus menuding jari mengatakan hubungan kami sedang retak. Saya pelik bila sekeping gambar sahaja boleh timbul pelbagai andaian tentang rumah tangga saya.

Memang saya tahu ada individu yang masih dengki dengan saya dan tak mahu lihat saya bahagia dengan perkahwinan ini. Melihat kepada situasi ini, saya sedar orang kita ini memang suka ambil tahu hal orang lain berbanding hal sendiri. Apa pun yang berlaku, jujurnya saya sedikit pun tidak terkesan dengan cerita-cerita tersebut kerana apa yang pasti hubungan kami berada dalam keadaan baik.

Hanez juga sempat meluahkan rasa teruja beliau untuk menyambut kelahiran bayi pertama beliau yang bakal lahir pada hujung tahun ini.  Ditanya mengenai jantina anak mereka, aktres tersebut dan Romie telah membuat keputusan untuk merahsiakan perkara tersebut buat masa ini.

Setiap manusia ada lakukan kesilapan dalam hidupnya dan jika kita terus menghukum mereka kesalahan tersebut masih tidak dapat diperbetulkan bukan? Doakan sahaja agar Hanez Suraya kekal bahagia dan selamat bersalin tidak lama lagi.

Sumber Berita: Utusan Online

Advertisement
August 18th, 2015

Sedang meniti hari bahagia menunggu detik tibanya cahaya mata sulung hasil perkahwinannya dengan Romie, ada desas-desus yang bertiup menyatakan rumah tangga Hanez Suraya berantakan. Sebelum ini, Hanez enggan mengulas tentang khabar angin tersebut namun berdasarkan gambar yang dimuatnaik oleh Hanez bersama suaminya baru-baru ini, bolehlah kita menganggap yang desas-desus itu palsu semata-mata.

hanez suraya

Enggan membiarkan desas-desus itu bertiup terus kencang, Hanez telah tampil memohon agar pihak luar tidak campur tangan di dalam hal rumahtangganya. Kata Hanez menerusi ManggaOnline:-

Advertisement

Soal itu sebenarnya tak ada apa-apa. Hanez rasa itu normal. Hanez berharap semua di luar itu mendoakan yang terbaik. Dan sekarang, iyerlah Hanez tengah mengandung. Jadi Hanez harap dari pihak suami, dari pihak keluarga tak nak ada gangguan dari pihak luar. Jadi Hanez harap lebih baik kita berdiam saja.

hanez suraya

Biasalah rumahtangga pasti ada pasang surutnya. Ini semua asam garam kehidupan. Yang penting kita selaku suami isteri tahu perkara sebenar yang terjadi. Selaku selebriti, segala tingkah laku Hanez pasti akan diperhatikan oleh orang luar. Jadi kenalah lebih berhati-hati melakukan sebarang perkongsian di laman sosial. Apa pun, semoga Hanez terus berbahagia di samping suami tercinta. Sama-sama kita doakan agar segalanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran kelak. Amin.

iziefashion

 

P.S: Blouse dengan rekaan yang menarik dan sopan di www.iziefashion.com, semua produk adalah READY STOCK. DISCOUNT 5% bagi setiap pembelian & FREE POSTAGE bagi order RM100 ke atas. harga dijamin berpatutan dan semua design boleh dilihat di website IzieFashion, Instagram IzieFashion &  Facebook Iziefashion

 

Advertisement
December 15th, 2014

Seperti yang kita tahu, perkahwinan Romie dan Liyana Manan akhirnya telah berakhir dengan penceraian. Sebelum penceraian tersebut berlaku, Hanez Suraya telah tampil memaklumkan yang dirinya sudah tiada apa-apa lagi hubungan dengan Romie. Namun kebanyakan pengikut dunia hiburan enggan mempercayai kata-kata Hanez Suraya. Ramai yang melabelkan kenyataan Hanez itu dilakukan sekadar untuk menyelamatkan kerjaya lakonannya yang dilihat telah berkubur. Malah ramai yang membuat andaian Hanez dan Romie akan kembali memadu kasih sebaik sahaja penceraian berlaku.

hanez suraya

Kesian juga Abang Nara kat Hanez. Cakap perkara benar pun orang tak percaya. Tampil di Metro Ahad, Hanez menafikan dakwaan yang dirinya berbohong mengenai status hubungannya dengan Romie. Kata Hanez:-

Advertisement

Berbohong semata-mata mahu menyelamatkan kerjaya? Dakwaan itu tidak masuk akal. Memang saya sayangkan karier yang dibina hampir 10 tahun, tetapi saya tidak akan mempermainkan soal hati dan perasaan.

Kenapa pula saya perlu memberi kenyataan (mengenai penceraian Romie dan Liyana), sedangkan antara kami tida ada apa-apa hubungan. Untuk apa saya sentuh perkara yang tiada kaitakan dengan saya.

Sudah-sudahlah! Kisah saya dan Romie sudah lama berlalu. Saya tidak mahu merosakkan keadaan. Ini kenyataan akhir saya mengenai Romie dan harap tidak akan ada lagi mana-mana pihak cuba bertanya atau membangkitkan soal antara kami.

Tidak dinafikan Romie lelaki baik yang pernah hadir dalam hidup saya, tetapi tiada jodoh antara kami.

romie

Diharap semua pihak berpuas hati dengan kenyataan ini dan tidak lagi memandang serong kepada Hanez Suraya. Boleh dah tutup buku kisah Romie dan Hanez. Mereka sudah tiada apa-apa lagi hubungan. Tak perlu dikaitkan lagi. Kedua-duanya sudah membawa haluan masing-masing. Sudah tiba masa untuk kita juga tidak membicarakan mengenai mereka lagi. Tak gitu?

P.S: 2014 Ford Kuga Special Edition

Advertisement
November 4th, 2014

Sayugia tamatlah kisah cinta penuh kontroversi antara Hanez Suraya dan Romie. Bagi Abang Nara, kisah mereka berdua ini adalah kisah terhangat selebriti tempatan untuk tahun 2014. Tak ada yang boleh menandinginya. Malah ia memberi impak yang amat besar kepada Hanez kerana kerjayanya boleh dikatakan berkubur kerana kontroversi ini.

hanez dan romie

Susulan pengakuan cinta mereka sudah berakhir hari ini, Hanez melahirkan rasa redhanya dengan apa yang telah terjadi. Malah Hanez juga turut memohon agar namanya tidak lagi dikaitkan dengan Romie. Kata Hanez:-

Advertisement

Keputusan untuk berpisah ini sudah lama dilakukan. Cuma hanya ketika saat ini baru saya sendiri bersedia untuk berkongsinya. Kami berpisah secara baik. Bukan nak kata serik dengan apa yang terjadi tetapi sebagai manusia biasa semua yang berlaku menjadi pengalaman berharga.

Benar cinta itu buta. Saya juga seperti manusia lain yang ingin mengejar bahagia tetapi lupa untuk menjaga perihal lain. Ini bahagian hidup saya dan saya reda dengan suratan yang tertulis. Kalau boleh andai cerita saya ditulis selepas ini, jangan kaitkan saya dengan dia lagi. Masalah rumah tangganya juga jangan babitkan saya lagi,

hanez dan romie

Pasti hati Hanez sedikit sebanyak terluka akibat perpisahan ini. Namun bagi Abang Nara ia adalah keputusan yang bijak untuk kebaikan semua pihak. Sekarang ini Hanez hanya perlu menunggu sehingga kontroversi ini luput daripada ingatan orang ramai. Selepas itu bolehlah bergiat semula dalam industri hiburan. Sementara saat itu tiba, diharap Hanez bersabar dan tabah. Sumber Berita Harian

P.S: Penjelmaan misteri dalam gambar di Thailand

Advertisement