Written by Bella | August 29th, 2015

Baru-baru ini, ramai yang mula mengucapkan simpati apabila mendengar khabar kononnya aktor popular Adi Putra menghidapi penyakit kanser selepas sebuah blog memberitahu beliau kini di tahan di hospital  susulan penyakitnya itu.

Walaubagaimanapun, Adi yang mengetahui hal tersebut meminta agar peminat tidak mudah  percaya dengan berita itu  kerana beliau masih lagi sihat dan tidak menghidapi sebarang penyakit serius. Malah, Adi juga merasa terkilan dengan pihak yang menyebarkan berita palsu tersebut hanya kerana ingin mengaut keuntungan.

Saya terkilan dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu semata-mata mahu menaikkan rating blog. Bagaimanapun saya tidak mahu mengambil serius terhadap laporan tersebut memandangkan ia sering terjadi kepada mana-mana selebriti.

Alhamdulillah, saya masih lagi sihat walafiat, saya ampunkan orang yang membuat fitnah.

Jelas Adi, berita tersebut mungkin boleh mengelirukan orang ramai kerana beliau baru sahaja dilantik sebagai penaung Pertubuhan Kebajikan ‘Johor I Care’ negeri Johor.

Risau juga orang keliru, tetapi saya ambil perkara ini lebih positif untuk menyebarkan informasi mengenai kesedaran penyakit kanser. Penghidap kanser memerlukan sokongan orang sekeliling terutama keluarga. Mereka bukan saja memerlukan kekuatan dalaman untuk sembuh, malah perhatian daripada semua pihak.

Rasanya bukan Adi Putra sahaja yang jadi mangsa berita palsu seperti ini, sebelum ini ada yang sampai di fitnah sudah meninggal dunia pun ada. Apa-apa pun, jangan mudah  percaya dengan berita sebegini kerana mereka hanya ingin menarik perhatian ramai sahaja.

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | January 22nd, 2015

Adi Putra, 33 tahun kini sudah bergelar seorang haji. Alhamdulillah. Bukan semua orang diberikan rezeki untuk menerima panggilan daripadaNya ke Tanah Suci. Menariknya, walaupun sudah bergelar haji, selaku seorang pelakon, Adi Putra tetap akan menerima tawaran watak jahat atau jahil mahupun melakukan babak panas dalam filem dan drama. Malah kalau ada babak yang Jelasnya, jika babak melibatkan aksi di ranjang atau adegan bersentuhan, Adi Putra turut bersedia melakukannya sebagai memenuhi tuntutan pengarah atau skrip.

adi putra haji

Adi Putra menyifatkan lakonan yang dilakukan adalah satu pekerjaan dan pekerjaan merupakan satu ibadah walaupun dirinya membawa watak panas. Namun jangan salah faham, kebanyakan babak yang nampak panas di drama/filem adalah hasil daripada teknik kamera. Sekarang kan teknologi dah canggih. Tak perlu nak sentuh-sentuh secara ‘real’ lagi dah. Terang Adi Putra:-

Saya tidak membataskan watak selepas mengerjakan haji dan umrah termasuk watak panas kerana itu adalah tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan. Bagi saya walaupun melakukan babak panas tetapi ia dilakukan di hadapan beberapa kru. Apa yang saya lakukan itu atas dasar pekerjaan dan pekerjaan itu merupakan satu ibadah.

Nama sahaja babak panas tetapi ketika melakonkannya ialah di hadapan ramai dan ada yang tidak bersentuhan pun. Banyak babak panas terutama di ranjang hanya guna teknik kemera sahaja.

adi putra

Untuk makluman, selain berlakon, Adi Putra juga kini memiliki sebuah agensi umrah yang diberi nama Menara Hadid. Agensi miliknya ini beroperasi dengan penerbangan 2 kali sebulan. Sibuk dengan pengurusan agensi ini juga merupakan salah satu sebab kita jarang dapat melihat kelibat Adi Putra di kaca televisyen. Apa pun, jangan tinggalkan dunia lakonan kerana pasti ramai peminat yang merindui aksi anda tak kira watak panas, gangster atau alim. Lakonan anda memang power. Tak gitu? Sumber Mstar Online.