Written by Bella | April 22nd, 2019

Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) berlangsung dengan cukup meriah sekali dan seperti biasa akan ada persembahan khas daripada artis tempatan.

Antara yang membuat persembahan semalam adalah Hael Husaini duet bersama Misha Omar menyanyikan lagu Rewrite The Stars.

Umum mengetahui kedua-dua penyanyi ini dikenali dengan vokal mereka yang mantap dan mempunyai kekuatan sendiri. Namun, entah apa yang berlaku, nyanyian Hael semalam mengecewakan peminat.

Kata peminat, suara Hael agak sumbang dan lagu tersebut sangat tidak sesuai untuknya. Malah, Hael juga lupa lirik sehingga terpaksa dibantu oleh Misha. Seakan beliau kurang bersedia untuk persembahan tersebut.

Bila menyanyi secara langsung, akan ada kemungkinan penyanyi akan menghadapi masalah teknikal. Tidak mustahil, itu juga yang berlaku kepada Hael, tentunya beliau sudah cuba melakukan yang terbaik untuk menghiburkan orang ramai.

Kredit Video : YouTube

Kredit Foto : Eddie Husin