June 5th, 2020

Menegur sikap segelintir rakyat tempatan yang mempersoalkan beritukan isu gerakan protes “Black Lives Matter” yang dianjurkan oleh warga Amerika Syarikat tempoh hari, pelakon Datin Diana Danielle luah rasa bengang apabila menerima komen yang tidak relevan daripada pengikutnya.

diana danielle

Menurut Diana, perasaan itu makin membuak-buak apabila ada dalam kalangan pengguna laman sosial meminta supaya kumpulan penyokong protes tersebut turut memperjuangkan nasib kaum lain yang tertindas.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, beliau turut menyeru orang ramai untuk menghormati isu berkenaan.

“Tension kadang-kadang, sekarang kita perjuangkan satu isu! Tak bolehlah dalam satu masa tiba-tiba nak naikkan 14,000 isu, nanti taka da tumpuan atau fokus dalam isu itu.

Hal ini kerana, kata Diana lagi, tumpuan harus diberikan pada satu isu sahaja ketika ini agar tidak hilang fokus.

“Dulu #SavePalestine jadi kita fokus pada gerakan itu.”

Terdahulu, kecoh di seluruh dunia berkenaan kes kematian warga kulit hitam, George Floyd di Amerika Syarikat. Susulan itu wujud gerakan yang menyuarakan slogan Black Lives sebagai satu bentuk solidarity atas kematian lelaki tersebut.

diana danielle

Meskipun begitu, ramai dalam kalangan selebriti antarabangsa memperjuangkan gerakan itu bagi mengekang isu penindasan terhadap golongan berkulit hitam di seluruh dunia.

Sehingga kini, hashtag #blacklivesmatter masih trending di media sosial dan mendapat perhatian umum sehingga berlaku ketegangan dan rusuhan di beberapa Bandar di negara tersebut.

June 3rd, 2020

Menentang isu perkauman melibatkan golongan berkulit hitam di Amerika Syarikat dengan menyertai gerakan”black out” tempoh hari, penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna zahir tanda sokongan menerusi perkongsian di laman Instagramnya.

yuna blackout blacklivesmetter

Menurut Yuna, merupakan bentuk solidariti kepada rakan seperjuangan berkulit gelap dalam menentang isu perkauman dan menghubung semula dengan komuniti yang selama ini banyak berjasa dalam pembangunan karier muziknya.

Terdahulu, susulan kematian George Floyd, industri muzik di Amerika Syarikat menggesa orang ramai untuk sama-sama menyertai “black out” dengan menghentikan seketika segala bentuk aktiviti berkaitan muzik.

Tambahnya, sebagai penyanyi, beliau banyak mendapat inspirasi daripada bangsa rberkult gelap sekali gus mempamerkan sokongan itu adalah satu bentuk tanggungjawab yang harus dilakukannya.

Meskipun membesar dengan mendengar karya muzik daripada artis dan komposer orang berkulit gelap, Yuna kini bagai tidak pernah membayangkan yang dirinya berpeluang bekerja dengan artis, penerbit, pemuzik dan penari berkulit gelap yang berbakat.

 “Ia merupakan tanggungjawab saya untuk bersama-sama mereka, bukan hanya ketika meraikan kejayaan sahaja, tetapi tetap bersama mereka ketika mereka berada di bawah.”

Ujar Yuna lagi, tanpa golongan ini, kita tidak akan dapat menikmati dan terinspirasi seni yang mereka bawakan dalam menghubungkan semua orang di seluruh dunia termasuklah tanah air sendiri.

yuna blackout blacklivesmetter

Terdahulu, rusuhan besar-besaran terjadi di beberapa Bandar di Amerika Syarikat susulun isu perkauman terhadap golongan berkulit gelap tercetus apabila seorang warga Afrika-Amerika, George Floyd meninggal dunia akibat lehernya ditekan menggunakan lutut anggota polis Minneapolis, Minnesota sehingga menyebabkan dirinya sukar untuk bernafas.

Floyd difahamkan ditangkap apabila beliau didakwa menggunakan wang palsu ketika membeli barang di sebuah pasar raya.

June 2nd, 2020

Mengakui pernah berdepan beberapa kali pengalaman diskriminasi warna kulit sepanjang hidupnya, pelakon Ammar Alfian kongsi kisah peribadi ketika menetap di luar negara bersama keluarganya ketika masih kecil di laman Instagram.

ammar alfian

Menurut Ammar, ia seperti dejavu sekali lagi sekitar tahun 1990-an ketika ibu bapanya masih menuntut di Norwalk, Los Angeles.

Tambahnya, ketika beliau berusia enam tahun, beliau selalu disisihkan dan tiada pilihan melainkan berkawan dengan orang berkulit hitam.

Malah lebih perit, kisahnya dibelasah tanpa sebab ketika pergi dan pulang dari sekolah dan ditengking juga turut dikongsi Ammar menerusi perkongsian berkenaan.

Ujarnya lagi, situasi seakan sama turut terjadi kepada kedua ibu bapanya yang bekerja sambilan sebagai tukang cuci apabila sering ditengking kerana memakai hijab.

Namun, selepas pulang ke Malaysia situasi itu dilihat masih belum terhenti kerana Ammar dikhabarkan dihina dengan pelbagai gelaran.

“Di sini saya dipanggil ‘Bangla’ dan ‘Keling’ ketika masih bersekolah dan saya tak tahu kenapa.”

Perkara itu seakan menjadi persoalan buat dirinya. Namun setelah lama kelamaan beliau lebih faham kerana warna kulitnya tidak putih menyebabkan dirinya sentiasa dijadikan bahan hinaan orang.

ammar alfian

“Saya memahami perasaan mereka yang berjuang setiap hari berdepan rasis. Allah itu maha berkuasa, orang kafir ini ingat dia kuat sekarang. Tunggu!”

Sehingga kini, kecoh di serata dunia apabila berlaku rusuhan di Amerika Syarikat selepas seorang anggota polis dikatakan menekan leher kepada seorang warga Afrika-Amerika George Floyd menggunakan lutut sehingga meninggal dunia kerana mengalami kesukaran untuk bernafas.