Written by AbangNara | October 2nd, 2014

Sehingga ke hari ini masih lagi terbayang-bayang keseronokan yang dikecapi oleh Abang Nara sekeluarga ketika bercuti di Ice Age Adventure Genting Highlands. Memang best sangat-sangat. Dapat luangkan masa bersama keluarga tercinta sambil berposing dengan watak-watak daripada kartun Ice Age. Anak Abang Nara si Aariz tue siap posing 5,6 kali kat tempat sama. Suka sangat-sangat lah tue.

ice age adventure

Harga tiketnya RM20 seorang memang sangat berbaloi untuk seisi keluarga bergembira di Ice Age Adventure Genting Highland ini. Selain bergambar, ada maskot yang akan turut menari dengan comelnya, ada aktiviti mewarna, boleh main permainan untuk menang hadiah dan macam-macam lagi aktiviti yang pastinya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Abang Nara dah ceritakan semua ini dalam artikel yang pernah ditulis dulu. Memang syok!!!

ice age adventure

Hujung minggu cuti raya Haji ini kalau nak alami keseronokan dan kelainan apa kata pergi nikmati sendiri keseronokan di Ice Age Adventure Genting Highland. Maklumat lanjut layari www.rwgenting.com