Written by Bella | March 14th, 2019

Semenjak dua menjak ini cuaca di Malaysia memang panas yang amat. Duduk dalam pejabat yang ber’aircond’ pun boleh berpeluh lagi. Panas-panas macam nie, kalau dapat bercuti ke Genting Highlands memang terbaik. Udara nyaman, suasana tenang, banyak aktiviti best yang boleh dilakukan dan paling penting, cuaca di atas tue sejuk!!!

Hari ini Abang Nara nak kongsikan cara yang amat MUDAH dan amat MURAH untuk anda menikmati percutian penuh nyaman di Genting Highlands. Tapi sebelum itu,  korang kena tengok dulu poster kat bawah nie:-

Dengan kerjasama Resort World Genting dan Genting Rewards, Watsons Malaysia memberikan kita semua peluang untuk memenangi percutian bernilai sehingga RM100,000 di Genting Highlands. Kempen ini dinamakan “Kaw Kaw Rewards” sebab hadiahnya semua memang kaw-kaw belaka.  Memang rugi kalau anda tak join sebab cuma ada 3 langkah yang perlu anda lakukan untuk berpeluang menjadi salah seorang pemenang:-

  1. Kenalpasti Watsons yang berhampiran dengan rumah/pejabat anda
  2. Belanja RM50 & ke atas pada produk jenama Watsons. Jangan lupa minta resit
  3. Isikan borang dan masukkan nombor resit pembelian di https://www.watsons.com.my/promo-kawkaw-rewards.

Untuk makluman, ada lebih 1,000 produk jenama Watsons yang boleh anda beli di kesemua cawangan Watsons seluruh Malaysia. Antara produk-produk terbaru yang tengah laku macam pisang goring panas ialah:-

  1. Penjagaan rambut – Hair System by Watsons Ultimate Hair Oil

2. Kesihatan Tubuh Badan – Nutrabliss Bentong Ginger

3. Penjagaan Diri – Naturals by Watsons

4. Penjagaan Kulit – Collagen by Watsons

Selain itu ada juga produk ‘best seller’ seperti kapas muka jenama Watsons, Nore Pose Tape dan pencuci mulut jenama Watsons. Senang cakap, sebut je apa yang korang nak, semua ada di Watsons. Paling penting, bakul anda mesti penuh dengan produk jenama Watsons bernilai RM50 ke atas untuk melayakkan diri menyertai kempen “Kaw Kaw Rewards” ini.

Siap!!!! Kempen “Kaw Kaw Rewards” ini berlangsung dari 5 Mac ini sehinggalah 15 April kelak. Lagi banyak pembelian, lagi tinggilah peluang untuk anda menang. Kalau anda adalah pemegang kad Elite Watsons, makin cerah peluang untuk anda bercuti di Genting Highlands sebab RM50 = 5 penyertaan. Best kan? Maklumat lanjut layari www.watsons.com.my

Written by AbangNara | September 12th, 2014

Sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Genting Highlands, Abang Nara sekeluarga bersama beberapa orang rakan blogger telah tiba ke salah satu destinasi percutian pilihan rakyat Malaysia ini pada hujung minggu yang lalu. Cuaca yang sejuk menyambut ketibaan kami. Tujuan utama kehadiran kami kali ini tak lain tak bukan untuk merasai sendiri tarikan terbaru Genting Highlands iaitu Ice Age Adventure.

ice age adventure
Baru dibuka pada 1 September 2014 yang lalu, Ice Age Adventure memang tempat terbaik untuk mereka yang bekeluarga terutamanya yang ada anak kecil berusia 3 tahun ke atas. Kalau anak anda minat kartun (terutamanya kartun Ice Age), memang wajib anda bawa mereka ke merasai keseronokan di Ice Age Adventure ini. Tiket berharga RM20 seorang (kanak-kanak 3 tahun ke bawah masuk percuma) memang terasa sangat berbaloi. Ada 3 zon utama kesemuanya di Ice Age Adventure ini iaitu Ice Age Theatre, Ice Age Playground dan Ice Age Meet-and-Greet.

ice age adventure

Masuk sahaja ke Ice Age Adventure kitorang terus ke zon pertama iaitu Ice Age Theatre. Seronok anak Abang Nara melihat video klip kartun yang menunjukkan aksi Scrat mengejar buah walnut kegemarannya. Ala kalau korang tengok kartun Ice Age mesti korang tahu punya. Pastikan anak korang tengok dengan teliti sebab akan ada kuiz. Kalau jawab kuiz dengan betul boleh dapat hadiah. Hehehe.

ice age adventure

Selesai menonton di Ice Age Theatre, Abang Nara sekeluarga terus ke Ice Age Playground dan Ice Age Meet-and-Greet pulak. Yang ini serius seronok sangat-sangat. Banyak gambar yang boleh dirakamkan bersama anak tercinta. Macam-macam aksi boleh buat. Di Ice Age Meet-and-Greet ada maskot-maskot daripada kartun Ice Age seperti Sid, Carlos dan Scrat. Comel sangat-sangat. Cuba korang tengok aksi kitoarang.

ice age adventure

nie kat luar sebelum masuk. Hehehe

ice age adventure

ok papa, Aariz dah ready. Jom kita masuk

ice age adventure

sini boleh main cak-cak nie, kata Aariz

ice age adventure

jom papa kita pergi ambik gambar kat tempat lain, kata Aariz

ice age adventure

nak jugak pegang bola si Aariz nie

ice age adventure

besar juga kapal nie papa kan? Tanya Aariz dengan muka selamba

ice age adventure

alamak tak lepas pula Aariz baling bola nie. Help me papa

ice age adventure

Aariz kecik lagi so takut ngan maskot. Hahaha

ice age adventure

anak taknak bergambar biar mak bapak je yang posing

ice age adventure

yeahhhh. Dah habis main kat dalam kita mewarna pulak kat luar

ice age adventure

Seriusly Abang Nara sekeluarga dan kawan-kawan blogger yang lain memang amat berpuas hati, bergembira dan berseronok sepanjang berada di Ice Age Adventure di Genting Highlands ini. Memang puas hati tengok aksi anak masing-masing. Paling penting dapat mengeratkan hubungan antara anak-anak dan mak ayah. Bukan selalu nak buat aktiviti macam nie kan?

ice age adventure

Hujung minggu ini kalau ada masa terluang, apa kata pandu kereta anda ke Genting Highlands dan nikmaati sendiri keseronokan di Ice Age Adventure bersama keluarga tercinta. Abang nara berani jamin korang pasti akan enjoy sangat-sangat. Maklumat lanjut layari www.rwgenting.com.

Written by AbangNara | October 3rd, 2012

Gembira Abang Nara mendengar berita ini. Nampaknya hubungan Abby Abadi dan Memey Suhaiza semakin hari semakin baik. Yang terbaru, Memey Suhaiza memberitahu yang Abby turut bersama-sama bercuti bersama keluarganya di Genting Highlands baru-baru ini. Ini satu perkembangan yang tersangat baik untuk kedua-dua belah pihak.
memey abby

Berkata kepada portal Murai, Memey memberitahu yang dia dan Abby akan pergi bercuti ke Beijing bersama-sama dalam masa terdekat ini:-

Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing pula dalam masa terdekat ini. Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands. Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah.

Ini sememangnya satu contoh yang sangat baik kepada kita semua. Tahniah kepada Abby, Memey, Norman dan keluarga mereka yang menunjukkan nilai murni ini. Semoga hubungan baik ini akan terus berkekalan dan makin akrab di masa hadapan. Sama-sama kita doakan.

P.S: Serangga-serangga diselaputi embun.