Written by Bella | May 24th, 2017

Pengacara Gema Gegar Vaganza, Fikry yang lahir daripada program realiti Lawak Solo baru-baru ini dikecam hebat oleh netizen kerana menganggap beliau mempersendakan nama bapa Fattah Amin dan Diana Amir ketika siaran langsung konsert akhir GGV Ahad lepas.

Kali pertama dihujani dengan pelbagai kecaman daripada netizen, Fikry menerusi portal mStar Online bagaimanapun menjelaskan beliau tidak pernah ingin mengaibkan ataupun mempersendakan mana-mana pihak.

Bagi saya perkara itu tidak mengaibkan mana-mana pihak, saya ada sebut Fattah Amin Ya Rabbal Alamin, ia membawa maksud yang baik dan sesuai dengan program GGV yang lebih Islamik. Selain itu, Diana Amir pula saya fokus kepada Amir yang selalu digelar “Amir reka”. Mungkin orang lain salah faham dan ada pandangan masing-masing.

Saya terkejut apabila ia menjadi viral dan netizen menghentam saya bertubi-tubi di laman sosial. Malah ibu saya yang tiada laman sosial pun menelefon bertanyakan perkara sama. Lawak Fattah Amin itu saya pernah bawa ketika  pertandingan Lawak Solo dulu dan tidak pun menjadi isu. Mungkin kerana isu Watson Nyambek menjadikan saya turut terkena tempiasnya

Fikry pada masa yang sama  memohon maaf sekiranya lawak beliau itu menimbulkan kemarahan masyarakat  dan beliau turut berjanji akan lebih berhati-hati dalam berlawak selepas ini.

Sumber Berita : mStar Online 

Written by Bella | April 17th, 2017

Dikritik bingit, bising dan membuat lawak hambar, pelawak Achey memberitahu beliau cuma memenuhi permintaan pihak produksi Gema Gegar Vaganza untuk mengacarakan program tersebut dengan caranya tersendiri. Pernah beliau hendak merendahkan suaranya ketika mengacara tetapi pihak produksi menegur beliau kerana tidak mahu program tersebut membosankan.

Saya dipilih untuk mengacarakan program itu adalah untuk menghiburkan dengan cara saya. Pihak produksi minta saya menjadi diri saya sendiri ketika berada di atas pentas. Pada awalnya iaitu segmen pertama, saya cuba untuk merendahkan suara tapi ditegur pihak produksi kerana tidak mahu program itu terlalu mendatar.

Saya tahu akan dikritik kerana ketika menerima tawaran ini sahaja isteri saya bertanya sama ada saya benar-benar mahu menerima atau tidak. Dia tahu cara saya mengacara yang bising dan bingit itu tidak sesuai dengan program keagamaan, namun pihak Astro pula mahu kelainan dalam program tersebut. Tidak mengapalah, saya tidak boleh memuaskan hati semua orang.

Berbicara mengenai panggilan nama kau dan aku ketika berinteraksi bersama peserta yang dianggap kurang ajar oleh sesetengah netizen, Achey menjelaskan dengan cara itu beliau dapat membuatkan penyanyi yang bertanding tidak terlalu gementar ataupun merasa tertekan.

Saya dan peserta memang rapat dan mereka sendiri tidak mahu saya memanggil mereka dengan ganti nama awak atau abang. Lagi pula bila saya penggil dengan cara itu mereka akan rasa selesa dan tidak gementar. Saya tidak rasa ia bukan bahasa kasar kerana dalam setiap doa juga kita gunakan ganti nama aku dan kau agar ia rasa lebih dekat dengan Allah.

Bak kata Achey beliau tidak mampu untuk memuaskan hati orang lain dan apa yang beliau lakukan atas kehendak pihak produksi juga.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | April 17th, 2017

Dua minggu bersiaran, program Gema Gegar Vaganza sudah mempunyai jumlah peminatnya tersendiri dan mendapat sambutan yang baik daripada penonton sehingga ada yang merasa sayu melihat persembahan peserta yang penuh dengan mesej tersirat dan kerohanian.

Namun, disebalik kemeriahan GGV, ada sesetengah netizen yang kurang gemar dengan cara pengacaraan Achey. Untuk makluman anda, Fikri Lawak Solo dan Siti Nordiana turut menjadi pengacara GGV.

Rata-rata netizen agak rimas dan “meluat” dengan Achey kerana terlalu bising, bingit dan membuat lawak hambar ketika mengacarakan program tersebut.

Harapnya Achey dapat menerima teguran ini dengan baik. Jangan risau, masih ada ruang sebenarnya untuk beliau memperbaiki cara beliau mengacara. Kita tunggu minggu hadapan bagaimana. Bukan mudah untuk berdiri di atas pentas dan cuba untuk memeriahkan suasana sesebuah program.

Written by Bella | April 17th, 2017

Program nyanyian berunsur islamik, Gema Gegar Vaganza mendapat sambutan yang agak hangat juga. Sudah dua minggu bersiaran, kali ini penyanyi Bienda diumum tersingkir daripada program berkenaan.

Walaupun baru 2 minggu dapat beraksi di pentas GGV, Bienda redha dan pada masa yang sama merasa puas hati dengan persembahannya. Bienda pada hari Sabtu lepas membawakan lagu Sejati nyanyian asal Faizal Tahir.

Saya sudah bekerja keras untuk GGV dan berpuas hati dengan persembahan yang saya berikan malam itu. Saya sampaikan lagu tersebut ikhlas daripada hati kerana Allah dan saya anggap mungkin sampai di sini sahaja rezeki saya dalam pertandingan ini.

Meskipun perjalanannya didalam GGV sudah berakhir ia tidak bermakna Bienda akan berputus asa dalam bidang nyanyian. Bienda bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi hasil ciptaan DJ Fuzz.

Dalam masa terdekat ini, saya dan suami akan bercuti di sebuah pulau dalam Malaysia. Suami saya suka aktiviti menyelam, sudah lama kami merancang untuk pergi bersama, tapi selalu terbantut kerana saya sibuk. Insya-Allah selepas itu barulah saya sibuk dalam perancangan single terbaharu pada tahun ini juga.

Sementara itu, sembilan peserta yang masih bertanding adalah Hafiz Hamidun, Ana Raffali, Azmi Caliph Buskers, Izam EYE dan Wani. Manakala peserta kumpulan Hijjaz, Saujana, Mirwana, dan UNIC.

Sumber Berita : mStar Online