February 4th, 2013

Nampaknya kegembiraan Abang Nara berkongsi berita kehadiran Psy ke Malaysia bersempena sambutan Tahun Baru Cina telah disalaherti sebagai permainan politik. Sememangnya majlis tersebut dianjurkan oleh Barisan Nasional jadi takkanlah Abang Nara nak letak dianjurkan oleh BeautifulNara pulak. Tak gitu?

psy malaysia

Oleh kerana ramai yang menyatakan kehadiran Psy adalah satu pembaziran wang rakyat, Ketua Pemuda Pulau Pinang, Oh Tong Keong memberitahu yang segala perbelanjaan untuk membawa Psy ke Malaysia adalah dikeluarkan oleh Mega Ultimate, sebuah syarikat event management. Kata Oh kepada TheMalaysianInsider:-

Tiada duit kerajaan atau duit cukai digunakan untuk kehadiran Psy ke Malaysia. Kedatangan Psy adalah diatur dan ditaja oleh Mega Ultimate, sebuah syarikat event management. Malah makanan dan persediaan yang lain turut ditaja oleh beberapa syarikat lain.

psyDikatakan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membawa Psy ke Malaysia mencecah USD750,000 (RM2.3 juta). Jadi kepada rakyat Malaysia, anda tak perlu risau kerana tiada duit anda yang digunakan untuk perkara ini. Sila rileks dan enjoy kehadiran Psy dengan tarian Gangnam Stylenya pada 11 Februari kelak.

beautyskin

P.S: Wajah anda kusam? Inginkan kulit cantik berseri seperti Scha Al Yahya? Dapatkan produk revolusi yang bakal menjadikan kulit anda mulus dengan LIKE Facebook BeutSkinEssenceSkinKL sekarang jugak!!!

February 3rd, 2013

Walaupun tahun ini ialah tahun ular mengikut kalendar Cina, kerajaan Barisan Nasional telah menjemput Psy untuk membuat tarian kuda “Gangnam Style“nya bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2013.

psy in malaysia

Menurut laporan The Star, Psy telah ditempah pada 11 Februari untuk membuat persembahan di hadapan lebih 60,000 tetamu termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rumah terbuka yang akan dimeriahkan oleh kehadiran Psy ini akan dijalankan di Han Chiang High School, Pulau Pinang.

psy in malaysia

Nampaknya sambutan Tahun Baru Cina 2013 di Pulau Pinang pasti meriah tahap tertinggi. Terasa macam nak ajak wife pergi bercuti di Penang dan sekaligus ber”Gangnam Style” bersama-sama Psy pada hari tersebut. Confirm meletup punya kan?

P.S: Pelajar sekolah tinggi bantu kucing lumpuh bergerak

January 29th, 2013

Ini satu pencapaian yang amat membanggakan buat seorang penyanyi dari Malaysia. Berkongsi pentas dengan penyanyi Korea, Psy yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style adalah satu penghargaan buat Shila Amzah.

shila dan psyKagum Abang Nara dengan Shila Amzah kerana berjaya sehingga ke tahap ini. Bukan senang namun pastinya berbaloi-baloi. Sayangnya Shila tak akan menari Gangnam Style bersama dengan Psy. Kalau menari confirm cute-mute dan tambah memeriahkan majlis. Tak ke gitu?
shila dan psyKepada Shila, buat yang terbaik. Jangan gementar. Psy pun sama dengan ada juga. Hanyalah seorang penyanyi. Harumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. Biar seluruh dunia tahu yang Malaysia juga ada penyanyi yang hebat seperti anda. Good luck and all the best buat Shila Amzah.

P.S: Pemandangan 360 darjah daripada Menara Burj Khalifa Dubai.

December 21st, 2012

Wow. Berita baik untuk peminat Kpop (terutamanya yang berduit). Nama-nama besar industri hiburan Korea bakal turun ke Malaysia untuk menjayakan 27th Golden Disk Awards yang akan berlangsung di Sepang International Circuit. Pasti ada yang melompat kegembiraan mendengar nama seperti G-Dragon, Super Junior, Hyuna dan Kara.

gda

Majlis yang ditaja oleh Samsung ini akan bermula pada 15hb Januari dan berakhir pada 16 Januari. Walaupun begitu, harga tiket yang agak mahal iaitu bermula daripada RM688 mungkin membantutkan hasrat sesetengah peminat Kpop untuk menghadiri acara ini.

gda

Apa pun kalau ada yang berminat untuk menikmati sendiri kehebatan acara Golden Disk Awards, anda boleh mendapatkan tiket di www.ticketpro.com.my. Kepada yang membeli, semoga anda dapat bertemu dengan artis Kpop kegemaran anda.

P.S: PSY Gangnam Style ungguli video terhangat sepanjang tahun 2012.