Written by AbangNara | April 6th, 2015

Zizie Ezette, isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar telah mencuri tumpuan para penonton yang menyaksikan ABPBH2014 semalam. Seperti yang kita ketahui, selepas berkahwin, Zizie Ezette memang jarang/tidak pernah muncul di kaca televisyen. Dalam erti kata lain, tidak lagi berlakon. Hanya kehadirannya di majlis-majlis anugerah sebegini menjadi tempat para peminat Zizie Ezette melepaskan rindu untuk melihat kelibatnya.

zizie ezette

Ternyata kehadiran Zizie Ezette semalam menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi ketika hadir bersama ibu dan adiknya di atas pentas untuk menyampaikan trofi kepada pemenang. Zizie Ezette memang tampak cantik dan menawan dalam persalinan yang disediakan oleh Rizman Ruzaini ini. Gorgeous sangat-sangat. Patutlah Bung Mokhtar sanggup naik ke Genting Highlands untuk bertemu isterinya selepas selesai bermain golf. Hehehe.zizie ezette

Apa pun, Zizie Ezette telah memaklumkan yang dia bakal mengakhiri penantian para peminatnya untuk berlakon semula selepas keadaan mengizinkan. Menurut Zizie Ezette, dirinya masih lagi gementar apabila melihat kamera. Bila sudah bersedia nanti, Zizie akan maklumkan pada semua. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | January 30th, 2014

Seronoknya Abang Nara melihat gambar yang dikongsikan oleh Zizie Ezette di akaun Instagramnya baru-baru ini. Mana tidaknya, kesemua 3 tempat iaitu Amsterdam, Mexico dan Los Angeles yang dilawatinya memang best-best belaka. Tambah seronok apabila ada suami tercinta, Bung Mokhtar di sisi menemani. Kiranya “honeymoon” lagi sekali la nie.

Abang Nara perhatikan Zizie Ezette sejak bergelar isteri ini memang makin berseri-seri. Kulit wajahnya yang licin makin licin. Beruntung Bung Mokhtar dapat isteri yang menitikberatkan kecantikan. Kalau tak tahu dah kahwin, mesti ramai yang anggap Zizie Ezette ini masih anak dara. Cun melecun sangat!!!

Mana tahu hasil perjalanan kali ini akan ada berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam hidup Zizie Ezette dan Bung Mokhtar. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar Zizie Ezette di negara orang dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 23rd, 2013

Rasa seronok pula melihat gambar Zizie Ezette yang turut sama turun padang membantu suaminya, Bung Mokhtar berkempen untuk PRU13. Memang jelas kemeriahannya. Abang Nara pun kalau ada kesempatan nak juga merasai sendiri kehangatan kempen pilihanraya kali ini.

ziziee ezette

Menarik juga apabila Zizie Ezette berkongsi pengalamannya menerusi Mstar Online:-

Saya mengaku, selepas penamaan calon pada Sabtu lalu, saya hanya tidur dalam masa empat atau lima jam sahaja kerana saya perlu membantu suami untuk berkempen. Percaya atau tidak semasa hari penamaan calon, ketika suami berada di dalam dewan, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendekati saya yang berada di luar. Saya mengambil kesempatan itu untuk meminta mereka agar terus memberi sokongan kepada suami dan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya ini. Mudahlah bila isteri dan suami sama-sama popular

ziziee ezette

Bukan senang mahu turun padang ke pedalaman untuk bertemu penduduk-penduduk Kinabatangan. Memang pemimpin berjiwa rakyat sungguh Zizie Ezette dan suaminya. Semoga keputusan undian nanti akan memihak kepada pihak yang benar-benar layak. 4 lagi gambar Zizie Ezette dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 4th, 2012

Sudah lama tidak mendengar perkembangan terbaru Zizie Ezette dan Bung Mokhtar. Dan semalam, Zizie Ezette menunjukkan sisi kelakar dalam dirinya. Sesekali bergurau manja dengan si suami apa salahnya kan? Kira-kira jam 8.50 malam semalam,  satu status update seperti di bawah telah pun dilakukan menerusi akaun Twitter Bung Mokhtar.
zizie ezette
Sekali baca memang agak pelik status yang diupdate oleh MP Kinabatangan ini. Takkanlah Bung Mokhtar suka bermain dengan patung Barbie. Agak tidak masuk akal di situ. Tidak lama selepas itu, satu lagi status update daripada akaun yang sama telah dilakukan.
zizie ezette
Kelakar kan? Tak sangka Zizie Ezette dengan begitu comel sekali telah meng”tweetjack” akaun Twitter suaminya. Tersenyum kambing Abang Nara melihat teletah pasangan suami isteri ini. Semoga kemesraan ini akan terus berkekalan sehingga bila-bila.

P.S: Video parodi lagu Muara Hati oleh Chegu Man.