Written by AbangNara | June 21st, 2013

Sungguh mesra pasangan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari ini kan? Raut wajah mereka jelas menggambarkan yang pasangan ini sedang meniti saat-saat indah dan bahagia dalam perkahwinan mereka. Terserlah kegembiraan dalam senyuman mereka. Alhamdullilah.

Memetik berita Kosmo baru-baru ini, pasangan ini dijangka akan menunaikan umrah pada bulan Ramadhan ini pada minggu ke-2 atau minggu ke-3. Mereka sudah pun mendaftar dengan sebuah agensi perkhidmatan umrah namun pada masa yang sama masih menimbangkan beberapa agensi lain. Scha dan Awal akan ditemani oleh keluarga keluarga masing-masing.

Menurut Scha al-Yahya,

Oleh kerana ini yang pertama kali bagi saya, sebagai persiapan saya ada membeli beberapa buku panduan mengerjakan umrah. Kami juga akan menghadiri kursus untuk mendapat gambaran dan sedikit ilmu sebelum menjejakkan kaki ke sana. Kami pergi ke sana untuk berdoa agar dikurniakan cahaya mata. Selain itu, kami juga ingin berdoa agar lebih dimurahkan rezeki.

Mawar Putih suka dengan sikap pasangan ini. Sememangnya kita dituntut melengkapkan diri kita sebaiknya sebelum membuat sesuatu perkara, lebih-lebih lagi dalam perkara ibadat.
Sama-samalah kita mendoakan agar pasangan ini selamat menunaikan umrah mereka nanti dan semoga hajat pasangan bahagia ini dikabulkan. Insyallah.


P.S Ingin tampil cantik dan sihat dalam satu masa? Gulta Cell ada jawapannya. Campuran Ekstrak Cranberry, Bilberries dan Acerolla Berry yang kaya dengan Vitamin C dan E semulajadi serta anti oksida dapat memantapkan kondisi dan keanjalan kulit, mencerahkan kulit serta secara keseluruhan meningkatkan kesihatan tubuh badan. HALAL dan mempunyai kelulusan KKM, dan yang paling menarik sesuai untuk LELAKI dan WANITA. Layari www.azaleadenature.com, LIKE Facebook Azaleadenature, email ke [email protected] atau telefon terus ke 03-5548 4520 untuk info lanjut.