November 16th, 2012

Alang-alang bercerita mengenai Syatilia Melvin, baiklah Abang Nara kongsikan gambar pelakon yang sedang popular dengan drama Julia ini. Abang Nara pasti ramai yang masih tidak mengenali Syatilia. Mungkin selepas ini namanya akan lebih meletop lagi!!!

syatilia melvin

Abang Nara lihat si Syatilia ini suka berposing dengan gaya agak menggoda. Pasti ramai jejaka yang cair melihat gaya manjanya. Adakah Shaheizy Sam pun terpikat kerana ini? Namun secara jujur, Abang Nara lebih terpikat dengan Syatilia apabila dia bertudung untuk majalah Pengantin.

syatilia melvin

Apa pun Syatilia di mata Abang Nara mempunyai pakej untuk terus maju di dalam industri hiburan Malaysia. Muka ada, lakonan pun boleh tahan. Semoga Syatilia suatu hari nanti akan menjadi nama besar di Malaysia. 12 keping gambar Syatilia Melvin dengan membaca entri ini sepenuhnya.

telekung

Untuk pemborong yang berminat membeli telekung travel di atas secara pukal, sila hantarkan email ke [email protected] Minimum order adalah sebanyak 10 unit. Untuk info lanjut boleh layari Facebook Gudang.My.

syatilia melvin
syatilia melvin
syatilia melvin
syatilia melvin
syatilia melvin
syatilia melvin
syatilia melvin
syatilia melvin
syatilia melvin
syatilia melvin
syatilia melvin
syatilia melvin

November 16th, 2012

Dalam dunia selebriti Malaysia, Abang Nara sering tertanya-tanya mengapakah Shaheizy Sam sampai ke hari ini masih belum mempunyai kekasih. Malah jarang sekali mendengar sebarang gosip cinta membabitkan dirinya. Tup-tup baru-baru ini Shaheizy Sam dikaitkan dengan Syatilia Melvin.

syatilia melvin

Mungkinkah Syatilia Melvin berjaya mencuri hati Shaheizy Sam? Buat masa ini, Sam mengakui yang dia selesa berkawan rapat dengan Syatilia. Kata Shaheizy Sam kepada MStar Online:-

Saya selesa berkawan rapat dengan dia kerana sikapnya yang memahami. Dia tidak pernah bertanya itu dan ini mengenai kerja saya kerana dia faham dan sokong apa yang saya lakukan. Namun, saya tidak mahu memikirkan secara serius mengenai persahabatan kami pada waktu ini. Segalanya masih terlalu awal.

Syatilia Melvin baru berumur 21 tahun dan merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2010. Abang Nara boleh faham sekiranya Shaheizy Sam terpikat dengan Syatilia. Syatilia memang cantik bangat orangnya. Ditanya mengenai dakwaan sama ada betul dia sudah bertemu dengan keluarga Syatilia, Sam berkata:-

syatilia melvin

Maaf, saya tidak dapat komen sejauh mana rapatnya hubungan saya dan Syatilla. Cukuplah, saya katakan kami berkawan. Banyak hati yang perlu saya jaga, jadi lebih manis jika saya tidak bercakap lebih lanjut.

Kalau betul Sam dan Syatilia bercinta pun apa salahnya kan? Umur Sam pun sudah mencecah 30 tahun. Sudah sesuai sangat untuk mendirikan rumahtangga. Tak ke gitu? Apa pendapat anda?

P.S: Bungkusan yang menarik dan pelik.