January 25th, 2017

Selepas kita dikejutkan dengan permasalah rumah tangga Hanez Suraya dan Romie Razin, hari ini desas-desus tentang keberantakan rumahtangga Serina Chef Wan dan Gavin Edward O’luanaigh pula bertebaran. Menurut sumber, Serina telah pun ke mahkamah syariah untuk membincangkan masalah perkahwinannya.

serina chef wan

Serina telah pun berkahwin dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya. Diminta untuk mengesahkan perkara ini, Serina berkata:-

Ooo…hal tu..ya..masih dalam rundingan. Nanti dah tiba waktu saya umumkan. Belum tahu lagi. Doakan yang terbaik

serina chef wan

Sebenarnya permasalahan rumahtangga kini sering berlaku bukan sahaja di kalangan selebriti malah di kalangan rakyat marhaen juga. Abang Nara pun ada beberapa orang kawan yang kahwin tak sampai beberapa tahun dah bercerai. Sedih pun sedih juga. Semoga pembaca BeautifulNara yang sudah berkahwin akan berjaya mempertahankan perkahwinan mereka sheingga ke akhir hayata. Sama-sama kita doakan untuk diri sendiri. Amin.

January 1st, 2013

Kan Abang Nara dah kata Serina Chef Wan tidak bersalah di dalam hal ini. Dalam entri sebelum ini, pemilik gambar yang dikongsikan oleh Serina untuk mempromosikan sebuah produk kesihatan telah menafikan dirinya menggunakan produk tersebut. Siap ada laporan polis bagai!!!

serina chef wan

Sebentar tadi menerusi Twitter, Serina telah menerangkan apa sebenarnya yang terjadi. Melalui internet Serina mendapat info yang lelaki tersebut dikatakan telah berjaya mengurangkan berat badan menggunakan produk tersebut. Jadi Serina telah berkongsi kejayaan tersebut tanpa mengetahui yang gambar tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata.

serina produk

Perkara seperti ini sememangnya biasa terjadi lebih-lebih lagi dengan wujudnya persaingan sengit di antara produk-produk kecantikan yang terdapat di pasaran. Ada pihak yang sanggup membuat testimonial palsu asalkan produk laku. Semoga dengan penjelasan daripada Serina Chef Wan tiada lagi pihak yang memandang serong terhadapnya.

August 25th, 2009

bakal suami serina chef wan

Semenjak dua menjak nie ramai pulak artis-artis wanita Malaysia yang memperkenalkan pakwe-pakwe diorang. Diana Amir ngan pakwe Sunsilk dia, Fasha Sandha dengan pakwenya yang tak tau mana satu dan sekarang nie gambar wajah bakal suami Serina Chef Wan pula kita dapat tahu.

Gavin Edward O’luanaigh (payah betul nak sebut nama last dia) atau nama Islamnya, Salahuddin Ghaffar, 33 nie keturunan Britain tau. Tengok hidung pun dia yang mancung pun dah tau kenapa Serina terpikat kat dia. Hensem tue. Bisa mencairkan hati wanita-wanita di luar sana.

Serina dan Salahuddin bakal dinikahkan pada 01.01.2010 kalau tak ada aral melintang. Baguslah. Yang pentingnya Chef Wan dah merestui hubungan diorang berdua. Itu yang kita mahukan. Restu seorang ayah amat penting dalam apa-apa jua yang kita lakukan.

Apa-apa pun, sekalung ucapan tahniah buat Chef Wan dan Serina. Semoga semuanya selamat dan tiada halangan yang menimpa sementara nak sampai hari pernikahan.