Written by AbangNara | November 24th, 2010

maya karin

Di mata kami, agak kurang sesuai gaya rambut blonde dengan Maya Karin. Tetapi rambut Maya Karin sudah semestinya hak Maya Karin. Suka hatilah dia nak buat apa kan? Lagipun orang secantik Maya Karin, tak kisahlah nak blonde rambut atau nak buat rambut kerinting, kecantikan tetap akan terserlah jua. Tak gitu?

Oh ye, semasa Shout Awards 2010, ada suara-suara yang tidak begitu gembira dengan perlakuan Maya Karin yang berlaga-laga pipi dengan Henry Golding semasa Henry Golding naik ke atas pentas menerima hadiah. Mungkin ramai yang akan berkata kami agak kolot tetapi kami rasa tak perlu rasanya dipaparkan kemesraan anda di depan jutaan rakyat yang menonton. Kalau boleh, coverlah sikit. Kita kan orang Melayu. Penuh dengan adab sopan dan malu. Hehehe

Contoh terbaik ialah semasa Yuna menerima hadiah dari Iyaz. Iyaz pun menghormati budaya kita dan takderlah rakus sangat nak berpeluk atau berlaga pipi dengan Yuna. Dan kalau tak silap kami, Yuna tak berjabat tangan pun dengan Iyaz. Kan molek begitu? Kami tak kisah kalau artis-artis nie nak buat apa di belakang orang ramai. Cuma kalau dah depan TV tue, sila jaga sikit perlakuan anda. Tak gitu?

Lagi gambar Maya Karin di Shout Awards 2010 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Budiey.

 
Written by AbangNara | October 26th, 2010

maya karin nona

Nampaknya rating program Nona masih tidak dapat dinaikkan walaupun Maya Karin digunakan sebagai pengacaranya. Dan yang terbaru, Maya Karin bakal digantikan oleh pengacara lain setelah suatu kajian dilakukan oleh kumpulan fokus Nona. Mungkin pihak terlibat berjaya mengesan impak yang diharapkan dengan penglibatan Maya Karin sebagai pengacara Nona tidak menjadi kenyataan.

Bagi kami senang je benda ini. Pengacara memang penting tapi paling penting adalah pengisian program tersebut. Kalau pengisian tak ada, buat apa kita nak tonton sesusatu rancangan tue kan? Kami dah lama tak tengok Nona, tapi kali terakhir kami tengok kami rasa rancangan Nona ini macam menunjukkan kehidupan orang-orang kaya di Malaysia. Padahal yang tengok TV3 kebanyakkan orang yang hidup sederhana. Itu yang rating jatuh merudum tue.

Mungkin pihak yang terlibat dengan Nona kena kaji secara menyeluruh tentang tujuan sebenar program Nona. Kalau pengacara sahaja yang ditukar tapi pengisian tetap sama, kami rasa rating tetap akan sama je. Mungkin perlu lakukan post-mortem besar-besaran. Susah-susah sangat tukar penerbit je. Buat balik rancangan Nona nie daripada kosong balik. Biar sesuai dengan masyarakat Melayu. Tak gitu?

Apa pun semoga pengacara baru program Nona ini akan lebih bermutu, berkeyakinan dan banyak ilmu pengetahuan tentang isu-isu yang dibincangkan. All the best untuk Nona.

Written by AbangNara | April 15th, 2010

maya karin cerai

Menjadi wanita tercantik Malaysia tidak semestinya bermakna anda bakal menikmati kebahagiaan sepanjang masa. Agaknya itulah yang sedang dirasai oleh Maya Karin sekarang ini. Dengan hubungan antara suaminya agak tidak berapa baik, Maya Karin nampaknya mengambil langkah bijak untuk pergi bercuti menenangkan fikiran. Dari sumber-sumber yang kurang boleh dipercayai, katanya rumah tangga Maya Karin dan suami bak retak menanti belah. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Semoga dengan langkah mengambil cuti untuk menenangkan fikirkan ini mampu memberikan Maya Karin ketenangan fikiran dalam membuat keputusan yang tepat. Kalau boleh elakkanlah penceraian. Sudah cukup rasanya cerita-cerita artis kita yang kahwin dan cerai. Sikit-sikit kawin pastue cerai. Macam dah jadi lumrah dunia artis Malaysia pulak.

Written by AbangNara | July 13th, 2009

maya karin

Lama tak dengar cerita terbaru tentang Maya Karin. Sejak jadi duta Nescafe nie, Maya Karin makin sibuk dengan kerja-kerja amal. Kami suka betul kat Maya Karin nie. Walaupun sibuk bergelar artis, dia masih tak lupa tanggungjawap kepada masyarakat. Banyak benda-benda kebajikan yang dia lakukan.

Gambar terbaru Maya Karin nie still menunjukkan Maya Karin maintain cun dan comel. Lama-lama tengok nampak macam makin muda lagi adalah. Mungkin gaya make up dia kot.

Tapi yang pasti Maya Karin nampak lagi kurus dalam gambar terkini dia nie. Tak cukup makan atau maybe terlebih telan Nescafe kot. Takpun maybe rindu sangat ngan husband dia kot. Maklumlah suami isteri jarak jauh. Sian plak kami.

Lagi gambar terbaru dan terkini Maya Karin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.