November 15th, 2010

gambar kahwin nikah raja farah

Terima kasih kepada Nurul Huda yang menghantar email kepada kami untuk berkongsi dengan anda semua gambar perkahwinan atau pernikahan Raja Farah dan Megat. Seriously Raja Farah nampak sangat cantik dan manis di majlis perkahwinannya. Terasa rugi pulak tak mengorat Raja Farah dulu. Tahniah kepada Encik Megat sebab dapat bini cun melecun macam Raja Farah.

Untuk makluman, Raja Farah sememangnya tidak hamil. Sila jangan buat spekulasi kenapa Raja Farah berkahwin cepat.  Sepatutnya kita bergembira untuk Raja Farah dan suami. Tak gitu?

Lagi gambar sekitar majlis perkahwinan Raja Farah dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada Facebook Amri Daud.

P.S: Video cium mulut ini menunjukkan yang orang Melayu pun boleh!!!

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

November 13th, 2010

raja farah sudah kahwin

Berita ringkas untuk anda semua. Raja Farah sudah pun bergelar isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum semalam (12 November 2010) dengan sekali lafaz sahaja. Tahniah kami ucapkan kepada Raja Farah dan suami. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan cepat-cepat menimang cahaya mata.

Raja Farah yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM888 dan tujuh dulang hantaran turut membalas sembilan dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara hantaran yang diterima Raja Farah seperti telefon bimbit iPhone 4, pewangi dan alat solek Dior, tas tangan Coach, pulut kuning, sireh junjung, dan lain-lain.

Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah seperti telefon bimbit iPhone 4, dompet dan tali pinggang Dunhill, jam tangan Tissot, kek dan lain-lain. Namun wang hantaran telah dirahsiakan atas kehendak Raja Farah dan pihak keluarga suaminya.

gambar pertunangan mizz nina dan noh hujan

Sementara itu gosip pertunangan Mizz Nina dan Noh hujan akhirnya telah disahkan oleh salah seorang jemputan pada majlis tersebut. Majlis pertunangan Noh dan Mizz Nina telah diadakan secara ringkas dan dihadiri oleh 150 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat. Mereka berdua dikhabarkan akan bernikah pada tahun hadapan.

Tahniah kami ucapkan kepada Mizz Nina dan Noh Hujan atas pertunangan ini. Semoga segalanya dipermudahkan selepas ini.

October 21st, 2010

gambar raja farah bertunang
Sempoi. Tak ada angin tak ada taufan, tup-tup Raja Farah sudah pun bertunang dengan Megat Andika. Kami ingatkan Raja Farah nie dah umur 27, 28 tahun gitu. Rupa-rupanya baru 22 tahun je. Mak aih muda sangat lagi nie. Tapi baguslah muda-muda dah kahwin. Takderlah dating lama-lama. Untuk pengetahuan Megat Andika pun sekadar berumur 25 tahun sahaja.

Paling best Raja Farah dan Megat Andika hanya bercinta bermula dari 14 Februari 2010. Kiranya tak sampai setahun pun lagi percintaan mereka ini. Tahniah kami ucapkan kepada pihak lelaki yang berani untuk mengambil langkah seterusnya. Kami respek. Memang tak bagus bercinta lama-lama nie. Kang bercinta bagai nak rak, tapi last-last kena amik ngan orang lain.

Tarikh perkahwinan Raja Farah dan Megat Andika masih tidak diketahui. Tapi dengarnya akan majlis perkahwinan mereka akan dilangsungkan bulan depan. Tahniah kami ucapkan kepada Raja Farah dan Megat Andika. Semoga menjadi pasangan suami isteri yang kekal abadi. Congratulations.