April 9th, 2014

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk Misha Omar dan Firos Ezzwan bakal bergelar suami dan isteri. Setelah menghadapi pelbagai rintangan, mereka berdua telah sepakat untuk memilih 2 Mei ini sebagai hari pernikahan. Majlis pernikahan akan berlangsung di sebelah pagi dan majlis resepsi pula pada malamnya. Kedua-dua majlis akan berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

misha nikah 2 mei

Misha Omar telah memilih tarikh 2 Mei atas keberkatan bulan Rejab selain memenuhi permintaan ibunya yang mahukan Misha berkahwin pada bulan ber­kenaan. Pastinya Misha dan Firos kini dalam fasa persiapan terakhir menjelang perkahwinan mereka. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar. Tak sabar nak melihat Misha anggun di atas pelamin kelak.

P.S: Perodua Myvi XT akan dilancarkan

February 19th, 2012

Akhirnya setelah berkali-kali dikhabarkan pernah berkahwin, Misha Omar tampil memperkenalkan bakal suaminya, Firos Ezzwan Rossly, 30 tahun. Firos adalah seorang juruterbang MAS. Misha Omar dan Firos pernah bercinta dan putus beberapa kali dengan Firos sebelum kedua-duanya memutuskan untuk bernikah hujung tahun ini.

tunang suami misha omar

Sama cantik sama padan kan? Memang seperti pinang dibelah dua. Abang Nara suka dengan kata-kata romantis daripada Firos apabila ditanya sama ada susah untuk bercinta dengan wanita yang bernama Misha Omar:-

Mungkin sebab saya bercinta dengan Samihah Omar (nama sebenar Misha), bukan Misha. The artist I adore, the women I love (artis yang saya puja, tetapi wanita yang saya cinta). Saya tak perlu menjadi orang lain, begitu juga dia.

tunang suami misha omar

Jiwang kan? Dan seperti yang anda semua sedia maklum, Misha Omar mempunyai seorang anak angkat bernama Adam yang kini berusia 6 tahun. Firos ternyata tidak ada masalah untuk turut berkongsi kasih sayang Misha Omar dengan anak angkatnya itu.

tunang suami misha omar

Semoga perhubungan Misha Omar dan Firos akan berkekalan bukan sahaja ke jinjang pelamin tetapi sehingga ke akhir hayat. Dan moga-moga cepat menimang anak. Firos dan Misha pun kedua-duanya dah berusia 30 tahun. Sama-sama kita doakan. Kredit berita Kosmo Ahad.