Written by Bella | April 5th, 2017

Hari Ahad lepas, pengantin baru Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila tampil cukup eksklusif di majlis resepsi mereka ibarat putera dan puteri raja di singgahsana.

Sharnaaz begitu segak menggayakan sut rekaan Cosry dan Noor Nabila pula anggun memakai busana serba putih hasih rekaan Datuk Radzuan Radziwill.

Khas buat anda yang masih belum puas melihat suasana perkahwinan mereka, berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan Sharnaaz dan Noor Nabila dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Bcreative Productions

 
Written by Bella | April 3rd, 2017

Pada 31 Mac lepas, Sharnaaz Ahmad selamat diijabkabulkan dengan Noor Nabila hanya dengan sekali lafaz sahaja. Bagi meraikan rumah tangga yang baru dibina, semalam pasangan ini telah mengadakan majlis resepsi yang tampak mewah dan meriah di  The Royale Chulan Damansara.

Jika lihat daripada pakaian Sharnaaz dan Noor Nabila, mereka persis seperti puteri raja bersama “prince charming” nya. Rata-rata peminat merasa agak kagum melihat kemeriahan majlis mereka. Dimaklumkan, majlis bertandang akan diadakan pada 8 April in di Pulau Pinang.

Kami mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke syurga dan diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata ramai seperti yang Sharnaaz impikan.

Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan Sharnaaz dan Noor Nabila khas buat anda dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Wedlocx / Bcreative Productions

 
Written by Bella | April 1st, 2017

Semalam, pasangan sama cantik dan sama padan, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sah bergelar suami isteri.

Majlis mereka boleh dikatakan agak “simple” tetapi masih mempunyai ciri eksklusif tersendiri. Memilih untuk mengadakan majlis secara tertutup, ramai sekali yang ingin tahu suasana ketika acara akad nikah.

Khas buat pembaca BeautifulNara khusunya peminat pasangan ini, berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis pernikahan Sharnaaz dan Noor Nabila dengan membaca entri ini sepenunya.

Kredit Foto : Wedlocx