Written by AbangNara | December 9th, 2013

Wow!!! Cantik sangat-sangat gambar pra perkahwinan yang diambil oleh bakal pengantin baru kita ini. Seperti Che Ta, Jovian dan Nina juga turut memilih Paris sebagai lokasi penggambaran mereka. Jurugambar yang digunakan tidak lain tidak bukan PrettyPeektures yang cukup terkenal dengan hasil gambar yang awesome.

gambar kahwin jovian nina

Hampir meleleh air mata Abang Nara melihat ke”awesome”an gambar-gambar mereka berdua ini. Untuk anda yang tidak tahu, Jovian dan Nina bakal disatukan sebagai suami isteri pada 11.12.2013 ini (Rabu). Pasti mereka sedang berdebar-debar mengira detik bersejarah yang tinggal 2 hari sahaja lagi.

gambar kahwin jovian nina

Semoga segala persiapan perkahwinan Jovian dan Nina berjalan lancar seperti yang dirancang. Tahniah sekali lagi diucapkan atas ikatan suami isteri yang bakal dijalinkan. Semoga ia berkekalan sehingga ke akhir hayat. Beberapa lagi gambar pra perkahwinan Jovian dan Nina dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Pretty Peektures.

P.S: Honda Vesel, crossover daripada Honda Jazz