Written by AbangNara | August 23rd, 2013

Abang Nara suka tengok gaya dan imej Nazim Othman. Nampak smart, casual dan bergaya. Mungkin ada sedikit pengaruh Kpop di dalamnya, tetapi memang sedap mata memandang. Lagipun muka Nazim memang ada iras-iras Korean sikit jadi sesuai jugalah berpakaian dengan imej sebegitu.

nazim othman

Namun biasalah kalau kita bergaya unik sikit, mulalah orang mempertikaikan. Ada yang kata tak kena budaya lah, tak sesuai lah dan macam-macam lagi. Semalam menerusi Kosmo, Nazim Othman berharap agar orang ramai tidak mempertikaikan imejnya. Kata Nazim:-

Itu cara saya dan saya mempunyai stail saya sendiri. Saya tak mahu layan kalau ada sesiapa yang persoalkan apa yang saya pakai kerana tiada isu atau perkara negatif pun. Saya memakai mengikut kesesuaian diri saya, fesyen saya selesa dan yakin untuk menggayakan pakaian tersebut. Jadi, apa masalahnya?

Saya tidak memilih pakaian yang menjolok mata, jadi tidak ada sebarang masalah untuk berfesyen bagi saya. Obses atau tidak itu bukan isu utama kerana itu gaya saya.

nazim othman

Kemungkinan besar mereka yang jeles ini sebenarnya nak mencuba fesyen seperti Nazim Othman tetapi muka tidak cukup kacak atau sesuai untuk bergaya sebegitu. Janganlah nak jeles-jeles. Abang Nara tengok okay je fesyen Nazim. Daripada jeles, lebih baiklah kita pergi grooming kan diri kita. Tak gitu?nazim othman
Beberapa lagi gambar si kacak Nazim Othman di Milan dan Venice dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 24th, 2012

Bukan senang dan memang sangat jarang melihat Eja menghiasi mana-mana kulit depan majalah. Namun pihak editorial GLAM berjaya mendapatkan wajah mulus Eja untuk menghiasi majalah mereka untuk keluaran Julain 2012. Dan ternyata Eja tampil sangat vogue dan classy.

eja glam

Sementara itu pelakon yang sedang meningkat naik, Nazim Othman pula dipilih untuk menghiasi majalah GLAM Lelaki. Abang Nara memang daripada dulu agak pelik mengapa Nazim Othman masih kurang popular sedangkan pakej yang dimilikinya memang sudah sempurna. Dengan wajah yang tampan, seharusnya nama Nazim Othman sudah berdiri gah di kalangan pelakon senior yang lain.

eja glam

Mungkin tahun 2012 akan menjadi tahun Nazim Othman meningkatkan lagi popularitinya. Apa pun, jangan lupa dapat kedua-dua majalah GLAM ini sekiranya anda merupakan peminat Eja atau pun Nazim Othman. Abang Nara pasti banyak kisah menarik yang telah dikongsikan oleh mereka berdua.

Written by AbangNara | March 3rd, 2011

nazim othman

Oh my god. Patutlah ada seorang pembaca BeautifulNara yang suruh Abang Nara sharekan gambar-gambar Nazim Othman ini. Kacak sungguh orangnya. Sekali tengok macam pelakon Korea. Nazim Othman baru berusia 26 tahun dan setakat ini sudah berlakon banyak drama. Tapi agak pelik kenapa namanya agak tidak popular. Mungkin mutu lakonan tak memberangsangkan sangat kot.

Dalam banyak-banyak drama lakonan Nazim Othman, hanya drama Awan Dania yang merupakan drama yang agak dikenali ramai. Lain-lain lakonannya agak tidak famous. Mungkin selepas ini Nazim Othman kena lebih berhati-hati memilih watak. Kena pilih yang mencabar sedikit barulah terserlah bakat lakonannya.

Buat anda yang meminati Nazim Othman, jangan lupa Like Facebook Nazim Othman. Lagi gambar Nazim Othman dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Sesiapa yang Twitter dan mahu buat duit sampingan boleh cuba guna ChurpChurp. Senang dan menarik.