February 17th, 2015

Tidak dapat dinafikan yang kekasih Nora Danish, Nedim Nazri yang turut dikenali sebagai BossNed mempunyai pengikutnya yang tersendiri di laman sosial. Gaya hidupnya yang bergaya, tampak mewah dan penuh santai sememangnya menjadi idola kepada ribuan pengikutnya. Awek pula cun melecun. Kalau orang putih kata ‘what a perfect life‘.

boss ned nedim nazri

Kepopularitian Nedim terbukti apabila namanya tersenarai sebagai finalis kategori Online ABPBH2014. Lebih menarik Nedim akan bersaing dengan Mat Luthfi, Wak Doyok, Felixia Yeap serta Faiz Dickie untuk kategori Selebriti Popular. Fuh!!! Sengit sungguh calon Top 5 kategori ini. Sukar nak buat pilihan. Kalau Abang Nara mungkin akan undi Mat Luthfi kot sebab kelakar.

mat luthfi

Apa pun Top 5 untuk kategori-kategori lain pun cukup hebat pencalonannya. Hanya undian anda yang akan menentukan pemenangnya. Berikut ialah senarai Top 5 untuk kategori Online ABPBH2014:-

Personaliti Popular

1. Bossned
2. Faiz Dickie
3. Felicia Yeap
4. Mat Lutfi
5. Wak Doyok

Artis Paling Kontroversi

1. Hanez Suraya
2. Nabila Huda
3. Nora Danish
4. Rozita Che Wan
5. Sharnaaz Ahmad

Pasangan Selebriti Romantis

1. Awal Ashaari dan Scha Alyahya
2. Johan dan Ozzlyn
3. Lisa Surihani dan Yusry
4. Mizz Nina dan Noh Salleh
5. Zahiril Adzim dan Shera Aiyob

Baca artikel ini sepenuhnya untuk lihat kategori-kategori lain:-

Artis Lelaki Stailo

1. Keith Foo
2. Nazim Othman
3. Shukri Yahya
4. Zizan Razak
5. Zul Ariffin

Artis Wanita Stailo

1. Datuk Siti Nurhaliza
2. Emma Maembong
3. Fazura
4. Neelofa
5. Nora Danish

Gandingan Serasi Di Layar

1. Adi Putra dan Zara Zya
2. Amar Baharin dan Izreen Azminda
3. Atikah Suhaimie dan Syafiq Kyle
4. Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose
5. Zul Ariffin dan Ayda Jebat

February 17th, 2015

Akhirnya yang dinanti-nanti telah tiba. Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) telah pun dikeluarkan. Mengungguli pencalonan dengan tersenarai untuk tiga kategori ialah Zizan Razak. Pelakon, pengacara dan pelawak ini tersenarai untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Pengacara TV Lelaki Popular,  dan Artis Komedi Lelaki Popular. Tahniah Zizan!!!
senarai top 5 abpbh2014 Untuk Top 5 kategori Artis Baharu Lelaki Popular, hanya nama Hisyam Hamid je yang Abang Nara kenal. Agak pelik apabila nama Keith Foo tidak tercalon. Untuk kategori Artis Baharu Wanita Popular, hanya nama Aisyah Aziz yang agak janggal.  Untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular juga agak pelik apabila nama Zul Ariffin tidak tersenarai.

Apa pun, ini semua adalah hasil undian para peminat. Kalau peminat tak undi, tak adalah nama artis kegemaran anda tercalon. Tak kiralah popular macam mana pun. Berikut ialah senarai penuh Top 5 ABPBH2014:-

1 – Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan

2 – Artis Baharu Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis

3 – Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak

4 – Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya

Baca artikel sepenuhnya untuk melihat senarai penuh.

5 – Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama

6 – Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy

7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz

8 – Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad

9 – Pelakon TV Wanita Popular
Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha

10 – Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin

11 – Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha

12 – Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak

13 – Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse

14 – Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)

15 – Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)

January 16th, 2015

Anugerah Bintang Popular Berita Harian adalah antara anugerah paling berprestij di Malaysia. Setiap keputusan adalah berdasarkan undian yang dihantarkan oleh pembaca suratkhabar tersebut. Setiap tahun juga, ada beberapa selebriti yang mengambil keputusan untuk tidak menyertai atau menarik diri daripada menyertai anugerah ini. Contohnya tahun lepas Linda Onn telah meminta namanya tidak dicalonkan atas alasan kekalahannya saban tahun boleh menjatuhkan reputasi.

shila amzah

Baru sahaja undian untuk pemilihan Top 5 bermula, Shila Amzah telah pun mengumumkan penarikan dirinya daripada menyertai ABPBH tahun ini. Pengumuman tersebut telah dilakukan oleh penyanyi itu menerusi Hot FM hari ini.

 

 

Adakah kontroversi yang melanda Shila Amzah sehingga diboikot media tempatan menjadi punca penarikan dirinya? Hanya Shila Amzah dan pihak pengurusannya sahaja yang tahu. Diharap Shila Amzah akan muncul kembali untuk ABPBH2015. Rugi rasanya kalau selebriti-selebriti menarik diri daripada anugerah yang berprestij sebegini. Apa pendapat anda?

P.S: Cara menjawab telefon untuk 10 negara