Written by AbangNara | August 16th, 2012

Nampak tak sesuatu yang lain di wajah Anzalna kali ini? Kalau anda perasan, anda memang peminat setia Anzalna. Kalau tidak, mungkin anda perlu tingkatkan lagi usaha gigih untuk mengenali Anzalna yang comel lote ini. Cuba tengok betul-betul. Anda pasti akan perasan sesuatu yang lain.

cosmo

Kesian pulak Abang Nara melihat mata anda terkebil-kebil mencari kelainan di wajah Anzalna kali ini. Jawapannya tak lain tak bukan ialah Anzalna telah meluruskan rambutnya untuk menghiasi muka depan majalah Cosmopolitan kali ini. Abang Nara tengok Anzalna memang sesuai dengan gaya begini. Lebih anggun dan gorgeous. Tak gitu?